THE FACE SHOP New Products 2018 : Memenuhi Keperluan Kecantikan Semua Pelanggan!

3:50:00 PM

Assalamualaikum semua 

Eh, korang perasan tak dah nak habis bulan Januari dah! Ya Allah... masa oh masa apasal laju sangat jalan. Tak sempat Nanie kejar. Mengah rasanya nak catch up everything dengan pantas. Tapi, no worries. I tried my best to be the best. Gitu! 

Seperti tahun lepas, awal-awal tahun lagi Nanie dah war-warkan pasal Upcoming & New Product dari THE FACE SHOP kan... tapi tahun ni,apasal takde. Heheheh. Adaaa! Adaaaa!!! Nanie ni ha, busy kalah menteri. Tu yang lewat sikit. Ampun sangat. But... for those yang follow Instagram Nanie (@innanieariffin) akan dapat tahu lebih awal mengenai New Product dari THE FACE SHOP. Baik korang follow IG Nanie cecepat. 







Bagi tahun 2018 ni, THE FACE SHOP menjanjikan pelbagai kegembiraan untuk semua pelanggan mereka termasuklah Nanie sendiri. Masa mula-mula Nanie dapat hadiah daripada THE FACE SHOP ni, memang excited sungguh lah. Sebab Nanie tahu, THE FACE SHOP sentiasa meletakkan keperluan pelanggan mereka sebagai tunjang utama untuk menghasilkan produk. Jadi, tak nak cakap banyak-banyak... ini diaaa..... Excited betul Nanie bila kotak ni penuh & berat tau. Rasa nak lompat-lompat je!


Jom kita tengok, apa yang berat sangat kotak ni kan...


1. STYLIST EASY + QUICK HAIR COLOR TREATMENT (RM 31.00 inc. GST) 

THE FACE SHOP kali ini menampilkan beberapa pembaharuan untuk pelanggan dan peminat mereka di Malaysia. Antara yang menarik perhatian Nanie adalah Stylist Easy + Quick Hair Color Treatment. 



 Disebabkan Nanie tak pernah warnakan rambut Nanie, tapi bila tengok packagingnya yang comel ni - ehhh rasa macam nak try pulak. Hahahaha. Ok, basically STYLIST EASY + QUICK HAIR COLOR TREATMENT merupakan temporary hair dye. Ia mampu bertahan sehingga 7 hari. 


So, bukan permanent yang macam berbulan-bulan. Antara kandungan bahannya adalah Shea Butter dan Macadamia Oil yang mana berfungsi untuk memperbaiki dan melindungi rambut kita daripada sebarang kerosakan. Sounds nice kan? Dalam setiap kotak tu, untuk memudahkan penggunaan - THE FACE SHOP dah siap-siap berikan plastic wrap. Boleh buat kat rumah je lah. 

Terdapat 4 pilihan warna yang boleh korang pilih dan sesuaikan ikut style dan gaya yang korang nak. Ni lagi nak Chinese New Year kan... mesti nak rambut raya kan! :) Antara pilihan warna yang ada ialah Cherry Red, Lavender Blue, Green Blue dan Rose Quartz. 

2. Bubble Bubble Foaming Cleanser (RM 27.00 inc. GST) 



Next one adalah foam cleanser! Alololooo comel sangat packaging dia tau. Dari segi packaging sahaja memang dah tau dah siapa yang ditarget kan! Yes, sebagaimana Nanie beritahu awal-awal THE FACE SHOP akan memenuhi keperluan semua pelanggan dan peringkat umur - jadi untuk Bubble Bubble ni - mereka memfokuskan kepada keperluan remaja yang inginkan kulit yang bersih tanpa sebarang masalah dan terutama bagi gadis yang mahu jadi cantik serta bubbly ibarat bubbles! Gituuuu!!! 

Untuk Bubble Bubble ni, terdapat tiga pilihan yang boleh di pilih. Setiap satu daripadanya adalah memfokuskan kepada masalah kulit yang biasa dihadapi oleh remaja. 



1. Moisturizing Foaming Cleanser - Dengan ekstrak Pu-Erh Tea ia memberikan kelembapan yang berpanjangan kepada kulit wajah kita. Sangat bagus untuk mereka yang memiliki kulit kering. Cleanser ini akan melancarkan perjalanan darah kita agar kelihatan glowing dan segar yang mana secara tak langsung ia mampu mengelakkan kulit menggelupas dan kering keterlaluan. Malahan ia turut memberikan rasa segar selepas cucian. 



2. Deep Foaming Cleanser - Untuk yang ini, ia sangat kaya dengan buih yang mana buih tersebut mampu membersihkan kulit kita secara menyeluruh. Range ini diformulasi dengan ekstrak Black Tea untuk membuang kotoran dan sel kulit mati kita. Dengan cucian wajah jenis sebegini, ia juga turut membantu kulit untuk menjadi sangat bersih termasuklah segala pori wajah yang tersumbat akibat makeup dan minyak. Bagi mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak - Nanie memang sarankan Deep Foaming Cleanser ni supaya dapat mengawal lebihan minyak pada muka dan mengelakkan breaks out! 


3. Mild Foaming Cleanser - Satu-satunya foaming cleanser yang memiliki pH level yang hampir sama dengan kulit kita. Ia sangat-sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Menggunakan ekstrak White Tea - ia dipercayai boleh meminimumkan iritasi kulit dan membaik pulih struktur kulit kita dengan pantas. Malahan ia turut menjadikan kulit sangat segar dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari dan pencemaran. 

3. Yehwadam Revitalizing Moisturizing Sleeping Pack (RM 110.00 inc.GST) 


Sleeping Pack is a must! Sapa je lah yang tak suka sleeping pack. Kalau nak rejuvenate kulit wajah kita - sleeping pack ni satu keperluan tau. Bagi tahun 2018 ni, THE FACE SHOP mengeluarkan Yehwadam Revitalizing Moisturizing Sleeping Pack yang melengkapi siri skincare Yehwadam mereka. 


Sleeping pack bukan sekadar memberikan kelembapan yang berpanjangan kepada kulit wajah. Malahan ia turut melegakan kelesuan dan menjadikan kulit tampak segar dan nyaman. Dilengkapi dengan 5 bahan utama di dalamnya, kesemua bahan ini diolah untuk menjanjikan hasil yang sangat sempurna selepas penggunaan. 


i. Peony : Melancarkan perjalanan darah supaya kulit segar & merah semulajadi 
ii. Lotus : Membekalkan kelembapan berpanjangan kepada kulit & mengurangkan stress 
iii. Safflower : Mengembalikan kelembapan kulit yang hilang & memberikan cooling sensation 
iv. Chrysanthemum : Merupakan agen anti oksidan pada kulit supaya kekal tegang dan anjal 
v. Honeysuckle : Membuang kotoran seperti sel kulit mati dan lebihan makeup yang tidak dibuang supaya kulit kekal segar, bersih dan glowing! 



Eh, bukan tu je tau.... Sleeping Pack Yehwadam Revitalizing Moisturizing ni pun ada Gyuwhabang Complex - yang merupakan herba tradisional Korea seperti Korean Ginseng dari daerah Punggi, Safflower dari Gunung Jiri dan Goji Beri dari Cheongyang. Kesemua bahan ini sangat terkenal dengan 3 fungsi iaitu untuk Revitalize, Rejuvenate dan Re-energize kulit kita. 

Boleh baca full review Yehwadam Revitalizing Anti Aging Range : http://bit.ly/2mT6Lmz manakala untuk Yehwadam Pure Brightening Range : http://bit.ly/2DucSH8


4. White Seed Spotlight Radiance Cream (RM131.33 inc.GST) 



Bagi memenuhi permintaan untuk mendapatkan kulit yang cerah gebu umpama gadis Korea, THE FACE SHOP turut mengeluarkan White Seed Range Skincare. Untuk melengkapi range tersebut, bagi tahun ini THE FACE SHOP menghasilkan White Seed Spotlight Radiance Cream yang mana berfungsi untuk memberikan kecerahan sempurna dan menyeluruh kepada kulit wajah. Ini secara tidak langsung membuatkan kulit nampak cantik, glowing dan kulit kelihatan muda. 




Tekstur cream yang pekat dengan gabungan dua bahan utamanya iaitu White Lupine Seed dan White Daisy memberikan kelembapan kepada kulit wajah. Malahan ia juga telah terbukti mampu memperlahankan penghasilan melanin pada kulit yang mana lebihan melanin membuatkan kulit gelap. Selain itu, cream ini merupakan krim perlindungan kulit wajah dari sinar UV kerana ia turut diperkaya dengan Titanium Dioxide. 

Baca review full The White Seed Range disini : http://bit.ly/23fEff5

Ok. Last but not least. Yang ini memang favourite Nanie. Korang kena tekaaa. Cepat teka! Memang best. Heheheh... apa lagi kalau bukan cushion terbaru yang comel sangat-sangat dari THE FACE SHOP ni iaitu Anti Darkening Cushion. First time Nanie nampak packaging dia pun Nanie dah hampir cair tau. Comel sangat. Geram! 


5. Anti Darkening Cushion with SPF 50+ PA+++ (RM 104.83 inc.GST) 



Cushion dari THE FACE SHOP memang tak pernah mengecewakan. Nanie daripada dulu lagi memang stick dengan cushion mereka sebab easy to apply, and paling best bagi finishing yang memang Nanie suka. Glowing, tahan lama & good in coverage. 

Didatangkan dengan tiga pilihan warna yang sesuai dengan semua jenis tona kulit. Anti Darkening Cushion ni sangat padan dengan tona warna kulit wanita Malaysia. Nanie yang tak berapa cerah dan tak berapa gelap ni pun bila gunakan Anti Darkening Cushion nampak flawless dan natural je. Takde bercapuk-capuk. 



Insya Allah dalam masa terdekat, Nanie akan review khusus untuk Anti Darkening Cushion ni ok. Korang boleh tengok warna setiap satu supaya senang untuk korang pilih mana yang bersesuaian dengan tona kulit korang. Nanie cair betul tengok packaging belang pink & cream tu. Lawa sangat kan! 


Nanie percaya tahun 2018 merupakan permulaan yang sangat baik buat kita semua termasuk dari segi kesihatan dan kecantikan. Terima kasih pada THE FACE SHOP yang seringkali menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pelanggan mereka yang sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik daripada mereka di samping mengekalkan keselamatan dan kualiti ingredients yang terbaik! 


Untuk maklumat lanjut dan pembelian, korang boleh klik link di bawah : 

THE FACE SHOP WEB PAGE :

THE FACE SHOP ONLINE STORE :



THE FACE SHOP OFFICIAL FB PAGE :

THE FACE SHOP OFFICIAL IG PAGE :





  • Share:

You Might Also Like

18 Inspirasi Dari Pembaca

  1. Bestnya. Suka packaging dia. Cute... Especially Bubble Bubble tu. Bila lah ada rezeki nak try produk the face shop ni ☺

    ReplyDelete
  2. banyak juga produknya ya. semua packaging cantik dan warna warni :)

    ReplyDelete
  3. Cushion dari the face shop ni nampak menarik dan tertarik nak try ni...cleanser tu pon macam nak try...

    ReplyDelete
  4. Banyaknya produk nanie dari The Face Shop. Ni mesti peminat tegar brand ni kan

    ReplyDelete
  5. berminat dengan Anti Darkening Cushion tu, nak kena beli 1 juga ni. packaging nya pun cantik

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. Memang best masuk face shop.. ada produk baru 😍 nanti nak try usha la. Nak usha online ni tak.dapat tengok ingredients. Hehe

    ReplyDelete
  7. Cantiknya packaging dia. Suka warna pastel yg digunakan. Sh nie jenis kalau nk beli sesuatu suka tgok luaran. Kalau cntik baru berselera nak beli. Nak kne cuba jugak nie

    ReplyDelete
  8. wowww.. bewarna warni item inside the box.. huhuhu.. lawanya cushion tu.. berkenab teman nengok nya..bhuhuhu. apa2 pun product the face shop ni memang menjadi kegilaan ramai

    ReplyDelete
  9. await packaging dia comel sangat..heheh...lisa suka packaging yang comel dan mudah dibawa.

    ReplyDelete
  10. suka la dengan semua produk The Face Shop ni.

    ReplyDelete
  11. The face shop punya produk memang berkualiti, eh inannie nak kaler rambut ke tu ? okay tak warna dia terang tak ?

    ReplyDelete
  12. wah menarik betol konsep dia. kt kotak tu siap ada nama lg ya. produk2 pun bagus2

    ReplyDelete
  13. The face shop cik.en de lipstick dia je.. tp mmg aweosme tringin nk beli set ni

    ReplyDelete
  14. Menariknya produk dari Face Shop ni dengan packagiang yang comel dan warna yang sangat menarik. Lia teringin nak cuba Easy Quick Hair Colour tu macam best je kan sebab temporary.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  15. Cantiknya kotak tu. Limited edition punye ke? Banyak gila produk Nani beli. Cepat cepat rwview Anti Darkening Cushion tu tau. Nak tau jugak

    ReplyDelete
  16. Wahhh jeles ni nannie dpt mcm2 produk dr face shop, bila lah turn sis lak ni..mmg suka gak beli brg kat face shop ni

    ReplyDelete
  17. Wahhh menarik la.. boleh cuba juga ni

    ReplyDelete
  18. Ada macam-macam The Face Shop ni yea, menarik sungguh semua produk-produknya...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.