Rawat Ekzema & Psoriasis Dengan ELEXIA NATURALS

7:28:00 PM

Assalamualaikum semua 

Bila Nanie mendalami bidang penjagaan kulit ni, macam-macam masalah kulit yang Nanie belajar. Bukan semata-mata masalah kulit kering dan kulit berjerawat. Ia lebih daripada itu. Sebagaimana yang ramai tahu, kulit merupakan organ terbesar pada tubuh badan manusia, dan ia juga merupakan organ yang paling banyak terdedah pada cuaca dan persekitaran luar. 

Disebabkan pelbagai masalah kulit yang melanda ramai orang hari ini, Nanie nak kongsikan satu produk keluaran Deyrnas Natural Essence iaitu ELEXIA yang Nanie dah kenal hampir setahun lepas. Untuk pengetahuan semua, Nanie jenis kulit sensitif di bahagian badan. Nanie tak boleh nak pakai emas mahupun jam besi. Jadi, ada masa kulit Nanie akan naik macam ruam dan kemerah-merahan. Nanie gunakan ELEXIA untuk mengawal dan merawat masalah kulit sensitif Nanie. 





Sebelum Nanie cerita pot-pet-pot-pet mengenai ELEXIA yang menjadi penyelamat Nanie ni, Nanie kongsikan dulu sedikit video ringkas untuk korang lebih faham mengenai produk ELEXIA. Jom tengok unbox session Nanie untuk "Sweet Suprises" dari ELEXIA.


Baiklah, ELEXIA ni sebenarnya mempunyai beberapa produk yang killer di pasaran terutama untuk golongan yang menderita dengan sakita eczema dan masalah kulit lain. Terus terang Nanie kongsikan pengalaman Nanie, memang sukar sebenarnya nak uruskan aktiviti kalau kulit kita bermasalah. Nanie sendiri, kalau musim cuaca panas - memang selalu kena tahan tangan daripada menggaru. Sebab makin garu, memang sedap. Tapi makin teruklah jadinya. Ini semua berpunca daripada kulit yang terlalu kering. 

Nani  share sikit background penyakit Eczema ni untuk tambah pengetahuan korang semua. Ok? 

Ekzema merupakan penyakit kulit yang turut dikenai sebagai Atopic Dermatitis yang kerap sangat menyerang kanak-kanak. Namun orang dewasa juga tak ketinggalan tersenarai sebagai pesakit Eczema. Perkataan Ekzema berasal daripada bahasa Greek - Ekzein yang bermaksud "Ek" - Keluar dan "Zema" - mendidih. Bersesuaian dengan keadaan kulit pesakit, ia kelihatan seakan-akan melecur, merah dan adakalanya berair akibat jangkitan bakteria. 






Apa yang ada dalam Sweet Surprises Box ni? 

Untuk review kali ni, ELEXIA memberi kesempatan pada saya mencuba Sweet Surprises Box mereka yang dikategorikan sebagai All-in-One untuk penjagaan kulit. Kotak tin yang berwarna turquoise serta diikat rapi dengan reben ini membuatkan ia adalah travel pack yang mudah untuk dibawa kemana sahaja kerana saiznya yang compact dan mudah untuk diurus. Ini adalah kotak kedua Nanie dengan ELEXIA tau. 


1. ELEXIA WONDER BALM 




Wonder Balm merupakan bam kulit yang berfungsi untuk menenangkan dan melembapkan kulit. Diformulasikan daripada super oils, shea butter semulajadi, cocoa butter, beeswax, argan oil, minyak zaitun, jojoba oil, bergamot, lavender, geranium egyptian dan Tea Tree Essential Oil. 


Kalau diperhatikan, kesemua bahan bahan tersebut sangat membantu dalam meningkatkan kelembapan kulit. Sebagaimana yang Nanie beritahu di atas, kulit ekzema punca utamanya adalah daripada kulit kering. Sebagai contoh, minyak bergamot menerusi kajian saintifik membuktikan minyak bergamot dapat mengurangkan infeksi pada kulit. Ini kerana, bila kulit kita kering - ia memudahkan kulit terkena jangkitan terutama jika banyak terdedah pada cahaya matahari dan udara persekitaran yang tercemar. 


ELEXIA WONDER BALM ini sesuai digunakan di semua bahagian badan termasuk di muka, bibir dan telinga. Malahan, ia juga boleh digunakan kepada kanak-kanak kerana sifatnya yang 100% natural dan tiada tambahan bahan tiruan. Malahan, WONDER BALM juga boleh digunakan jika kulit kita terbakar atau sunburn. 


2. ELEXIA FACE BALM 

Tidak jauh beza daripada Wonder Balm, ELEXIA FACE BALM ini memfokuskan fungsinya kepada penggunaan pada wajah. Ia juga turut memberikan khasiat bagi merawat kulit kering, mengekalkan kelembapan kulit wajah di samping memastikan keseimbangan lembapan tersebut supaya kulit kelihatan kekal muda, tidak kusam dan paling penting menampakkan kulit wajah sangat cantik. 







Face Balm ini diperkaya dengan bahan semulajadi seperti minyak ricebran dan rosehip essential oil. Kedua-dua bahan ini memang banyak digunakan dalam penjagaan kulit wajah sejak dari dulu lagi. Bahkan, sebagai contoh Rice Bran Oil telah dibuktikan kaya dengan vitamin E yang telah diketahui sangat bagus dan diperlukan oleh kulit untuk menggantikan sel kulit yang telah rosak dan mati. 


Walaupun sebagaimana Nanie pernah cerita sebelum ni, kulit Nanie tak ada masalah seperti jerawat mahupun parut jerawat, tapi balm ni juga berfungsi sebagai pelindung buat kulit wajah menerusi khasiat Rosehip Oil yang mana ia kaya dengan anti-oksida untuk menjadikan kulit wajah sentiasa anjal dan mengurangkan garis halus penuaan akibat kulit kering. 



Nanie akan gunakan Face Balm ni sebagai salah satu based makeup untuk siang hari. Tak letak banyak sangat pun, sekadar sapuan sedikit untuk kulit muka jadi lembut, lebih licin dan kalau pakai makeup nampak kesan matte pada kulit wajah kita. 


3. ELEXIA LIP LUSH 



Kebiasaannya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering ni, satu lagi bahagian yang menjadi concern mereka adalah bibir. Bibir kita ni sangat mudah kering terutama jika tak suka minum air masak. Ditambah pulak kalau kita ni pakai macam-macam produk bibir seperti lipstick dan lip matte yang lebih senang mengeringkan bibir. 

Bibir yang kering bukan sahaja mencacatkan penampilan kita, ia juga boleh menyebabkan luka dan bengkak kepada bibir. Bukan itu sahaja, bibir kering terutama akibat salah guna produk kecantikan - boleh buat bibir jadi hitam seolah-olah terbakar dan menggelupas. 



ELEXIA LIP LUSH menggunakan bahan seperti Sweet Almond Oil, Palmarosa Oil, Shea Butter dan Minyak Kelapa membuatkan kulit bibir jadi sangat lembap dan mampu mencerahkan bibir yang gelap dan rosak tadi. 


Contohnya Palmorasa Oil yang ada fungsi untuk rejuvenate membuatkan bibir kembali "hidup" dengan bauan yang sungguh menenangkan ditambah sedikit flavour strawberry dalamnya. LIP LUSH juga dijamin 100% tiada paraben dan tiada bahan kimia merbahaya kerana ELEXIA kan mengekalkan penggunaan bahan semulajadi untuk produk mereka. 


4. OLEEVA FACE CLEANSER 



Mesti ada yang tanya kan, ELEXIA tak ada ke sebarang face wash dan body care? Eh mana boleh gitu. Ingat, walaupun penjagaan ELEXIA ni memfokuskan kepada mereka yang ada masalah kulit seperti eczema dan psoriasis, namun normal skin type pun boleh jugak. Takde masalah untuk guna. 

Melihat kepada kepentingan tersebut, ELEXIA menghasilkan Oleeva Face & Bodycare. Produk penjagaan menyeluruh yang berasaskan susu kambing ini sesuai digunakan oleh semua peringkat termasuk bayi. Keberkesanannya dalam menstimulasi sel kulit untuk kekal lembap dan memperbaiki sel kulit yang rosak membuatkan kulit terus lembap sepanjang hari. 







Cairan yang pekat tanpa buih, tanpa paraben, tanpa Sodium Lauryl Sulfate (SLS), juga tanpa sebarang campuran bahan kimia ini sangat bagus untuk pesakit eczema dan psoriasis serta kulit kering. Bahan seperti SLS itulah yang membuatkan minyak pada kulit terhakis dan terbuang semasa cucian dan menjadikan kulit pesakit yang kering bertambah kering. 


Melalui bahan utamanya iaitu minyak zaitun, ELEXIA OLEEVA ini bukan sahaja menyeimbangkan kelembapan tapi turut menambah kelembapan kulit dan memegang kelembapan tersebut di antara skin barrier kita. Bila kulit kita lembap, secara tak langsung - tiada pengelupasan yang menyebabkan timbul kemerahan serta ruam. Jadi pesakit akan rasa lebih selesa tanpa sebarang kegatalan yang melanda. 

Last but not least, Nanie memang highly recommend kalau mereka yang ada masalah kulit seperti kulit kering, kulit sensitif, eczema mahupun psoriasis untuk gunakan produk keluaran ELEXIA. Nanie sendiri lepas amalkan masuk box kedua ni, rasa perubahan sangat ketara bila kulit yang kering dah jadi lembap dan tak menggelupas. Lepas tu, part paling best sebab ia bukan je mengawal masalah kulit kering tu tapi jugak memperbaiki tisu kulit sebab mengurangkan bekas kulit kusam dan kulit menggelupas tadi tu. 


Alhamdulilah, bahagian yang gelap dan bekas luka eczema semakin sembuh hari demi hari. Kalau korang nak tengok cemana perubahan tu, boleh mesej PM di facebook Nanie personally. Nanie bukan nak promote produk ni semata-mata tapi Nanie memang alami sendiri perubahannya bila bekas allergik pakai jam di pergelangan tangan Nanie semakin elok. 



Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan maklumat di link-link berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 


  • Share:

You Might Also Like

18 Inspirasi Dari Pembaca

  1. Suka baca ulasan Nanie. Terperinci dan jujur. Baguslah produk ni beri kesan positif pada bekas allergik di tangan Nanie. Bolehlah cuba Elexia nanti.

    ReplyDelete
  2. cantiknya kotak dia..bagus ni..boleh guna untuk bayi juga..semua bahan dia bagus..

    ReplyDelete
  3. HILMA dulu pun enzema kat tgn..sbb allergic seafoods..skrg dah ok dah..dulu takde lagi product ni..either hilma amik ubat doc or guna burts bee hand salve je..bagus jgk

    ReplyDelete
  4. wah... bagusnya. dalam travel begini ada semuanya. cukup handy dan memudahkan. :D

    ReplyDelete
  5. seakrang ramai kanak-kanak hadapi masalah eczema, kita yang tua pun dok gatal garu2 ni pula budak kesian betul :( nasib baik ada juga produk ni

    ReplyDelete
  6. Rasa macam nak cuba ELEXIA LIP LUSH tu sebab bibir saya memang gelap and kusam. Tang alergik sebab pakai jam tu memang sakit hati kan. Kira produk ni bagus betul sebab boleh kurangkan bekas alergik tu

    ReplyDelete
  7. Alexia ni bagus membantu individu yang mengalami masalah ekzema. Pakaging dia pun cute sangatt

    ReplyDelete
  8. I will share this with my friends as the children has eczema.

    ReplyDelete
  9. Bagusnya...rose hip oil ni mmg bgus utk kulit kita

    ReplyDelete
  10. best pulak akk tengok ni Nanie ! macam skrg juga nak pi cari:)

    ReplyDelete
  11. Elexia packaging yang cantik. Nanti ika suggestionkan kepada kawan ika yang hidap ekzema untuk cuba produk mereka.

    ReplyDelete
  12. First time dengar pasai produk ni. Nanie buat details review dan akak rasa akak kena cuba produk ni. hahaha

    ReplyDelete
  13. seems like a good product for me since i have eczema. :S

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  14. I really need to give this a try, I have really bad ezcema :(

    ReplyDelete
  15. Bagus produk macam ni. Sekurang-kurangnya boleh melegakan rasa tak selesa.

    ReplyDelete
  16. good sharing dik..ezema ni kebanyakkan nyer kene try & error produk mana yg sesuai.

    ReplyDelete
  17. serius ekzema kena byk bersabar....kalau stress mmg lambat nak cure...lg2 mmg doktor sarankan ambil pelembab dan kurang steroid...good sharing dik nanie

    ReplyDelete
  18. Qiss nak try Elexia face balm sebab memang ade masalah kulit kering kat muka. Tengok review nanie tentang produk ni memang sangat bagus. Boleh Qiss try produk ni nanti.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.