Assalamualaikum semua
Nanie belek-belek kalendar 2018 yang ada atas meja ni. Rupa-rupanya tahun ni kita ada banyak cuti kahwin ye? Eh bukan Nanie yang nak kahwin.... maksud Nanie cuti umum yang kapit dengan cuti weekend. Jadi merasalah cuti panjang. Cuti Jumaat-Sabtu-Ahad. Tak pun Sabtu-Ahad-Isnin. Boleh plan dengan family kalau nak jalan mana-mana kan?
Assalamualaikum semua
Eh, korang perasan tak dah nak habis bulan Januari dah! Ya Allah... masa oh masa apasal laju sangat jalan. Tak sempat Nanie kejar. Mengah rasanya nak catch up everything dengan pantas. Tapi, no worries. I tried my best to be the best. Gitu!
Seperti tahun lepas, awal-awal tahun lagi Nanie dah war-warkan pasal Upcoming & New Product dari THE FACE SHOP kan... tapi tahun ni,apasal takde. Heheheh. Adaaa! Adaaaa!!! Nanie ni ha, busy kalah menteri. Tu yang lewat sikit. Ampun sangat. But... for those yang follow Instagram Nanie (@innanieariffin) akan dapat tahu lebih awal mengenai New Product dari THE FACE SHOP. Baik korang follow IG Nanie cecepat.
Assalamualaikum semua
Kalau kita tinjau situasi pada hari ini, teknologi komunikasi jauh lebih maju daripada apa yang kita bayangkan 10-20 tahun lepas. Jika dahulu, mereka yang ada telefon bimbit sahaja sudah di kira sangat-sangat "advanced" berbanding sekadar telefon rumah, namun hari ini telefon bimbit melangkaui pemikiran kita semua. Dengan adanya pelbagai aplikasi pintar seperti Whatsapp dan Telegram, bukan sekadar mesej berbentuk teks yang boleh dihantar, malahan mesej suara, gambar, video dan pelbagai lagi bentuk mesej boleh disampaikan dan disebarkan dengan pantas.
Namun, dalam keasyikan kita mengejar trend teknologi komunikasi yang terlalu pantas ini - hakikatnya kita kehilangan "komunikasi" sebenar yang lebih real sesama lingkungan insan-insan yang kita sayang. Kita terlalu asyik menjimatkan masa, walhal hakikat sebenar kita membuang kualiti masa untuk bersama mereka.
Salam semua
Dah seminggu menjengah tahun 2018! Alhamdulillah, banyak memori manis Nanie di tahun 2017. Pahit, manis, masam dan segala kenangan di tahun 2017 akan sentiasa terpahat di hati Nanie. Semuanya mematangkan Nanie. Alhamdulillah juga Nanie dipertemukan dengan ramai manusia yang baik-baik, yang memberi inspirasi dan motivasi untuk diri Nanie. Syukur Ya Allah kerana insan-insan ini sentiasa ada di samping Nanie untuk susah dan senang.
Selamat Tahun Baru 2018.
Assalamualaikum semua
Nanie dah selalu dengar mengenai khasiat kopi hijau. Tapi to be honest, Nanie memang tak tahu macam mana kopi boleh berwarna hijau. Ye lah... biasanya kopi kan berwarna hitam pekat tu kan. Celah mana pulak dapat kopi warna hijau. So, baru-baru ni Nanie diberi kesempatan untuk merasa sendiri Alana Royal Coffee Kopi Hijau.