Tuesday, January 24, 2017

Korea Beauty Travel with THEFACESHOP : Part 1

Assalamualaikum semua

Kena kuatkan semangat ni nak teruskan entry travel ke Korea bersama THEFACESHOP! Jangan main-main. Sebab memang nak share pengalaman manis di sana. Ni lagi, bila tengok ramai kawan-kawan ke sana akhir-akhir ni... rasa rindunya lahai kan! 

Flight Nanie ke Korea adalah pada jam 8 pagi. Seawal 5 pagi Nanie dah keluar rumah dengan dijemput driver yang diaturkan oleh THEFACESHOP sendiri. Perasaan berdebar tu memang ada. Ye lah, pertama kali kan nak menjejak kaki ke sana. Lebih kurang pukul 6, sampai di KLIA tengok orang dah ramai sangat-sangat. Beratur, check in luggage lah paling lama. Sedar tak sedar dah dekat pukul 7.



Thursday, January 19, 2017

Kulit Wajah Lebih Cepat Tua Dengan 5 Penyebab Ini

Assalamualaikum semua

Setiap hari Nanie bukan semakin muda. Tanda-tanda penuaan menyerang kita semua setiap masa dan setiap saat. Untuk wanita, tanda penuaan sering terlihat pada wajah terutamanya pada bahagian kulit dan ia adalah satu masalah besar buat kaum Hawa. Ye lah kalau Nanie pun sama. Nanie akan rasa sangat insecure tau. Bila tanda-tanda penuaan muncul dengan sangat jelas di wajah, mesti kurang keyakinan diri nak berjumpa dengan orang ramai. Tanda penuaan menurunkan keyakinan tau! 

Sebelum Nanie cerita panjang lagi, korang jangan tak tahu ye... tanda penuaan bukannya muncul pada usia 40-an atau 50-an, seawal usia 20-an pun dah ada tau wanita yang tampak jelas tanda penuaannya. Penuaan memang terjadi pada semua orang, tapi ada beberapa faktor yang menjadikannya muncul lebih awal.

No automatic alt text available.



Tuesday, January 10, 2017

Persediaan Bajet Untuk Travel Musim Sejuk ke Korea

Assalamualaikum semua 




Nanie dapat berita gembira ni pada hari Jumaat lebih kurang dua minggu sebelum terbang ke sana. Ingat lagi, ketika PR whatsapp Nanie masa tu tengah dalam meeting. Bila baca whatsapp tu, melompat gembira jugak lah. Ye lah, sapa tak gembira kan bila dapat sponsor dari THEFACESHOP untuk ke Korea. Habis semua satu kampung Nanie bagitahu. Dan petang tu jugak, Nanie mohon cuti dari boss. Alhamdulillah, boss Nanie sangat memahami. Dia kata Nanie deserved to go to holiday since Nanie memang tak pernah cuti panjang macam ni. Boss approved cuti. Yahooo!!! 

Monday, January 9, 2017

THEFACESHOP 2017 NEW PRODUCT | VIDEO JOURNEY

Assalamualaikum semua

Ramai tanya Nanie, apa yang Nanie buat masa di Korea? Actually, Nanie ke sana atas jemputan sebagai Key Opinion Leader 2016 yang berperanan mewakili suara pelanggan THEFACESHOP Malaysia. Seramai empat peserta telah terpilih dan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. 

Nanie nak share dengan korang semua terlebih dahulu yang THEFACESHOP akan melancarkan 4 produk kecantikan dan makeup mereka yang terbaru. Excited betul Nanie bila berpeluang menjadi antara orang Malaysia yang terawal merasai & mencuba sendiri produk-produk mereka. 

Image may contain: 6 people, people standing

Wednesday, January 4, 2017

Aspirasi Untuk Melangkah Lebih Jauh!

Assalamualaikum semua 

Menjejak ke usia 28 di tahun 2017. Alhamdulillah dan segala puji ke hadrat Allah SWT. Diberikan usia, kesihatan dan limpah rezeki yang tidak terhingga. Syukur dengan segala yang Allah berikan. Akhir tahun lepas, pada 25 Disember... Nanie agak sibuk uruskan majlis pertunangan akak Nanie. Bila ayah diserang strok pada 2010 dulu, Nanie cuba sebaik mungkin untuk uruskan mana yang boleh. Syukur jugak bila saudara mara dan jiran tetangga banyak membantu. Majlis sederhana dan berjalan dengan lancar serta dengan jayanya. 

Kesian ayah, baju dia labuh lengannya... dah nampak macam tak ada tangan. Moga mak ayah sihat selalu. Amin! 

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork