Wednesday, October 4, 2017

THE THERAPY FIRST SERUM X MAKNA : Serum Pertama Dengan 7 Keajaiban!

Assalamualaikum semua 

Sebelum Nanie cerita panjang lebar mengenai serum ni, Nanie nak bagitau dulu beberapa punca yang boleh buatkan diri kita stress. Menurut kajian pakar, ada banyak penyebab yang menjadi pendorong kepada stress. Antara pendorong utamanya adalah disebabkan kesibukan tugas, gaya hidup yang tidak sihat juga kurangnya rehat dan tidur. 




Stress dan tekanan melanda semua peringkat umur dan tak kira lelaki mahupun perempuan. Kerisauan mengenai tekanan hidup dan kerja boleh mendorong seseorang menjadi murung, tidak produktif dan mula mengasingkan diri dari masyarakat.


Disebabkan itu, THE FACE SHOP memperkenalkan THE THERAPY FIRST SERUM yang bukan sahaja memang bagus sebagai skincare anti penuaan, tetapi juga menjadi salah satu terapi untuk stress dan pelbagai lagi manfaat kepada yang menggunakannya. Malahan produk ini juga telah dinobatkan sebagai salah satu BEST SELLING pada tahun 2016! Wah best tu....




THE FACE SHOP The Therapy First Serum menggunakan Thalassotherapy daripada European Blending Formula. Thalasso yang membawa maksud laut manakala Therapia adalah rawatan. Makanya secara am, THE FACE SHOP The Therapy First Serum adalah rawatan laut iaitu gabungan kebaikan khasiat semulajadi dari alga biru dan air laut Perancis. Alga biru yang digunakan sangat kaya dengan mineral serta anti-oksidan yang membantu mengurangkan proses penuaan. 

Klik video You Tube Nanie bawah ni & korang boleh tengok macam mana Nanie gunakan THE THERAPY FIRST SERUM sebagai aromatherapy untuk kurangkan stress! Klik tau kasi thumbs up banyak-banyak! Hehehehe


Bukan tu je tau,  ada 7 Keajaiban Yang Boleh DInikmati dengan penggunaan THE THERAPY FIRST SERUM ni. Yelah sebagai serum yang water based, ia sangat sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan memberikan penjagaan kulit wajah yang menyeluruh : 

1. MERUPAKAN LANGKAH PERTAMA UNTUK PENJAGAAN KULIT WAJAH 

- Selepas cuci muka dengan cleanser tu, korang boleh gunakan First Serum ini untuk recharge semula wajah yang lesu dan mengembalikan kesegarannya. 

2. SEBAGAI SALAH SATU "7 SKIN LAYERING TECHNIQUE" 

- Di Korea, ada teknik yang famous untuk kulit glowing tau iaitu "7 Skin Method". Tak tahu apa itu 7 Skin Method? Ini dia : a multi-application toner technique, to put it simply, it's the act of applying a toner or a lightweight, watery essence to your face up to seven times.  Yes!!! 7 kali ye mereka gunakan toner, serum & essence untuk lembapkan kulit. So, korang boleh lah gunakan First Serum ni dalam method tersebut dan tengoklah perubahannya! Confirm tambah gebu dan cantik. 

3. SEBAGAI EXFOLIATOR 
- Tahu kan kulit kita memerlukan exfoliator untuk buangkan kulit mati dan kotoran. Dengan serum ini, ia boleh exfoliate secara lembut kulit wajah kita dan menjadikan kita cerah hari demi hari. Simple je, korang hanya perlu gunakan green tea cotton pad untuk proses exfoliation tu! 

4. SEBAGAI MASK MUKA 

- Ini juga sesuatu yang boleh dicuba. Daripada korang pening nak pilih mask mana yang terbaik, boleh juga jadikan serum sebagai mask muka. Senang je, just rendamkan mask yang kosong dalam serum & biarkan pada muka selama 20 minit supaya serum menyerap sepenuhnya,  amalkan sebelum tidur malam. Pagi esok bangun, mesti rasa segar dan lembut je kulit tu! 

5. SEBAGAI SPRAY PENYEGAR @ FACE MIST 
- Yang ini pun Nanie dengar macam best je kan. Ye lah, face mist ni memang perlu sangat tau. Lagi pulak kalau jenis duduk bawah air cond seharian, face mist dari First Serum ni mesti jadikan kulit segar semula! 

6. SEBAGAI AROMATERAPI 
- Disebabkan ia dihasilkan daripada air laut dan alga biru, bauan yang dihasilkan cukup menenangkan! Bauan lembut ni akan stimulate otak kita untuk menghasilkan hormon yang tenang dan melegakan segala otot-otot yang penat. Korang hanya perlu ratakan serum pada tapak tangan dan tekupkan pada hidung atau tuala sebagai cara untuk aromaterapi. 

7.SEBAGAI STRESS RELIEVER 




- Part yang ni Nanie suka. Dengan First Serum ni - korang boleh gunakan untuk relieve muscle tension pada wajah. Tekapkan The First Serum pada cotton pad, tekupkan pada hidung untuk 5-10 saat berulang kali. Urutkan lembut pada seluruh wajah melalui point-point sebagaimana di gambar rajah atas ni.  Kemudian gunakan jari tengah untuk tekan point tersebut selama 3 saat bagi setiap point. Lakukan 3 kali secara berulang. Juga selepas itu, boleh lekapkan cotton pad dengan The First Serum pada pipi dan dahi selama 3 minit. Ia akan melancarkan peredaran darah pada bahagian muka, merehatkan otot yang penat dan boleh juga secara tak langsung jadikan kulit makin glowing dan kurangkan risiko serangan seperti Bell's Palsy. 






Lepas gunakan THE THERAPY FIRST SERUM ni, memang kulit rasa lembut, segar dan nyaman sangat. Nanie selalu akan gunakan sebelum tidur, jadi dengan bauan yang menenangkan dan dengan kelembutan pada kulit wajah, senang dan lena je nak tidur.


KHAS UNTUK BULAN SEPTEMBER & OKTOBER  






Yes!!! Part ni Nanie harap korang baca & ambil tahu. Sempena bulan Oktober ni, THE FACE SHOP menjalankan tanggungjawab sosial dan korporat mereka dengan berkolaborasi bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) bagi mengumpul dana disamping meningkatkan kesedaran bahaya kanser kepada orang ramai. 

Dengan tagline "A Meaning To Life", usahasama ini diharapkan mampu memberi impak kepada masyarakat terutama dalam menjaga kesihatan dalaman juga disamping mengekalkan kesihatan  serta kecantikan luaran bersama THE FACE SHOP. 

Sehubungan dengan itu, bermula September sehingga 31 Oktober 2017 ini, merupakan masa paling best untuk korang grab THE THERAPY FIRST SERUM ni. Nak tahu kenapa? Sebabnya of course lah ada tawaran hebat dari THE FACE SHOP! 


Jika sebelum ni, korang beli THE THERAPY FIRST SERUM bernilai RM 148.29 untuk sebotol, tapi bulan ini saja dengan nilai yang sama korang dapat another FREE 1 bottle. Jadi harga tersebut dapat 2 botol yang korang boleh kongsikan dengan kawan-kawan mahupun family. Best kan???


Eh, bukan tu je tau... dengan setiap pembelian jugak, RM 15 akan disumbangkan kepada MAKNA untuk tambah dana organisasi tersebut. So, kiranya korang membeli sambil beramal tau! Mudah-mudahan dengan sumbangan kita ni, dapatlah membantu para pesakit kanser dan mereka yang memerlukan. 

Jadi, korang semua boleh dapatkan THE THERAPY FIRST SERUM ni di seluruh outlet THE FACE SHOP seluruh Malaysia dan outlet Nature Smart, The Spring. Malahan nak beli online pun boleh iaitu melalui website shop THE FACE SHOP juga melalui HERMO Malaysia. Boleh klik di bawah untuk maklumat lebih lanjut : 


Facebook 

E-Store Website 

Instagram


Hermo Malaysia 




14 comments:

  1. Bagus pendekatan yang di ambil oleh The Face Shop, dengan harga yang sama boleh dapat 2 botol adalah cukup jimat kan...okey nak terjah The Face Shop...

    ReplyDelete
  2. Waah, belu pernah nyoba sih ini. tapi liat infonya jadi pengen :D

    ReplyDelete
  3. Wah macam bagus pula produk ni. Nak try guna la nanti

    ReplyDelete
  4. Share please camne nak jadikan face mist. Nak! Nak!

    ReplyDelete
  5. Interesting! Tekstur macam micellar water ek? Bau dia ok tak? Btw, mask kosong memang ada jual ek? Bella tak tahu. Banyak tanyalah pulak

    ReplyDelete
  6. I love this! AMazing! Especially for the good effort of the donation! But the product packaging itself looks really interesting

    ReplyDelete
  7. banyak juga produk yg baru tahu bila baca ni, nice sharing

    ReplyDelete
  8. Wah bagus produk ni. Lia pun nak kena ada satu. Ubat stress susah nak cari.


    LiaHasty
    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  9. Makin cantik la Innanie lepas ini... bagus inisiatif mereka untuk dapatkan sumbangan untuk disalurkan kepada MAKNA

    ReplyDelete
  10. tengok review dari Nanie, teruja nak berserum juga :)

    ReplyDelete
  11. Terbaik the faceshop ni..siap dpt percuma 1 botol n sambil2 mnderma kt Makna kn...gud one

    ReplyDelete
  12. Macam best jer serum ni. Untung beli time promosi ni.

    ReplyDelete
  13. Bagu kerjasama dengan Makna dapat membantu dalam menjaga kecantikan dan keserian wajah patut kita tengok muka nani ni makin licin...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork