Friday, November 24, 2017

Autumn Makeup Look with THE FACE SHOP 2in1 Curling Mascara

Assalamualaikum semua


Bila Nanie post gambar-gambar Nanie dah siap makeup di Instagram, ada juga yang request untuk Nanie buat tutorial video mengenai makeup looked yang Nanie hasilkan. Terus terang, pada awalnya Nanie memang tak ada langsung confident untuk buat tutorial makeup tu tau. Sebab apa? Sebab teknik Nanie dalam bermekap adalah "Hentam Sajalah Labu!". Hahahaha! Serious wei.



Kadang Nanie tengok orang lain, kemain senang je dia balun buat kening, pakai maskara. Aku ni sampai lenguh tangan, touchup sana sini tetap comot jugak. Tu belum part pakai melebatkan bulu mata lagi. Nak pakai fake lashes pun cuak! Sumpah gigil wei! And Nanie memang tak pernah cuba lagi guna fake lashes. Maka bertabahlah dengan bulu mata yang kontot dan tidak lentik ini! 


Bulu mata panjang dan lentik? Yes! You heard it right. Masalah besar jugak tu bagi perempuan yang bermekap untuk dapatkan bulu mata yang panjang dan lentik. Kata orang bila ada bulu mata panjang dan lentik barulah fefeling Che Ta gitu kan. But, again no worries if korang senasib dengan Nanie yang mana bulu mata hanya seciput dan hujung-hujung je. 

THE FACE SHOP baru-baru ini melancarkan 2in1 Curling Mascara yang akan menghentikan kesedihan kita semua dan realisasikan impian untuk dapat bulu mata panjang, lentik dan maintain on point selama 24 jam.

Sebelum Nanie cerita panjang-panjang, sudi lah kiranya untuk korang semua tengok video tutorial makeup Autumn Look yang Nanie sediakan. Penat Nanie buat tau. Semua produk dalam video bawah ni Nanie gunakan produk makeup THE FACE SHOP termasuklah 2in1 Curling Mascara tu. Jemput tengok ye. 


Amacam? Hahahah jangan kecam wei! Cubaan pertama kan! Nanie akan improve lagi kalau ada kekurangan. Well, basically meh Nanie nak cerita pasal mascara yang best tu. Korang nampak tak macam mana happynya Nanie masa apply mascara tu. Smooth je kan. Tak ada masalah. Lagi satu, bila ada dua saiz brush dalam satu tube, secara tak langsung memudahkan kita untuk makeup. Tak ada lah terlupa untuk coated kedua-dua bahagian!




2in1 CURLING MASCARA 

2in1 Curling Mascara memberikan jaminan ketahanan yang lama untuk efek lentik, lebat dan panjang pada bulu mata. Dengan Lightweight Balloon Powder dan Lash Fixer, bulu mata akan kekal lentik selama 24 jam dan terbukti secara klinikal tau!  Didatangkan dengan dua saiz berus yang berbeza, keduanya memberikan fungsi yang tersendiri dan menjadikan lentikan bulu mata semakin galak dan memukau.

POWER BIG BRUSH & SUPER SLIM BRUSH

Dua berus yang diberikan dalam maskara ini adalah Power Big Brush yang berfungsi untuk bulu mata bahagian atas. Ia mudah dileretkan pada bulu mata supaya tidak bergumpal dan secara tak langsung menjadikan ia tampak panjang dan lebat bermula dari akar sehingga ke hujung bulu mata.


SUPER SLIM BRUSH 

Manakala berus yang kedua, Super Slim Brush berfungsi untuk bulu mata bahagian bawah. Part inilah yang selalu Nanie skip. Sebab susah sangat nak brush kawasan yang hujung-hujung corner mata tu. Selalu bila nak tarik lebih sikit mula lah kena pipi, kena tepi mata. Kesudahannya comot.  Jadi memang selalunya keadaan yang menduga tu, Nanie akan biarkan je bulu mata bahagian bawah tu tak bermaskara. Tapi of course lah rasa tak lengkap. Bahagian atas je lentik. Bawah kosong! 

So, bila ada Super Slim Brush yang halus dan kecil ni, semua kawasan dapat di-coated-kan dengan mascara. Senang sangat nak apply. Tak ada pun kena berhati-hati sangat. Sebabnya bila brushes kecil, mudah untuk sampai ke bahagian yang susah dicapai tu. Secara tak langsung, bulu mata yang jarang-jarang tu dah dirapatkan dan nampaklah efek panjang serta lebat. So pretty!!!


Nak tengok cemana hasilnya? Jangan tak percaya pulak tau. Serius memukau. Nanie sendiri pun melopong gak bila tengok hasilnya. Cantik dan tak bergumpal. Dalam video tak nampak sangat sebab Nanie speed kan sikit video tu. Ni korang tengok dalam gambar. Paling Nanie impress sebab bulu mata yang bahagian bawah kelihatan ye! Bukan selalu tu! 



Untuk Autumn Makeup Look ni, Nanie gunakan warna Brown 02. 2in1 Curling Mascara dari THE FACE SHOP ada dua pilihan warna yang cantik dan mudah dipadan dengan sebarang majlis serta gaya makeup. Warna 01 iaitu Black dan 02 untuk Brown.



Jadi, untuk mereka yang bertanya macam mana nak dapatkan 2in1 Curling Mascara dari THE FACE SHOP ni, korang boleh klik link-link di bawah.

2in1 Curling Mascara in Black & Brown 
Harga : RM 80.45 (termasuk GST) 

Facebook 

E-Store Website 

Instagram



19 comments:

  1. Cantik nya kulit kak nanie!
    Macam best je mascara nii~

    ReplyDelete
  2. Wah! Pandai nanie make-up. Bella pun hentam je. Paling penting eyeliner dengan mascara. Kalau tak nampak macam zombie!

    ReplyDelete
  3. senang dan mudah digunakan. girls mesti suka ni

    ReplyDelete
  4. Teruja k.sal tengok video tu tau , tak berkelip mataku tengok steps make up you. Tq sis

    ReplyDelete
  5. Cantiknya mata bila pakai mascara ni. Macam best jek. Nanti boleh usha usha tgk

    ReplyDelete
  6. Looks easy to use and perfect on you. Will check this out.

    ReplyDelete
  7. Suka lihat hasilnya. Sweet2 dan tak terlalu over. 😃

    ReplyDelete
  8. kalau part mata akk pun agak mendukacitakan .. tangan tak pernah stabil .. haha nanti kena try lah mascara nih ..

    ReplyDelete
  9. Maha sebenarnya memang suka tengok Inannie sebab yakin dan memang tampil hebat kat luar sana itu penting tak kisah apa orang nak kata Nani bila makup lagi hebat bila lak majlis nya ni ehhh..

    ReplyDelete
  10. masa g Korea rasanya budak tu ade tunjuk jugak tapi macam aihhhh...bila nak pakai ni..hahahaha...ttbe tgk Nanie pakai cantik boleh jatuh menyesal tak beli ni...kahkahkah! video awesome keyh...jgn nak kata x best!

    ReplyDelete
  11. Cantik makeup nanie. Akak tak reti nak makeup 😁

    ReplyDelete
  12. Cantiknya hasil lepas pemakaian. Samalah kita makeup hentam sahaja janji lawa. Hahah😁

    ReplyDelete
  13. Suka tengok makeup tu... Jeles tgk orang yang pandai makeup ni... Cantik!

    ReplyDelete
  14. samalah nanie. kta pun suka shop kt faceshop jugak sebab skin sensitive. dulu pernah breakout teruk masa study, so now nak pakai apa pun kena piicky sikit hehehe

    ReplyDelete
  15. first thing kena curl it first with the curler kan then mascara make it longer and more obvious.

    ReplyDelete
  16. syok gak tengok video tutorial..nak buat sendiri, memang tak lah haha

    ReplyDelete
  17. Menarik cantik gambar dalam artikel ini, guna kamera ape ye untuk snap photo?

    ReplyDelete
  18. Kak nanie! Samalah, onie kalau nak buat tutorial mekap tu sebenarnya tak kuat tau. Sebab guna teknik sama macam akak. Teknik hentam tu haaa,hahaha...tapi kadang tu, onie buat je video, biarlah orang nak kecam ke apa..janji kita puas,muahahahaha... Onie suka produk The Face Shop, lelagi yang untuk penguat kuku tu. Suka! Dia punya warna sangat light dan natural. Pastu serum anti aging dari The Face Shop pun best! Nanti nak try la plak maskara yang akak share tu, menarik je tengok tu :D

    ReplyDelete
  19. Menarik mascara ni ya..harga pon boleh tahan tp produk Face Shop mmg bagus..suka!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork