Monday, December 4, 2017

Renovate Dapur & Ruang Rumah Terbaik Mengikut Bajet dari Intech Kitchen Sdn Bhd

Assalamualaikum semua 

Dalam usia Nanie menjejak tiga series ni, Nanie memang dah berimpikan untuk memiliki rumah kediaman sendiri. Ada lah beberapa perancangan yang Nanie dah buat untuk jadikan impian tu satu realiti. Insya Allah, doakan ye! Untuk Nanie, rumah atau kediaman tidak semestinya perlu besar dan luas. Apa yang paling Nanie titik beratkan adalah keselesaan dan penggunaan ruang yang ideal. 

Image may contain: indoor




So, untuk kali ni Nanie nak share satu servis interior design daripada Intech Kitchen Sdn Bhd yang Nanie singgah survey baru-baru ni. Pada asalnya, Nanie sekadar saja suka-suka nak survey untuk bilik tidur Nanie tapi bila Nanie masuk je ke showroom Intech Kitchen yang bertempat di Semenyih ni, Nanie terpegun! Serious!!!


LATAR BELAKANG INTECH KITCHEN 

Intech Kitchen Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Artak Kitchen Design) merupakan sebuah syarikat interior yang bermula sejak tahun 2005 lagi. Mereka mempunyai kepakaran dalam mereka ruang dan memasang kabinet dapur serta bilik tidur. Telah dinobatkan dengan pelbagai anugerah dan pengiktirafam, klien Intech Kitchen terdiri daripada pelbagai golongan termasuk kenamaan dan mereka yang bercitarasa tinggi sesuai dengan bajet yang diperuntukkan. 






SHOWROOM YANG BUAT KITA GERAM! 

Melangkah masuk ke galeri pameran Intech Kitchen, semua sudut dihias dan direka sangat cantik. Ada yang gaya minimalis, ada yang gaya kontemperori dan tak kurang jugak dengan gaya klasik. Pada pandangan Nanie, gaya dan rekaan Intech Kitchen memenuhi citarasa suasana moden hari ini yang berkonsepkan kepada penataan cahaya yang mencukupi di samping keselesaan dalam penggunaan ruang sepenuhnya. 

Nanie cerita macam Nanie tahu sangat pasal ID kan. Walaupun Nanie bukanlah seorang yang pakar, tapi rekaan dan susun atur yang ditampilkan melalui showroom tersebut buatkan para pengunjung selesa dan inginkan rumah mereka juga berkonsepkan sebegitu.



No automatic alt text available.


Beberapa ruangan dapur yang dipamerkan sangat selesa tanpa mengira saiz dapur rumah. Sesetengah orang memikirkan soal bajet untuk mereka hias rumah, namun di Intech Kitchen - apa yang menjadi prioriti mereka adalah hasil kerja yang berkualiti setanding dengan hasil kerja antarabangsa disamping kepuasan dan keselesaan pelanggan dipenuhi.


Gaya moden dan kontemperori yang mereka ketengahkan amat sesuai untuk diguna pakai. Korang boleh bagitau je nak konsep macam mana, Intech Kitchen akan sediakan. Malahan, ada juga klien yang memberikan contoh dan inspirasi mereka sendiri juga dapat direalisasikan.





Image may contain: 1 person, smiling, kitchen and indoor



TIPS MAKSIMAKAN RUANG DAPUR 

Sebagaimana citarasa Nanie, ruangan dapur sememangnya memerlukan kepakaran dalam memaksimakan penggunaan ruangannya. Dapur yang kebiasaannya disediakan untuk rumah-rumah terkini adalah saiz yang sederhana dan tidak terlalu besar. Antara cabaran yang biasa diketengahkan oleh mereka yang ingin menata ruang dapur adalah dari sudut keselamatan juga perbezaan dapur basah dan dapur kering. 

Namun, apa yang Nanie lihat - Intech Kitchen berupaya menghidupkan suasana dapur yang selesa, selamat dan mengikut kehendak pelanggan dengan menampilkan idea-idea serta kelengkapan dapur yang berkualiti tinggi di samping mudah digunakan serta berteknologi terkini. 


Menurut Jeff, ciri-ciri keselamatan di dapur sangat penting untuk mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil. Kebanyakan pelanggan mereka sentiasa menginginkan ruangan dapur yang selamat untuk si kecil tetapi pada masa yang sama mahu kelihatan bergaya. 


PROSES & PROSEDUR 

Oleh itu, Intech Kitchen sentiasa memberikan idea yang menarik kepada pelanggan dengan cadangan lakaran terlebih dahulu. Sekiranya pelanggan telah bersetuju dengan cadangan tersebut, kiraan akan di buat dan rekaan dalam bentuk 2D & 3D turut disertakan supaya pelanggan mendapat bayangan penuh sebelum kerja-kerja renovasi dijalankan. 

Jeff juga beritahu Nanie kebiasaannya, kerja-kerja renovasi memakan masa sekitar 3-4 minggu bergantung pada design serta sumber stok mereka. Hasil kerja mereka juga sangat bagus, teliti dan kemas. Kebanyakan pelanggan Intech Kitchen akan memulakan renovasi dari satu ruang sahaja, namun setelah berpuas hati dengan hasilnya - kebiasaan pelanggan akan meminta mereka menghias sudut dan ruang yang lain pula. Yelah kan, kalau dah tahu orang tu kerja bagus - memang kita terus dengan mereka je! 

PILIHAN YANG BANYAK, SELAMAT & UP-TO-DATE








Pilihan material yang ada di Intech Kitchen juga banyak dan up-to-date. Nanie meneliti beberapa pilihan table top yang diberikan oleh Intech Kitchen. Hasilnya, table top mereka dikategorikan sebagai table top yang tahan lama, tahan calar, tahan haba dan sangat selamat kerana material yang digunakan adalah berkualiti tinggi. 






RUANGAN WARDROBE & BARANGAN PERIBADI 

Itu baru bahagian dapur kan, belum masuk lagi bahagian wardrobe. Yes!!! Bahagian ni lah yang Nanie paling suka. Sebab sekarang ni memang Nanie tengah mencari-cari wardrobe yang bersesuaian dengan bilik tidur Nanie.

Untuk orang bujang macam Nanie, wardrobe yang Nanie perlukan tidak lah perlu terlalu besar. Cukup sekadar mampu menempatkan barang-barang peribadi Nanie. Nanie sangat suka dengan satu konsep yang diketengahkan oleh Intech Kitchen bagi ruangan wardrobe. Cantik & sangat elegan.




Cantik sangat kan wardrobe dengan kemasan kaca damar tu. Nanie suka gaya elegan yang ditampilkan di samping penggunaan ruang yang sewajarnya untuk barangan peribadi. Ada laci di peruntukkan di bahagian bawahnya. Dengan ruangan gantung yang besar dan luas ia mampu menempatkan baju-baju yang pelbagai saiz dan jenis.

Bukan tu je, material yang ditawarkan juga adalah selamat walaupun ia kaca campuran kerana ia tidak mudah pecah mahupun retak. Tapi, apa yang tak best nya adalah - wardrobe kena sentiasa kemas lah. Tak boleh main sumbat je segala benda. Kalau tak kemas, serupa tak perlu ada wardrobe kan! Heheheh.

Secara mudahnya, apa yang Nanie lihat - Intech Kitchen merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang tercari-cari servis interior designer untuk ruangan dapur dan ruangan rumah mereka. Servis mereka adalah dipercayai, diyakini dan paling penting adalah kekemasan dan kepuasan yang diberikan.

Untuk maklumat lanjut mengenai showroom & servis dari Intech Kitchen, korang jangan segan-segan. Boleh datang terlebih dahulu ke showroom mereka dan dapatkan quoatation. Sesuaikan dengan bajet korang dan paling penting - gandakan kepuasan dan keselesaan ruang rumah anda dengan Intech Kitchen Sdn Bhd.



Website: 
www.intechkitchen.com

Facebook : https://www.facebook.com/IntechKitchenSdnBhd/

Instagram : intechkitchen_cabinet

Alamat: 
Intech Kitchen Sdn Bhd
47, Jalan Mega 1A, Taman Industri Mega, 
43500 Semenyih Selangor

Contact person:
Jessica: 012-667 0706
Jeff: 0126252528

33 comments:

  1. betul kalo Intech kitchen ni kita boleh bg bajet kita.. so senang dia orang kira berapa..

    ReplyDelete
  2. menarik .... mcm geram nengok semua nya ...

    ReplyDelete
  3. salam singgah :))

    https://messarah.blogspot.my/2017/11/kenapa-personalized-gifts-lagi-best.html

    ReplyDelete
  4. Wow thank you for this comment inannie ! Mungkin husband I boleh consider about the kitchen.. sebab we all memang decided nak buat cabinet kitchen soonest... I malas nak ambil yang ikea.. hehehe hopefully dapat nego o.o

    ReplyDelete
  5. mampu tengok je dulu setakat ni...harus mood masak mencanak klu dapat dapur gini...

    ReplyDelete
  6. Intech ni kerja dia bersih, dia mmg siap kerja terus sapu dan tinggal rumah kita dalam keadaan bersih. Meaning lepas lori dia balik, kita terus boleh letak pinggan etc and start masak.

    ReplyDelete
  7. The design of the kitchen is so nice. I need to renovate my kitchen now for new year celebration.

    ReplyDelete
  8. Best betul kalau dapat dapur macam ni. Semangat hari-hari nak masak ☺☺

    ReplyDelete
  9. Memang cantik la design dia...akak baru buat kitchen kabinet awal tahun ari tu...kalau x memang dah laju2 pi check quotation

    ReplyDelete
  10. Cantik-cantik semua design diaorang ni. Sekarang ni duk tengah cari rumah. Kalau dah dapat nanti nak try usha service diaorang jugak lah

    ReplyDelete
  11. wow pergi dengan yaya ke niiii hehehe cantiknya kabinet ni. boleh la tempah dgn dia nanti

    ReplyDelete
  12. Sukanya dapur color white..harus feeling celebrity chef buat video kalo ada kitchen camni..btw agak2 berapa min budget ya?

    ReplyDelete
  13. Wow semua nampak mewah dan bergaya heheheh teringin nak hias rumah sendiri macam dalam gambar tu bestnya....

    ReplyDelete
  14. Bab kitchen cabinet dengan wardrobe memang marsha minat sgt-sgt. Cantik lah hasil tangan dorang.

    ReplyDelete
  15. Orang yang gemar memasak memang suka dekorasi dapur yg besar, susunan perabot yang menarik dan suasana yg mendatang mood nak memasak. Lawa betul semua dekorasi ni.

    ReplyDelete
  16. Dalam mimpi ajelah Bella nak dapat dapur macam ni. Kalau dapat hadiah dapur ni memang asik kat dapur ajelah memasak! Hahaha. Kita nak nagis sebab Memang cantik!

    ReplyDelete
  17. Beside budgeting the quality of the ingredient is important. I can start do my research for my kitchen cabinet. Thank for the tips.

    ReplyDelete
  18. Cantik sangat. Boleh simpan contact no mana tau nak guna nanti. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  19. cantik2 design dari Intech Kitchen ni...kalau pergi home fair lg rambang mata...alhamdulillah tahun ni dh msk umah sendiri..tp duit dh byk habis bt basic renovation je..tunggu bajet akan dtg plk utk kitchen cabinet....huhu

    ReplyDelete
  20. bestnya lain kali my kitchen can be designed such a way!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  21. Memang geram kan tengok kitchen diorang sebab cantik sangat! Boleh consider ambil servis dengan intech kitchen lepas ni hee

    ReplyDelete
  22. For my next house I would dream of a new kitchen! I'll love a spacious one!

    ReplyDelete
  23. dekat rumah ni dah ade kabinet, tapi bukan macam ni..teringin gak nak macm ni..tapi takpela..nantila dulu..ehehe..cantik2 kabinet dia..tengah fikir nak design bawah tangga..mungkin boleh guna intech kitchem

    ReplyDelete
  24. menarik!! sha minat wardrobe tu hehehe nmpk mwah. bahagian dapur tak kisah sangat sbb jarang masak *buat masa sekaranglah­čśů

    ReplyDelete
  25. Terbaik design2 yg ada..
    My husband contractor...
    Selalu la duk tgk mcm2 design dapur rumah org dia buat...
    Semuanya lebih kurang dgn ni jugak konsep nya..
    Org skrg kan suka konsep2 gini

    ReplyDelete
  26. wahhhh.. bestnya sis..tingin nak buat kitchen mcm dorg

    ReplyDelete
  27. Cantik sangat design dapurnya. Teringin nak buat satu macam ni. Tapi kena tunggu rumah sendiri dulu la baru buat.

    ReplyDelete
  28. Sukanya ika kalau boleh renovate dapur sendiri. Nak nak yang warna pink. Ada tak nanie?

    ReplyDelete
  29. Cantiknya ruangan dapur dia. InsyaAllah tahun depan Rawlins bakal mendapat kunci pada teratak kecil Rawlins, kalau ada rezki boleh rujuk kat Intech sebab memang dapur Rawlins kecil - almaklum bukan seorang yang suka masak tapi suka makan hahaha

    ReplyDelete
  30. My friend is moving to new home. will let her know bt this

    ReplyDelete
  31. Uwahhhh tunggu ada rumah sendiri baru boleh modified dapur... Bila la owner rumah nie nak jual rumah dia nie

    ReplyDelete
  32. Semuanya cantik. Tapi bila tulis dan congak segala. Beribu riban juga habis utk rumah idaman kalbu. Apa pun ukur bajet dulu tau. Nanti dapur cantik, tapi tak masak sebab tak mampu nak beli bahan basah. Mahal gila ikan ayam sekarang!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork