Blogger Bukan Sekadar Perlu Pandai Menulis Sahaja!

10:35:00 AM

Assalamualaikum semua

Lama betul tak menulis something about inspirasi & motivasi. Bukan apa, esok lusa kalau Nanie down mahupun tak ada semangat - Nanie akan cepat-cepat fikir semula kenapa Nanie mulakan perkara tu. Jadi, tak payah give up & jangan sesekali surrender! Buat sesuatu sampai berjaya. 



Baiklah, menjadi seorang blogger sekarang ni - bukan sekadar kena pandai menulis. Kena juga pandai buat video. Zaman sekarang dah berubah. Sebab pembaca kita juga sekarang semakin suka sesuatu yang interaktif. Malahan, ia juga merupakan satu cara terbaik untuk kita belajar. Disebabkan itu, Nanie ada lah belajar jugak buat video - tutorial, product & teaser untuk beberapa brand yang berkolaborasi dengan Nanie. 

Secara jujur, memang nak buat video kena effort yang tinggi tau. Kena ada lighting yang bagus - surrounding yang senyap, direction video yang jelas dan paling penting - skill editing kena power. Atas dasar minat, Nanie memang explore satu per satu aplikasi untuk edit video, maka terhasil lah video-video di You Tube channel Nanie. Alang-alang tu, Nanie mohon korang  support & subscribe YT Channel Nanie - https://www.youtube.com/user/ateeninn89



Dalam pada Nanie nervous & masih belajar lagi buat video ni, tak sangka rupa-rupanya ada orang yang menghargai usaha Nanie. Ecewah. Serius wei. Nanie macam terkejut jugak lah sebab tiba-tiba je kan. Lepas balik kerja, sambil duduk-duduk tengok TV - DM kat IG masuk. Tingggg!!!! Terus bukak & tak sangka ada yang sudi bagi inspirasi & semangat macam ni. 




Allahu - rasa terharu sangat-sangat. Sumpah! Sebab ye lah, itulah baru first time Nanie cuba belajar buat tutorial video. Mana tak terharu. Orang lain buat video semua lawa-lawa. Nanie punya basic aje. Tapi bila ada readers & followers yang nampak effort Nanie tu & rasa ia sesuatu yang menginspirasikan orang lain. 



Of course bila dapat compliment macam ni - lagilah bertambah semangat Nanie nak buat lebih banyak video. Nanie nak asah lagi skill editing video sampai jadi kebabom gitu video! hehehheee. Insya Allah tak rugi kalau kita semakin belajar kan. Yang penting - niat kita kena betul. 



Oh yes, untuk itu - Nanie nak share jugak yang Nanie ada beli Vanity Mirror. Acah-acah MUA gitu kan. Hehehehe. Takde lah, senang dari segi lighting sebab Nanie biasanya sebelah malam je ada masa untuk blog kan, so bila ada sumber lighting yang terang - makin mudah! 

Last but not least - nak bagitau jugak kat korang yang Nanie baru je revamp layout blog Nanie. Nanie tempah dengan Maisarah Sidi. Lawa dia buat. Senang je communicate dengan dia dan dia faham apa yang Nanie nak. Suka Nanie bila tengok blog ada semangat baru. Insya Allah 2018, perancangan Nanie untuk Blog Coklateyes makin besar. 


So, korang suka tak tengok layout baru ni? Cuba komen kat bawah ni, pandangan korang? Hehehehe. Eh... jangan lupa ye subscribe YT Channel Nanie. Sekarang baru ada 22 subscriber je. Hehehhehe! 
Thank you tau support Nanie selama ni. :) 


Love u! 
Innanie Ariffin 



  • Share:

You Might Also Like

6 Inspirasi Dari Pembaca

  1. Cantik sangat blog akak ni.. Dan nurul pun inspire sangat2 video dekat youtube akak 😘

    ReplyDelete
  2. bab video ni tak berapa nak pandai + segan malu hahaha.. camner nak bg berani ni.. wakakka.. innanie hebat tau.. memang berani sgt

    ReplyDelete
  3. nampak sejuk mata memandang blog ni dengan warna yang nanie pilih.. kita pun selalu jugak tengok video Nanie.
    all the best Nanie

    ReplyDelete
  4. Salam K Nanie, dah follow your YouTube channel. Jom rajin-rajinlah kita produce more video contents InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  5. bangga akak dik...hehehe...akak nak mulakan tapi rasa malu tu tak boleh nak buang lagi..

    ReplyDelete
  6. best baca blog akak! :) and so glad masih ramai yang passionate blogging, byk blog yang dah terbiar... :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.