Tuesday, December 5, 2017

KULIN Seven Days Later & Puresh : Rutin Skincare Serta Perlindungan Kulit Formulasi Halal Dari Korea

Assalamualaikum semua

Menjaga kesihatan dan kecantikan kulit adakalanya merumitkan. Kata orang selagi tak jumpa jodoh - kena cari skincare yang betul-betul berpadanan dengan jenis kulit kita. Ye lah, kulit kan berbeza-beza. Ada yang kulit kering ada yang kulit sensitif. Macam Nanie, Nanie jenis combination-to-dry. Ada masa dia berminyak dan ada masa jugak yang dia macam a bit kering. Tapi, Alhamdulillah kulit Nanie so far tiada sebarang jerawat. 

Lebih kurang sebulan lepas, Nanie diperkalkan dengan satu skincare range hasil keluaran KULIN SEA. KULIN SEA merupakan syarikat pengeluar serta pengedar bagi set skincare lengkap iaitu set  Seven Days Later dan UV Protector Puresh yang diformulasikan di Korea. 




Masuk bulan Disember ni, Nanie boleh katakan -  produk KULIN  ni memang wajar diberikan pujian & memberikan hasil yang sangat menakjubkan untuk kulit Nanie. Sebelum Nanie tunjuk dekat korang video Nanie - yang korang boleh tengok sendiri hasilnya macam mana, Nanie cerita dulu bahagian pengenalan supaya korang lebih tahu bagaimana produk KULIN iaitu Seven Days Later & Puresh ni memberikan manfaat dan kesempurnaan buat rutin harian penjagaan kulit Nanie. 


SEVEN DAYS LATER SKINCARE SET

Seven Days Later menampilkan set skincare yang premium dan eksklusif. Produk keluaran KULIN SEA bukan sahaja menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan utama kesemua produk mereka, malahan produk mereka adalah MESRA MUSLIM serta menggunakan sumber yang HALAL. Manakala bagi Puresh, ia diiktiraf HALAL oleh GIMDES iaitu Turkey Highest Halal Certification. Untuk pengetahuan korang, GIMDES  turut diiktiraf oleh JAKIM. Boleh buat rujukan di link ini : http://www.halal.gov.my/150216.pdf


Set penjagaan ini terdiri daripada : 
  1. Seven Days Later Waterful Magic Whitening Essence 
  2. Seven Days Later Premium Multy Essence 
  3. Seven Days Later Fish Collagen Powder 


Set Seven Days Later ini sangat lengkap dan menyeluruh untuk kegunaan seharian, set ini mampu memberikan pelbagai manfaat kepada kulit wajah terutama dalam melindungi kulit dari sinaran matahari yang boleh merosakannya. Jom Nanie nak korang tengok video ni dulu, lepas tu baru Nanie ceritakan satu per satu produk KULIN yang Nanie gunakan. Boleh? Klik PLAY untuk video ni ok. Kalau tak tengok, rugi.... 





Dah tengok kan? Hahahah. Maafkan Nanie atas sedikit sifat gedik. Kihkihkih. Korang perasan tak macam mana mudahnya Nanie apply kesemua produk KULIN Seven Days Later dan Puresh tu. Senang kan? Tak ada pun melekit atau comot-comot. Meh Nanie terangkan setiap satu produk tu.

LANGKAH 1 : SEVEN DAYS LATER PREMIUM MULTY ESSENCE 



Kalau korang perhatikan dalam video Nanie atas tu, PREMIUM MULTY ESSENCE ni berbentuk spray. Sumber natural dari Aloe Vera membuatkan kulit terasa sangat segar dan nyaman selepas dikenakan pada wajah. Malahan salah satu fungsinya adalah dalam mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengurangkan keradangan sekiranya kulit kita terbakar atau terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari.



Menurut bahagian R&D KULIN, mereka menggunakan Patented Aloe Vera yang ditanam secara meluas dan tradisional di Korea. Aloe Vera ini bukan semata-mata melembapkan kulit malahan turut merawat kulit dari dalam kerana ia meningkatkan metabolisme kulit untuk menyerap vitamin yang diberikan.




Selain daripada Aloe Vera, ia juga menggunakan ginko, buah delima, buah tin dan buah mulberry yang melalui kajian mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan kulit. Antaranya adalah kedua buah-buahan ini mampu untuk membuang kotoran  dan kulit mati pada kulit wajah di samping membantu mengembalikan sel kulit yang sihat dan segar. Paling penting, ia langsung tidak memberikan sebarang pengelupasan kepada kulit.


Malahan, dengan langkah pertama ini sahaja - kulit melalui proses anti-oksida. Proses ini membantu kulit untuk kelihatan muda, anjal dan juga memberikan laluan serta ruang bagi vitamin menyerap masuk sehingga ke lapisan yang paling dalam. Kebiasaannya Nanie akan gunakan sebelum Nanie bermekap dan Nanie jugak akan spray selepas waktu Asar sebab waktu tu kulit dah mula mengering akibat cuaca panas dan kering selepas beberapa jam duduk di bawah air-cond.



Langkah 2 : SEVEN DAYS LATER WATERFUL MAGIC WHITENING ESSENCE 


SEVEN DAYS LATER WATERFUL MAGIC WHITENING ESSENCE ini diformulasikan daripada 4 bahan semulajadi yang terkenal di Korea. Bahan-bahan ini telah diguna pakai sejak dari zaman dahulu lagi dan telah terbukti mampu memberikan kulit yang anjal & cantik.


Bukan itu sahaja, WATERFUL MAGIC WHITENING ESSENCE secara utamanya adalah sumber vitamin C kepada kulit. Ia mengandungi pelbagai khasiat daripada buah delima, buah tomato dan pelbagai lagi sumber semulajadi yang lain. Sifatnya yang langsung tidak melekit dan tidak berminyak membuatkan ia sangat selesa diguna dan dipakai sepanjang hari.

Antara ingredients yang menarik yang terdapat dalam Waterful Magic Whitening Essence ini adalah Snail Slime atau lendiran daripada siput. Snail slime ini rupa-rupanya mempunyai pelbagai manfaat kepada kulit terutama bagi mereka yang ada masalah jerawat dan parut. 

Snail Slime ini mengandungi hyaluronic acid, glycoprotein, proteoglycans dan juga bahan anti-microbial yang mana boleh membunuh bakteria serta kuman penyebab jerawat. Bukan itu sahaja, snail slime ini juga sangat kaya dengan kelembapan kerana mempunyai kira-kira 91-98% kandungan air yang boleh mengekalkan kelembapan kulit di tahap maksima.



Untuk produk Seven Days Waterful Magic Whitening Essence ini, ia perlu digunakan bersama-sama dengan Fish Collagen Powder. Sebelum di tepek pada muka tu, fish collagen powder perlu diletakkan bersama-sama supaya kedua-dua bahan ini dapat memperbaiki struktur kulit wajah yang rosak di samping kolagen berfungsi sebagai bahan penganjal kepada kulit.


Langkah 3 : SEVEN DAYS LATER FISH COLLAGEN POWDER


Part ini lah yang paling menarik sekali. Semua orang pun memang tahu yang fish collagen sangat bagus dan bermanfaat kepada kesihatan serta kecantikan kulit. Begitu juga dalam produk KULIN Seven Days Later ni. Fish Collagen Powder yang digunakan adalah dalam bentuk serbuk yang mana ia adalah "supermolecular" iaitu saiznya adalah sangat kecil. 




Tugasnya adalah dalam memberikan keanjalan di samping menyalurkan nutrisi yang diperlukan kulit bagi menangani masalah kulit kusam akibat kerosakan struktur kulit. Kolagen ikan yang digunakan adalah daripada sumber terpilih yang berkualiti tinggi dan mampu menjadikan kulit bertambah anjal, cerah dan mengurangkan kedutan akibat penuaan. Malahan dengan Fish Collagen Powder ini juga, kulit kelihatan semakin bertenaga dan bermaya sepanjang hari.


TEKNIK DAB & PAT 


Jika korang perhatian pada video Nanie tadi, selepas Nanie apply Waterful Magic Whitening Essence +  Fish Collagen Powder, Nanie gunakan teknik dab & pat untuk meratakannya ke seluruh wajah.

Kenapa Nanie tak sapukan sahaja campuran tersebut? Ada sebabnya tau.... dan kalau korang gunakan Seven Days Later produk dari KULIN ni, korang WAJIB guna cara ni. Sebabnya adalah :

i. Mengurangkan risiko iritasi pada kulit - untuk mereka yang berkulit sensitif, bila kita sapukan produk jenis pelembap atau moisturizer, bahan tersebut akan bertindak sangat pantas dan aktif. Sekiranya korang sapukan dengan kasar dan apply direct pada kulit, risiko utk iritasi dan kemerahan sangat tinggi.

ii. Kulit adalah umpama kusyen! - Yes, dengan teknik dab & pat, kulit sebenarnya menyerap lebih banyak vitamin daripada produk tersebut. Ini kerana kulit kita mempunyai liang pori yang berfungsi untuk menyalurkan sumber vitamin ke bahagian kulit yang paling dalam. Ibarat kusyen, ia lebih mudah diserap dengan tekanan lembut padanya.

iii. Elakkan pori terbuka lebih besar - Bagi mereka yang mempunyai masalah pori yang besar, teknik dab & pat sangat digalakkan. Ini kerana pori anda yang besar tadi, tidak akan terbuka lebih besar dengan teknik ini berbanding teknik sapuan. Jadi, apabila teknik dab & pat di amalkan ia secara tidak langsung boleh mengecilkan saiz pori pada muka.


Langkah 4 : UV Protection dengan PURESH 


Nanie tak nafikan, orang Malaysia termasuk Nanie sendiri memang kurang rajin pakai UV Protection. Bukan apa, pengalaman Nanie - ada protection yang sangat melekit dan berminyak. Jadi memang merimaskan muka lah kan. Tapi berbeza denan Puresh ni. Ia adalan sun protection yang Halal dan mampu melindungi kulit wajah untuk kedua dua jenis sinaran matahari iaitu UVA & UVB. Korang tahu kan sinaran matahari ada dua jenis. Dan kedua-duanya adalah merbahaya.


Puresh juga turut dilengkapi dengan SPF 35 iaitu level optimum untuk perlindungan dari sinaran UVB. Ada pendapat yang mengatakan semakin tinggi SPF, semakin bagus untuk kulit. Sebenarnya ia ada betul dan ada yang tidak. Bagi mereka yang banyak masa di habiskan dalam bangunan seperti di office, mahupun di rumah - SPF 35 adalah mencukupi untuk perlindungan. Manakala jika anda seorang ahli sukan atau pun banyak terdedah di bawah cahaya matahari - yes, anda perlu SPF yang tinggi. Namun bagi yang SPF 35 tadi, apa yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan sun protection lebih kerap iaitu kira-kira 2-3 kali sehari.



Semasa penggunaan Puresh, ia langsung tidak melekit dan tidak berminyak. Dengan hanya sekali sapuan, ia boleh cover hampir keseluruhan wajah. Malahan, bila Nanie gunakan Puresh, tak ada langsung tompokan putih atau bercapuk sebab ia adalah White Cast Formula yang mana bila di blend akan ikut tona warna kulit kita.

Bukan tu je tau, kalau korang nak gunakan Puresh bagi swimming dan sebagainya pun boleh. Ia bersifat Water Resistant Formula yang mana tidak mudah luntur bila kena air ataupun berpeluh. Puresh juga sesuai digunakan untuk semua jenis kulit kerana tidak mengandungi sebarang silicon dan mengguanakan preservative semulajadi, semua peringkat umur boleh guna baik lelaki dan perempuan juga untuk ibu mengandung.


Last but not least, Nanie rasa - KULIN product iaitu Seven Days Later dan Puresh adalah satu skincare range yang terbaik dan menyeluruh. Ia membuatkan kulit rasa seperti "dilahirkan" semula disamping khasiat dan manfaat daripada bahan semulajadinya. Paling penting, feeling yang produk ni berikan selepas penggunaan buatkan Nanie rasa yakin dengan kecantikan dan kesihatan kulit Nanie.




Untuk maklumat lanjut, dapatkan info melalui channel berikut :



Website : 

Facebook : 

Instagram : 




27 comments:

  1. Wah siap ada fish kolagen ! I suka sebab lebih efektif sesuatu produk kalau ada kolagen kan. Nanti nak check out la produk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, fish collagen mmg sgt power utk absorption.

      Delete
  2. terkesima kejap tgk tuto video tu. mana taknya hanya 3 step je dah siap boleh keluar rumah dgn konfidennya kan. produk korea skrg memang tinggi demand dia sbb produk mereka kebanyakkanya natural based dan ada halal jakim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Ana! produk Korea memang tinggi demandnya! sebab ingredients mereka yang natural tu paling bagus. and biasanya mereka tanam/guna bahan semulajadi negara mereka!

      Delete
  3. Memang selalu tengok video review or advice pasal dab dab atau pun pat je muka kalau pakai produk jenis pelembap ni. Tapi tu lah, sejenis manusia pemalas macam saya ni kalau boleh nak selek semua laju je pada muka. Hahahha, ok ok lepas ni saya dab dab pat pat je pada muka. Anyway produk by kulin ni nampak menarik jugak untuk dicuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fadzi. Kadang bila kita nak cepat, memang tarik habis moisturizer ke apa kan.. tp benda tu boleh jadi irritate! :( so kalau kulit jenis kering - tambah kering lagi!

      Delete
  4. Ala..baca entry nanie ni terpengaruh..kena tukar skincare la camni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh! best sgt produk ni Fieza. tu suka :)

      Delete
  5. packaging is so nice. warna favourite. hehe. apapun rasa bagus juga produk ni sebab ada bahan2 yg bagus untuk kulit lagi2 aloevera. teringin nak cuba juga lepas tengok video kak inannie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. warna & packaging sgt mainkan peranan besar dalam marketing. lagi pulak bila bahan-bahannya natural :)

      Delete
  6. Wow bestnya manfaat produk ni. Walaupun kulit kita dah cantik, produk camni lagi membantu cantikkan kulit kita. Suka tengok video aten. Nanti akak cuba k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak Ruby!!! ;) tu lah kulit muka mmg kena jaga sentiasa

      Delete
  7. First time dengar produk ni..nampak menarik juga and ingredients dia pon best best je..agak2 boleh cerah xpakai ni..kita makin kelam ni..hihi

    ReplyDelete
  8. Produk terbaru dari korea ke nih . Macam aje kan

    ReplyDelete
  9. Wow ada extrak dari siput pun boleh guna ke hehehehe tapi sekarang ni dah banyak produk yang bagus dari pelbagai negara cuma nak cari yang sesuai dengan kulit jer...

    ReplyDelete
  10. bukan senang nak cari produk kosmetik yg sesuai dengan kulit kita kan

    ReplyDelete
  11. saya memang suka produk-prodyk yang berasaskan bahan semulajadi dan organic, tak perlu takut untuk mencubanya...

    ReplyDelete
  12. menariknya produk kulin ini.Ika tengah fikir untuk tukar skincarre. Nanti boleh la ika cuba ini. Bahan yang diguna pun menarik

    ReplyDelete
  13. Menariklah produk Kulin ni...based on Aloevera dan yang best ada halal JAKIM. Tak perlu susah susah pilih.

    ReplyDelete
  14. seems like good product. will try it out when my current skincare is finished

    ReplyDelete
  15. Banyak produk kecantikan keluaran korea kan. Tapi kulin ni macam best jer. Tak payah pakai makeup pon tak apa sebab dah nampak cantik 😊

    ReplyDelete
  16. Siap UV Protected and Fish collagen? Ok. I am sold! Take my money now!

    ReplyDelete
  17. Banyak juga produk kosmetik Halal yang dah masuk pasaran Malaysia. Btw, KULIN SEA ni produk Korea ke Turki Nanie? Bella punya skin ikut keadaan. Kadang-kadang naik juga jerawat. Huh!

    ReplyDelete
  18. Cantik warna botol dia. Produk nampak mcm best ..sbb bahan-bahan natural je. Boleh cuba.

    ReplyDelete
  19. wait did i see fish collagen? wahhhh nowadays punya product really canggih!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  20. Suka makan buah mulberry... sedapppppp....

    Part video tue.. kalau boleh, design cover video sekali.. bagi nampak kemas sikit ;)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork