Review Shekku New Face Duo Stick & Shekku Chu Chu Tone Up Sun Stick

11:39:00 PM

Assalamualaikum semua 

Masalah pori terbuka, blackhead dan white head merupakan masalah yang biasa kita dengar kan. Nanie sendiri pun ada masa memang sebatu dah boleh nampak pori terbuka luas. Kadang tu rasa macam lubang bola golf pulak pada kulit muka ni. Tu belum lagi kes black & white head yang bersepah di muka. Macam dah tak ada harapan nak hilang tau! 

Jadi untuk mereka yang senasib dengan Nanie, Nanie nak perkenalkan dua produk terkini dengan formulasi dari Korea keluaran Shekku Skin Revolution yang memang memfokuskan kepada masalah sebagaimana yang Nanie sebutkan kat atas tadi tu. 




Shekku Skin Revolution merupakan sebuah jenama pengeluar kecantikan daripada Korea. Memfokuskan kepada produk kecantikan wanita, Shekku mula menembusi pasaran Malaysia dengan membawa masuk dua produk yang sungguh unik pada pandangan Nanie. Produk Shekku Skin Revolution terdiri daripada : 

1. Shekku New Face Duo Stick 
2. Shekku Chu Chu Tone Up Sun Stick 


Mesti korang tertanya-tanya, kenapa agaknya kan Nanie cakap produk ni unik? Kalau korang nak tahu, Nanie nak mintak korang tengok video yang Nanie sediakan ni. Video ni simple je, tapi harapnya korang tengok lah ye. Kan Nanie janji Nanie nak rajin-rajinkan diri buat video sekarang. Jom tengok....


Haaa nampak tak betapa senangnya pakai produk Shekku? Sebelah tangan je tau Nanie guna. Takde masalah. Untuk pengetahuan korang, produk yang pertama iaitu New Face Duo Stick adalah untuk membuang blackhead, whitehead dan sel kulit mati. Melalui sebatang New Face Duo Stick ni ada dua bahagian iaitu Black Head Stick & Ice Pore Stick. 




Oh, sebelum Nanie terlupa produk keluaran Shekku New Face Duo Stick ini telah mendapat kelulusan KKM dengan NOT 170907076K. Jadi tak perlu risau, produk ni selamat digunakan untuk kegunaan harian kita. 


Ice Pore Stick ni menggunakan bahan glacier daripada Iceland. Patutlah masa Nanie apply pada bahagian muka dan hidung tu memang rasa sejuk dan rasa cooling sangat-sangat. Memang rasa fresh dan sedap sangat digunakan. Malahan ia juga sangat bagus digunakan untuk kurangkan suhu pada wajah kita apatah lagi bila musim cuaca panas. 


Ice Pore Stick ini juga mempunyai kandungan Xylitol yang sangat bagus dalam mengecilkan dan mengetatkan liang pori terbuka. Malahan ia turut mempunyai Blue Complex H yang merupakan agen pelembap kulit supaya kulit muka terus kekal sejuk dan lembap. Bukan tu sahaja tau, ia juga turut bertindak sebagai toner ice yang memberi kesan sangat sejuk dan sangat bagus sebagai basic makeup kita dalam kecilkan pori. 



Kalau tadi Ice Pore Stick kan, bahagian satu lagi merupakan Black Head Stick. Kalau korang boleh nampak, ia dirumuskan dengan menggunakan bahan charcoal powder dan cornstarch. Kedua-dua bahan ini memang berfungsi penuh untuk menanggalkan blackhead serta white head pada muka. Malahan, sel kulit mati juga dapat ditanggalkan dengan lembut dan tanpa sebarang penggelupasan. 


Dengan menggunakan Black Head Stick, ia mampu membersihkan dengan mendalam kulit wajah kita. Semasa menggunakannya, ada rasa sedikit panas kerana reaksi charcoal yang mana berfungsi untuk mengawal sebum minyak pada muka. Sebum minyak yang belebihan dan bercampur dengan makeup mahupun kotoran yang ada pada muka menjadikan whitehead dan berlarutan menjadi blackhead dan boleh merebak menjadi pelbagai masalah kulit yang lain. 

Produk kedua dari Shekku yang Nanie berpeluang untuk gunakan adalah Chu Chu Tone Up Sun Stick. Daripada apa yang Nanie faham, Chu Chu Tone Up Sun Stick merupakan based untuk makeup seharian kita disamping memberikan perlindungan terbaik untuk kulit daripada sinaran matahari. Ye lah, korang tahulah sinaran matahari sekarang ni kan bahaya. Macam-macam kesan buruk boleh berlaku kepada kulit jika tiada kawalan dan tiada perlindungan untuk kulit kita. 


Sebagaimana New Face Duo tadi, produk Shekku yang ini juga diluluskan KKM dengan nombor pendaftaran NOT 170907199K. Bila ada kelulusan KKM ni dah tak perlu risau lah dengan keselamatannya. Insya Allah selamat.




Shekku Chu Chu Tone Up Sun Stick ini diformulasi daripada campuran 5 jenis minyak dengan based tumbuh-tumbuhan dan 7 jenis vitamin complex. Kedua-dua bahan ini memang mampu membuatkan kulit kelihatan glowing, lembap dan juga nampak kulit sangat segar, bersih dan cerah.



Malahan apa yang lebih menarik, ia turut dilengkapi dengan berus wajah sintetik yang sangat lembut untuk membolehkan kita blend Chu Chu Tone Up Sun Stick ini dengan baik. Bila Nanie gunakan dan oleskan pada wajah, dan terus gunakan berus yang disediakan, ia sangat lembut dan blend dengan baik bersama tona kulit wajah kita. 


Tengok ni senang sangat bila Nanie guna. Just apply Chu Chu Tone Up Sun Stick pada kulit wajah lepas tu blend lembut. Tak perlu susah-susah. Tak perlu tenyeh kuat-kuat. Lepas pakai tu memang terus nampak kulit lebih cerah dan nampak tona sekata.

Ditambah pula, Chu Chu Tone Up Sun Stick ini turut dilengkapi dengan SPF50+ PA++. Jadinya ia memang bagus dan sesuai juga untuk mereka yang banyak terdedah pada cahaya matahari. SPF 50 ni dah lebih daripada cukup untuk melindungi kulit wajah lebih dari 10-12 jam tau. Bagus kan?



Dari segi teksturnya pula, ia sedikit creamy dan berminyak. Ini disebabkan SPF yang diletakkan di dalamnya. Tapi, walaupun ia sedikit berminyak, once blend ia akan terkawal. Untuk kawan-kawan yang jenis oily skin type, Nanie sarankan korang gunakan loose powder sedikit untuk cover shinning tu. Macam Nanie, since Nanie combination skin, so minyak kulit wajah Nanie agak terkawal lah.




Untuk harga pulak, setiap satu New Face Duo Stick dan Chu Chu Tone Up Sun Stick adalah berharga RM 149.00 tapi sekarang ni tengah ada promosi. Harga untuk keduanya sempena promosi Hari Krismas adalah RM 249.00 sahaja untuk kedua-dua produk Shekku ni. Haaa nampak tak berbaloi dengan penjimatan disitu. Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan info pembelian, boleh klik link dibawah : 



Website : 


  • Share:

You Might Also Like

19 Inspirasi Dari Pembaca

  1. Berminat dengan Black Head Stick. Harap2 dpt la hilangkan black head kat muka ni...

    ReplyDelete
  2. Bersih tgk muka kak innanie.. Hehehe.. Shekku blackhead tu mmg syok kan kak.. Zaza pun guna dok tonyoh kt hidung.. Sedap sgt hehe

    ReplyDelete
  3. Macam best je black head stick tu. Kena masukkan dalam wishlist ni. Cukup duit tabung boleh beli and cuba

    ReplyDelete
  4. praktikal alatan mekap macam ni. Senang di bawa kemana sahaja. Paling penting kita boleh buat sapuan dalam keadaan bersih sbb ketara sgt hygience sangat terpelihara. Harga agak pricey tapi mungkin dari segi output kita dapat agak berbaloi kot

    ReplyDelete
  5. Ice Pore Stick seems suitable for my use. Will get 1 to try it out.

    ReplyDelete
  6. Black Head stick tu macam menarik je. Black head is everywhere lately haha

    ReplyDelete
  7. senang ada dua ni untuk penjagaan kulit yang sihat

    ReplyDelete
  8. Sukanya dengan packaging dia. Kalau traveller wanita mesti sesuai sangt ni!

    ReplyDelete
  9. comel betul .. suka tau brangan mekap camni.. siap ada berus lagi tu

    ReplyDelete
  10. can i use the ice pore stick?! i need to close my pores too if not always clogged with dirt.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  11. Wah nak cuba the Black Head Stick its something new to try, i got blackheads on my nose also.

    ReplyDelete
  12. Suka dengan black head stick tu. Muka pon macam dah start nak naik black head ni... huhuhu...

    ReplyDelete
  13. Stik black head tu nampak menarik... Mudah nak guna siap ada berus yea

    ReplyDelete
  14. dah boleh try tanpa was-was produk ni kan sebab dah ada kelulusan KKM..

    ReplyDelete
  15. Bestnyaaaa...
    Nak jugakkk
    Tertarik yg pores tu

    ReplyDelete
  16. The Color of the stick look natural and it blend well into the skin. I like their packaging.

    ReplyDelete
  17. Blackhead stick macam menarik. Ika tak pernah try lagi. Harga pun boleh tahan nanie.

    ReplyDelete
  18. Produk kecantikan dari Korea memang terbaik..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.