Monday, October 16, 2017

Dear Packer Mask Serlahkan Rahsia Khazanah Kecantikan Dari Seluruh Dunia

Assalamualaikum semua 


Bila dah meningkat usia ni, Nanie memang mula fokus untuk kekalkan kelembapan kulit dan jadikan kulit tampak sentiasa muda dan sihat. Disebabkan itu, sekarang Nanie dah semakin kerap gunakan mask kerana mask adalah antara rutin harian yang paling mudah untuk mengekalkan kecantikan kulit wajah kita.

Baru-baru ini di Instagram (Insta Story), Nanie ada share dengan follower Nanie mengenai Dear Packer Mask yang terdiri daripada sheet face mask, clay mask dan soothing mask. Disebabkan keterujaan Nanie, memang Nanie gunakan almost everyday tau. Best sangat muka lepas pakai mask ni. 




Sebelum Nanie bercerita lebih panjang mengenai review mask, Nanie nak share dulu informasi berkaitan jenama Dear Packer ni. Untuk pengetahuan korang semua, Dear Packer adalah specialist dalam semua jenis mask yang mana sumbernya adalah diambil melalui sumber semulajadi yang wujud di seluruh pelusuk dunia. Malahan, packaging yang digunakan juga merujuk kepada bahan yang digunakan dalam produk mereka. 

Dear Packer salah satu jenama kecantikan yang dinaungi di bawah LG Household & Healthcare yang sama baris dengan THE FACE SHOP, Beyond, Tomaru, CNP Laboratory dan Beyond The Remedy.  Dengan mengetengahkan falsafah "Explore The Beauty Around The World", Dear Packer menjanjikan kepuasan pelanggan dengan cara Efektif, Selamat, Design & Aroma yang memukau serta menarik hati. Untuk sheet mask, terdapat 2 kategori yang bagus dan cantik-cantik semuanya. Jom Nanie kenalkan satu per satu. Mana tahu ada yang korang berkenan kan... 

KATEGORI : JEJU FLOWER SHEET MASK




1. PRICKLY PEAR MASK (RM 5) 

  • Memberikan kelembutan kepada tekstur kulit 
  • Memberikan kelembapan kepada kulit sepanjang masa
  • Memberikan efek soothing untuk mereka yang berkulit sensitif.



2.Camellia Flower Mask (RM 5)
  • Meningkatkan keanjalan kulit wajah
  • Memberikan nutrisi yang diperlukan oleh kulit wajah 
  • Meningkatkan kegebuan wajah untuk tampak sentiasa muda 



3. CHERRY BLOSSOM MASK 
  • Mencerahkan kulit wajah agar tampak glowing 
  • Memberikan kelembapan berterusan pada wajah 
  • Menyegarkan kulit wajah yang lesu, penat dan kusam. 



4. ROYAL BLACK Tea & BLACK ROSE HYDROGEL MASK (RM20) 
  • Mask ini menggunakan Polyphenol yang diekstrak daripada daun teh yang dikoksidakan
  • Mengandungi 35% Black Tea Extract dan 35% Black Rose Extract 
  • Mask bewarna gelap kerana menggunakan sepenuhnya natural black tea flakes 
  • Menggunakan bauan semulajadi daripada sitrus dan rose untuk relaks 
  • Hypoallergenic 
  • Bebas dari bahan kimia merbahaya seperi Tar, Parabens, Mineral, Oils & TEA
  • Saiznya besar dan selesa digunakan



Next, kalau korang nak sesuatu yang lebih menarik lagi daripada Dear Packer, Nanie highly recommended untuk korang cuba Alaska Clacier Soothing Mask & Madagascar Clay Mask. 


Walaupun agak sedikit kurang praktikal dalam penggunaan, tapi efek yang diberikan oleh kedua-dua mask ini memang menakjubkan. Nanie sendiri jatuh cinta dan recommend kan pada kawan-kawan terutama untuk mereka yang berkulit kering. 

1. ALASKA GLACIER SOOTHING PACK (RM120) 






Teksturnya yang pekat umpama gel buatkan kulit muka rasa sangat sejuk sewaktu aplikasi. Nanie suka dengan bauannya jugak sebab dikatakan ia menggunakan 7% Alaska Glacier Water. Bauan yang fresh seolah-olah memberikan energi baru untuk mereka yang menggunakan Alaska Glacier Soothing Mask ni.

Antara manfaat yang boleh diberikan adalah : 
  • Jika kulit muka kita banyak terdedah cahaya matahari, penggunaan Alaska Glacier Soothing Mask ini dapat menurunkan suhu wajah kita dengan segera. 
  • Memberikan sensasi sejuk dan segar dengan pantas 
  • Melembutkan kulit wajah yang banyak terdedah pada cahaya matahari 
  • Bebas dari bahan kimia merbahaya seperi Tar, Parabens, Mineral, Oils & TEA 
  • Diuji secara klinikal untuk ujian "Skin Irritation"
Antara bahan yang digunakan dalam Alaska Glacier Soothing Mask ini adalah :

  • Birch Extract 
  • Bitter Mint Extract 
  • Wild Berry Extract 
  • Arnica Flower Extract 
  • Alpenrose Extract 
Kesemua bahan-bahan di atas telah terbukti boleh kurangkan iritasi pada wajah terutama untuk sensitive skin. Bagi Alaska Glacier Soothing Mask, kebiasaannya Nanie akan gunakan sebelum tidur. Ia akan memberikan efek relaks kepada otot-otot wajah kita. Penggunaan yang berterusan akan membuatkan kulit semakin lembap, lembut dan segar pada keesokkan harinya. 




2. MADAGASCAR CLAY MASK (RM 120) 






Sekiranya skin concern korang adalah masalah pori yang besar, kulit berminyak dan kerap terdedah dengan persekitaran yang kotor seperti asap kenderaan dan habuk, Nanie sarankan korang gunakan Madagascar Clay Mask. Apa yang Nanie suka mengenainya adalah teksturnya yang pekat tetapi lembut tidak kasar, mudah dioles pada keseluruhan wajah dan paling penting ia memberikan efek deep cleanse kepada kulit wajah kita.

Antara manfaat yang dapat diberikan oleh Madagascar Clay Mask ialah :

  • Hypoallergenic product - tidak mendatangkan allergic 
  • Mengandungi 4% clay component 
  • Sangat bagus untuk menghilangkan kotoran dan lebihan minyak pada muka 
  • Bebas dar Tar Dyes, pewangi tiruan, paraben, mineral oils dan TEA
  • Mencerahkan & menghilangkan kekusaman pada wajah

Untuk Madagascar Clay Mask ni, Nanie gunakan 2 kali seminggu. Nanie sukakan deep cleansing yang diberikan. Lepas gunakan clay mask ni, boleh rasa kulit wajah jadi sangat fresh dan bersih je. Antara bahan yang digunakan dalam Madagascar Clay Mask ini adalah :


  • Madagascar Clay Mask 
  • Vanilla Bean Extract 
  • Baobab Tree Extract 
  • Maringa Seed Oil 
  • Madagascar Centella Alsatica Extract 
  • Kaolin 
Setiap kali Nanie gunakan Madagascar Clay Mask, semasa cucian ia juga boleh digunakan sebagai cleanser juga. Kan sebagaimana Nanie bagitau kat atas tu, ia memberikan efek deep cleansing untuk kulit wajah. Jadi memang boleh jadikan kulit bersih dan segar sentiasa. 


DIMANA NAK BELI MASK DEAR PACKER? 



DISCOUNT FOR YOU!!!!

Ok, part ni korang kena baca betul-betul ok. Kesemua mask Dear Packer boleh didapati di Nature Smart Korean Multi Brand Store. Sedikit mengenai Nature Smart Store - ia merupakan multi brand store yang menjual pelbagai barangan kecantikan dibawah jenama LG Household & Health Care. Antara brand yang sama ialah THE FACE SHOP, Beyond, Tomaru, Beyond The Remedy, CNP Laboratory dan banyak lagi. 

Pada 20 Julai 2017 yang lepas, Nature Smart Store yang pertama telah dibuka dan dilancarkan. Lokasi pertama yang menjadi pilihan adalah di The Spring Mall, Kuching Sarawak. Dua lagi store bakal dibuka menjelang 2018.

Selain tu, berita gembira yang lain... sekiranya korang nak purchase this mask, SILAKAN GUNA CODE DISCOUNT DARIPADA NANI!!!!

INNANIEXTFS


Enjoy 10% dengan pembelian menerusi website THE FACE SHOP (www.thefaceshop.com.my) untuk semua Nature Smart Brands dengan pembelian minimum RM 50 sahaja. Kod diatas sah digunakan sehingga 31 Oktober 2017.

Atau boleh dapatkan secara online di link- link di bawah ini : 




No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork