Pengalaman Gunakan Alcon Air Optix plus HydraGlyde Jadikan Pemakaian Contact Lens Lebih Selesa & Jelas!

5:20:00 PM

Assalamualaikum semua 

Memang semua orang pun tahu yang Nanie pakai cermin mata dah lama. Tak silap Nanie sejak Nanie darjah 6 mata Nanie dah rabun. Tapi yang permanently pakai cermin mata adalah dalam tingkatan 2. Well, bagi pemakai cermin mata - ada masa memang agak sukar sebenarnya. Sebab rasa leceh. Especially bila ada aktiviti lasak. Macam hari tu ada training camp. Memang kena extra careful. Takut cermin mata pecah. Cemana nak drive kalau mata kabur kan!




Tak nak pakai contact lens?

Yes, ada masa especially bila ada event-event, Nanie memang pakai contact lens. Sebab nak makeup kan. Tapi, secara jujur pakai lens tak berapa selesa. Apatah lagi bila dalam masa yang panjang. Mula lah mata jadi kering, merah dan kalau nak drive sebelah malam, memang tak digalakkan pakai lens sebab rabun silau Nanie kuat juga. So, kalau drive malam macam kabur jugak.


Jadi baru-baru ni, Nanie diperkenalkan untuk mencuba satu contact lens terbaru daripada Alcon iaitu Air Optix Plus Hydra Glyde  Ia merupakan antara produk terbaru Alcon dengan teknologi terkini yang dimprovisasi. Korang sendiri mesti tau kan, Alcon adalah jenama yang cukup terkenal untuk contact lens. Even Nanie pun sebelum-sebelum ni pernah je guna contact lens Alcon dan memang sangat-sangat selesa. So, why not to try Air Optix Plus HydraGlyde?


Mesti korang nak tahu apa bezanya contact lens ni daripada contact lens lain di pasaran kan? Ok, Nanie akan explain satu per satu ye. Ilmu ni pun, of course lah the Optometrist yang beritahu Nanie. Sebab Nanie kan selalu tanya macam-macam. Jadi, ini serba sedikit penerangan mengenai teknologi HydraGlyde!


HydraGlyde merupakan satu teknology yang memberikan dua fungsi utamanya iaitu sebagai perlindungan daripada kotoran dan mengekalkan kelembapan contact lens. Secara mudahnya, apabila kita pakai contact lens, penyebab yang menjadikan ia kabur adalah akibat kotoran yang melekap pada permukaan lens. Bila macam tu, ia menjadikan lens kita bertelap dan membuatkan pandangan kita tidak jelas.
HydraGlyde yang dikemaskan dengan Smartsheild Technology meletakkan satu lapisan protein dan lipids daripada sumber semulajadi agar dapat melindungi contact lens kita daripada kotoran yang berada pada air mata dan mata kita. Malahan, apa yang Nanie lebih suka ia juga dapat menyingkirkan kotoran daripada produk makeup kita sendiri. Sebagai contoh, kotoran dari eye shadow yang berpasir dan bedak kita.


Sebagaimana Nanie beritahu atas tadi, penggunaan contact lens boleh menyebabkan mata menjadi kering. Bila mata kering tu mula lah timbul merah dan gatal pada mata sebab mata kita rasa pedih dan sedikit sakit. Jadi, untuk mengatasi masalah ini dan memberi keselesaan pada pelanggan, Alcon Air Optix dengan HydraGlyde ini boleh memberikan kan kelembapan kepada mata kita dalam masa yang panjang.



Bagi Nanie, mata Nanie memang agak kering selepas gunakan contact lens dalam tempoh lama. Tapi dengan adanya teknologi sebegini, Nanie merasa yakin untuk terus gunakan contact lens Alcon HydraGlyde ni. Tak ada lah rasa kering mahupun tak selesa. Lagi satu, bila mata kita kering - mata kita nampak macam tak sihat. Kuyu dan sakit. 


Alcon Air Optix Plus HydraGlyde ini adalah untuk kegunaan sebulan. Tanpa sebarang colour, ia amat selesa dipakai untuk kegunaan harian terutama bagi mereka yang  bekerja dan kegunaan majlis rasmi. Memang selesa dan lembut sangat dipakai.

KURANGKAN POWER MATA BILA PAKAI CONTACT LENS? ITU SALAH!!!



Sebelum ni, bila Nanie beli contact lens... selalu orang nasihatkan kena kurangkan sikit power mata tu. Contohnya cermin mata Nanie power 425, so kurangkan kepada 400 sebab contact lens lebih rapat pada retina mata. Jadi dengan kurangkan power, pandangan dah jadi jelas. No! No! Bukan gitu tau!


Tapi cara tu salah ye! Korang bukannya boleh kurangkan sendiri. Dia ada pengiraan dia sendiri. Bukan sesuka hati boleh kurangkan. Ni adalah nasihat daripada optometrist sendiri tau. Before this, Nanie buat cara gitu lah. Kurangkan sendiri. Dan hasilnya... kepala Nanie mesti pening dan sakit selepas beberapa jam guna contact lens.


Masa Nanie jumpa optometrist untuk contact lens Alcon ni, Nanie jalani beberapa ujian mata untuk dia dapat power yang paling tepat untuk mata Nanie. Ujiannya sama macam kita nak buat cermin mata, tapi untuk pengiraan bagi contact lens tu ada formula dia.


So, Nanie memang sarankan korang kalau nak beli contact lens, jangan pandai-pandai nak ubah power dia atau kurangkan sendiri. Allocate masa jumpa optometrist dan dapatkan nasihat mereka. Ni Nanie ke Paris Optical di Jalan Telawi 3, Bangsar. Senang dengan layanan dan servis mereka. Dia akan explain dengan baik segala soalan yang Nanie ajukan dan ujian pun dia terangkan satu per satu.

Nanie gunakan contact Lens Air Optix Plus HydraGlyde 

Personally sebelum Nanie cuba Alcon Air Optix Plus HydraGlyde ni, of course lah rasa ragu-ragu jugak. Sebab ye lah bila kita ada bad experience kan. Mata kering dan merah + rasa sakit kepala sebab tak selesa akibat pandangan kabur. Tu lah pandai-pandai je kurangkan power sendiri. Memang mendapatlah kan! So, masa hari pertama pakai pergi office tu, Nanie prepare jugak bawak cermin mata. Mana tahu tak selesa, boleh bukak dan pakai spec mata. 

Tapi mengejutkan!!! Mata Nanie rasa sangat selesa. Nanie try pakai dari pukul 9 pagi sehingga 7 malam... mata Nanie tak ada langsung merah-merah. Apatah lagi simptom-simptom kering. Padahal Nanie duduk kat office bawah aircond. Memang selesa & rasa segar. 


Satu lagi, bila Nanie drive malam pun masih ok. Walaupun lens ni tak ada rabun silau, tapi dengan power yang betul, Nanie masih boleh nampak jarak kenderaan bila memandu sebelah malam. Lepas bukak contact lens pun, tak ada rasa kepala berat mahupun sakit. Selesa! Serius selesa. Alhamdulillah!

Setiap kotak mengandungi 3 kanta untuk penggunaan sebulan. Harga bagi setiap kotak adalah RM 86.90. Kalau korang nak try, boleh ke mana-mana kedai penjagaan mata yang menjual produk Alcon & Air Optix.









  • Share:

You Might Also Like

1 Inspirasi Dari Pembaca

  1. Asyraf pun pakai lens.

    Lebih selesa untuk majlis penting.

    Jenama Alcon ni pun baru try 6 bulan lepas till now.

    Sangat selesa ..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.