Prudential : Perlukah Kita Bertengkar Dalam Perhubungan Kerana Telefon Bimbit?

11:25:00 PM

Assalamualaikum semua 

Kalau kita tinjau situasi pada hari ini, teknologi komunikasi jauh lebih maju daripada apa yang kita bayangkan 10-20 tahun lepas. Jika dahulu, mereka yang ada telefon bimbit sahaja sudah di kira sangat-sangat "advanced" berbanding sekadar telefon rumah, namun hari ini telefon bimbit melangkaui pemikiran kita semua. Dengan adanya pelbagai aplikasi pintar seperti Whatsapp dan Telegram, bukan sekadar mesej berbentuk teks yang boleh dihantar, malahan mesej suara, gambar, video dan pelbagai lagi bentuk mesej boleh disampaikan dan disebarkan dengan pantas. 

Namun, dalam keasyikan kita mengejar trend teknologi komunikasi yang terlalu pantas ini - hakikatnya kita kehilangan "komunikasi" sebenar yang lebih real sesama lingkungan insan-insan yang kita sayang. Kita terlalu asyik menjimatkan masa, walhal hakikat sebenar kita membuang kualiti masa untuk bersama mereka.



Sebagai contoh, baru-baru ini Nanie bersama-sama beberapa rakan menaiki kereta bersama untuk ke satu event. Secara jujur, Nanie terasa hati bila Nanie yang memandu manakala rakan-rakan lain sibuk dengan telefon bimbit mereka. Melayan kawan-kawan alam maya mereka sedangkan kawan-kawan "sebenar" di hadapan mereka ini tidak diendahkan. Secara tak langsung, ia bukan sahaja membuang masa berkualiti bersama, malahan mampu merosakkan silaturrahim kita semua. 



Baru-baru ini, Prudential telah mengeluarkan satu tinjauan kajian Indeks Hubungan Prudential 2017. Dengan pelancaran edisi kedua Indeks Hubungan Prudential (PRI), Prudential meneruskan usaha memahami keadaan hubungan di seluruh Asia, di Kemboja, China, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Indeks ini menjelaskan keadaan hubungan di Malaysia berdasarkan keperluan dan jangkaan, dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaikinya. 


Berdasarkan tinjauan tersebut, sebanyak 56% percaya bahawa masa yang mereka habiskan di telefon mempunyai kesan negatif terhadap hubungan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Kajian juga menunjukkan bahawa 62% lelaki di Malaysia lebih menumpukan perhatian kepada telefon dalam sesuatu perhubungan berbanding wanita, manakala 50% wanita berpendapat bahawa mereka yang sebenarnya yang lebih menghabiskan banyak masa pada telefon mereka.


Bagaimanapun, sebanyak 38% rakyat Malaysia merasakan mereka sebenarnya bersaing dengan telefon pasangan mereka. Ini berlaku apabila pasangan mereka mempunyai perasaan cemburu terhadap pasangan yang mungkin menemukan seseorang yang lebih menarik daripada mereka, yang boleh menjejaskan perhubungan.
Tabiat manusia telah banyak berubah dengan adanya media sosial. Mereka lebih senang terjejas dengan apa yang berlaku di media sosial, dan merasa terpaksa menyiarkan sorotan kehidupan mereka sendiri. 31% pasangan mengadu bahawa mereka kecewa dengan ‘posting’ pasangan mereka di media sosial.
Dengan sentiasa membuat pelbagai ‘posting’, terdapat juga perasaan kepuasan maklum balas apabila ‘posting’ tersebut disukai dan dikongsi, yang boleh membawa kepada ketagihan yang juga tidak baik untuk kesihatan mental kita. Kita akan sentiasa merasakan keperluan untuk bersaing dengan mereka-meraka yang lebih hebat daripada diri kita sendiri. 
Telefon bimbit juga menjejaskan hubungan kekeluargaan dengan 84% rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa sesetengah keluarga menghabiskan terlalu banyak masa di telefon daripada berinteraksi di antara satu sama lain. Perkara ini menyebabkan sebanyak 85% berfikir bahawa waktu makan akan menjadi lebih baik jika semua orang mematikan telefon mereka. Dengan cara ini, seisi keluarga akan dapat menghabiskan masa yang berkualiti untuk bertanyakan tentang kehidupan masing-masing, dengan memberikan perhatian yang betul.
Rupa-rupanya orang ramai juga agak terganggu dengan notifikasi berterusan dari telefon bimbit mereka, 58% rakyat Malaysia yang mengakui terganggu dengan isyarat ‘pop-up’ pada telefon mereka walaupun mereka sedang berbual dengan orang lain ketika itu. Apa yang lebih mengejutkan, 5% berkata mereka lebih suka untuk mempunyai hari-hari tanpa teknologi! Angka ini menunjukkan bagaimana kita boleh menjadi hamba kepada teknologi, dan betapa perlunya kita mengatasi ketagihan ini.
Walau bagaimanapun, ianya tidaklah seteruk yang disangkakan kerana 39% rakyat Malaysia telah mengatakan bahawa mereka telah memperuntukkan beberapa "hari tanpa teknologi". Mereka sanggup memperuntukkan sebanyak 6 hari sebulan untuk memenuhi detoksifikasi teknologi memandangkan ia dapat membantu mengukuhkan perhubungan mereka. 




Setelah Nanie baca kajian ni, Nanie rasakan - sebenarnya apa yang kita perlukan dalam perhubungan adalah satu jaminan. Jaminan ini melibatkan pelbagai aspek termasuk kesihatan, pendidikan,  kewangan, komunikasi dan masa depan kita semua. Disebabkan itu, dalam keadaan apa sahaja kita perlu sentiasa bersedia. Hidup tidak semestinya di atas. Adakala hidup kita akan dibawah kerana ia ibarat roda.



Jaminan masa depan kita ini terletak pada perancangan kita bermula sekarang. Jika kita bijak mengatur langkah dan membuat pertimbangan terutama dengan adanya pelbagai teknologi yang canggih pada hari ini - masa depan kita boleh dikatakan terjamin. Tak kiralah bagaimana pun caranya, jaminan kehidupan kita adalah berdasarkan usaha dan strategi kita hari ini.

Nanie sangat-sangat menasihatkan golongan muda hari ini untuk bijak mengatur langkah demi hari tua kita semua terutama dalam perancangan kewangan. Nanie sendiri, sedikit sebanyak dah mulakan rancangan kewangan sejak beberapa tahun lepas. Walaupun pada asalnya nampak remeh, tapi di saat-saat yang kita perlukan nanti, ianya sangat membantu.


Untuk maklumat lanjut & ambil tahu mengenai perhubungan anda bersama orang tersayang, korang boleh klik link yang Nanie berikan dibawah : 




#PrudentialMY 
#PrudentialRelationshipIndex2017




  • Share:

You Might Also Like

19 Inspirasi Dari Pembaca

  1. Kebanyakan orang leka dan terlalu seronok melayan telefon bimbit mereka. Sejujurnya Ros pun kurang senang dengan golongan seperti ini. Ambil contoh mudah, di kedai makan. Dek kerana obses dengan telefon(whatsapp, games dan lain-lain), dibiarkan anak makan tanpa diajak berbual.

    Tapi, ada pro dan kontra juga kan setiap situasi. Pandai-pandailah kita mengawalnya :)

    ReplyDelete
  2. Sgt setuju.
    Now Aida & asben akan cuba x usik phone time bersama anak-anak.
    Kepimpinan melalui teladan kan.
    Kat umah gajet dlm bilik aje.
    Cuba la utk harmoni kan keadaan in shaa Allah.

    ReplyDelete
  3. Kita sokong.. Sebab kadang2 rasa bengang juga kan.. Dah kumpul ramai2.. Tapi masing2 hadap handphone memasing.. Hahah.. Kdg2 bual dengan orang pon masih tgok hp.. Tu yang rasa ehhh, td ajak bual. Dah bual kook xdgr apa kita ckp.. Kdg2 bende ni leh jd gaduh kan.. Prudential buat care macam ni pon ok juga... Supaya kita tak renggangkan hubungan sesama kita..

    ReplyDelete
  4. Sebab tu kalau boleh kat mana- mana akak akan pastikan anak akak tak pegang hp especially kalau kat meja makan. tak payah nak antisocial sangat,cuma akak masih gagal suarakan pada cik abg..hehehe, time makan, pandu kereta..jalan- jalan ngan dia sure hp tak pernah lekang..rasa nak call je maxis or telco lain barred je line dia tu..baru padan muka..kadang leka sampai kita kat sebelah tak layan..

    ReplyDelete
  5. I agreed with you that we need to plan for our future. I discourage my children looking at phone especially during meal time because our family is more important than having a phone.

    ReplyDelete
  6. Rawlins pun dah start buat phone-detoxification now. Too much menyebabkan Rawlins sesak haha. But cannot ignore sangat sebab family jauh dan bisnes.

    ReplyDelete
  7. Jaminan kehidupan selesa jika kita masih bujang dan duduk dengan ibu bapa. Masa ni makanan, pakaian, simpanan wang, perbelanjaan tidak sebesar mereka yang berkahwin dan ada anak. Jika belum ada anak Tapi boros. Lagi lah bahaya. Kehidupan hari ini kena sentiasa bersedia Aten. Sebab kita tak pasti apa masa depan ada untuk kita. Sebab kita lah yang mencorakkannya. Semoga kehidupan kita dipermudahkan. Dijauhi dengan dugaan yang kita tidak mampu harungi. Aminnn

    ReplyDelete
  8. Bila keluar dengan keluarga memang adakalanya akak akan guna handphone untuk ambil gambar kenangan. Life as a blogger mcm tuhlah kan. Tapi lepas dah ambil gambar simoan dalam beg je..lagi suka layan perangai anak anak..diorang nakal buat perangai marah. Diorang tanya soalan jawab

    ReplyDelete
  9. Betul tu, zaman yang semain canggih ni buat kita semua kurang berinteraksi secara fizikal. Semuanya secara maya. Huhu, betul gak tu. Kita ni penat drive layan mata mengantok sorang pun tak nak temankan, harus kita jerit nanti! Hahaha. Bagus perkongsian nanie. Kupasan bagus.

    ReplyDelete
  10. Betul Nannie rata-rata lelaki lebih banyak buang masa dengan smart phone mereka semata mata nak hilangkan tekanan dari tempat kerja, kalau I dah bising dah, serious i tak boleh orang laki main game sebab dorang ni sebenarnya tanggungjawb lebih besar tapi dah gunakan masa tu habis dengan aplikasi yang lagha... sampai kita rasa macam nak tanam phone tu dalam kubur bila dia mati. LOL

    ReplyDelete
  11. bagus predential ini keluarkan kajiannpsalmni. mmg betul lah sekarang ni komunikasi tak betul sbb adanya hp ..

    ReplyDelete
  12. Tidak dinafikan... zaman sekarang nie... kita banyak habiskan masa hadap handphone je..

    Tak kira time lepak bersama, makan, tengok tv mahupun time melabur hahahaha

    ReplyDelete
  13. Betul Nannie setuju sangat dengan kenyataan dalam artikel ni kerana Maha sendiri balik kampung pun tengok adik beradik semua mengadap handfone sendiri tak bersembang dengan mak ayah apa tujuan balik...

    ReplyDelete
  14. Hari tanpa teknologi perlu dijadikan amalan setiap kali ketika meluangkan masa dengan keluarga. Adalah kerugian besar apabila tidak dapat dimanfaatkan masa berharga bersama orang yg tersayang. Akk setuju tentang kenyataan org muda hr ini kena bijak mengatur kewangan

    ReplyDelete
  15. Mengakui memang handphone selalu melekat kat tangan.. suami pon sama macam tu..jadi masing-masing dengan handphone masing2.. hurmm ya kadang2 rasa geram juga husband asyik pgg fon..rasa nak je jadi handphone tu..mesti syok kena belek..haha

    ReplyDelete
  16. Yes it is super addictive, because there was once I had to send my phone in for an hour repair, it was hard because I kept looking for my phone...but after that I realised I just had to keep myself occupied with other things to not 'hold on' to my phone that much. And staying away from the phone just half an hour before bed time really helps a good sleep.

    ReplyDelete
  17. Setuju bahawa kegunaan telefon bimbit dalam masa yang panjang setiap hari akan menjejaskan hubungan dengan keluarga. Sekarang kanak-kanak yang kecil pun selalu main game saja.

    ReplyDelete
  18. Betul!!! handphone is kind of a must have nowadays, and more over it will take over to be our wallet soon. Anything can be paid using phone as well. Apart from that I do agree that we have to plan for our financial since young, for a better future.

    ReplyDelete
  19. zaman sekarang memang zaman teknologi dah. macam Rach dah tak drive car for almost a year due to need a lot interaction with handphone. so for safety i use grab. However this never allow me neglect my friends and family during my gathering with them or makan time... always treasure the moment and food.

    Rach

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.