Escape with Traveloka X The Butterfly Project Malaysia @ The KL Journal

4:35:00 PM

Assalamualaikum semua 

Kadang-kadang kita selalu terfikir, bercuti mestilah kena keluar daripada bandar. Kena pergi ke tepi pantai, mahupun kena ke bandar-bandar besar. Namun, jangan tak tahu bahawa percutian yang singkat contohnya ketika hari minggu juga boleh memberikan ketenangan dan merehatkan badan kita. 




Pada bulan Disember yang lepas, Nanie telah dijemput oleh The Butterfly Project Malaysia untuk menjayakan "Escape with Traveloka" yang bertempat di The Kuala Lumpur Journal Hotel. Dah semestinyalah ini peluang keemasan untuk Nanie rehatkan minda sebab Disember kan memang "Bulan Mood Bercuti!" 


Sebelum Nanie cerita panjang-panjang mengenai keseronokan overnight with my butterflies, Nanie nak share dulu pasal Traveloka ni. Untuk mereka yang ada merancang nak bercuti, baik baca betul-betul. Mana tahu boleh jadikan panduan.



Nanie percaya, Traveloka semestinya bukan sesuatu yang asing lagi untuk mereka yang merancang percutian. Sebut sahaja di mana, Insya Allah Traveloka dapat sediakan servis yang terbaik dengan harga yang sangat berpatutan. Malahan, menurut salah seorang travel blogger - Traveloka sangat dipercayai & sentiasa memberikan servis yang berkualiti pada pelanggan mereka. 


Servis yang ditawarkan di Traveloka adalah meliputi tempahan hotel dan penerbangan dengan pilihan sebanyak melebihi 100,000 pilihan. Servis Traveloka yang turut tersedia dalam aplikasi telefon ni paling senang nak digunakan. Anytime & Anywhere gitu. Mudah je kalau guna aplikasi tu. So, kalau korang ada kelapangan - boleh je saja saja check harga flight semua. Agak berkenan, terus book lah!



Traveloka ni senang cerita - pilih sahaja tempat korang nak cuti kat mana dan mengikut kesesuaian bajet anda. Cerita pasal bajet, Traveloka akan cuba berikan harga yang paling berbaloi dan semestinya menguntungkan pelanggan!


Bukan tu je tau, sekarang ni Traveloka ada tambah lagi kemudahan untuk para pelanggan mereka membuat tempahan flight dan hotel menggunakan installment 0% interest kad kredit. Mudah kan? Memang senang bila ada plan macam ni. Mudah untuk kita bajet kewangan & paling penting dapat realisasikan percutian idaman kita. 



Macam mana nak gunakan installment payment bersama Traveloka? 

1. Anda adalah pemegang kad kredit Maybank (VISA/Amex/Master Card) 
2. Buat tempahan hotel & flight menggunakan mana-mana platform Traveloka
3. Minimum booking mencecah RM 500 (untuk pembayaran balik selama 6 bulan) 
4. Minimum booking mencecah RM 1000 (untuk pembayaran balik selama 12 bulan) 

Untuk syarat-syarat ni - boleh klik link ini sebagai rujukan : https://www.traveloka.com/en-my/promotion/maybank-installment


So, sebagai contoh - this short & sweet staycation Nanie bersama The Butterfly Project. Siapa sangka - hanya melalui Traveloka - walaupun berada di tengah kota Kuala Lumpur, namun suasana dan mood yang ditampilkan membuatkan Nanie rasa rindu semula. Seronok dapat stay sama-sama dengan kawan-kawan blogger kan.

Walaupun sekadar tidur satu malam, tapi kalau kita betul-betul manfaatkan waktu bersama tu, memang seronoklah jawapannya kan. Masa sampai tu, team Traveloka buat game dengan kami as "Brainstorming Session". Bukan main gembira lagi semua blogger kena "buli" dengan team mereka.




Kebetulan Nanie satu group dengan Sabby Prue, Syafiqah Hashim, Kak Aiin Baharom, Scha Nazri & Ayue Jean yang memang dah kenal lama and kepala semua boleh tahan ting-tong. Jadi memang gamatlah group kami melayan aktiviti yang disediakan. Bukan senang wei nak kumpul ramai-ramai. Ni lah masanya nak berkenalan satu sama lain.


Selepas aktiviti Brainstorming tersebut, Pengurus Hotel The KL Journal - memberikan sedikit penerangan berkaitan hotel mereka. Hotel The KL Journal sentiasa mendapat tempahan pelanggan daripada Traveloka kerana lokasi hotel yang strategik di tengah bandar Kuala Lumpur. Malahan, semasa event ini berlangsung juga, Nanie lihat ramai pelancong luar yang menginap di hotel ini.


Nanie lihat keselesaan menjadi tunjang utama kenapa hotel The KL Journal ini menjadi pilihan ramai. Dekorasi yang simple tetapi tetap cantik di tambah servis yang bagus dan berkualiti menjadikan hotel ini antara yang terbaik dan sentiasa mendapat review yang baik daripada pelanggan Traveloka.



Dari melangkah masuk lagi, hotel ini ada kelasnya tersendiri. Nanie suka gaya minimal yang diketengahkan di ruang lobby dan menunggu. Begitu juga untuk bahagian Open Air di tingkat 2 hotel ini. Sesuai untuk mereka yang nak bersantai dan menikmati masa untuk berehat. 



The Kuala Lumpur Journal is a stylish boutique hotel in KL city centre. Designed with an inviting relaxed vibe where nostalgia meets industrial chic, we're centrally located in the city's main shopping and entertainment district of Bukit Bintang. Just minutes away from the Changkat neighbourhood - the hub of KL nightlife with its thriving bar culture and KL's foodie mecca, Jalan Alor.

We like to think we deliver on the essentials but focus on what modern day travellers really want. Comfort and functionality with smart plugged in connectivity plus FREE High Speed WIFI. Creative communal spaces like Workers' Union designed for work and play. Kedai Kopi Journal, a local coffeeshop concept serves unfussy food that's big on flavour, The Terrace Bar & Grill, a relaxed alfresco area to unwind. And a spectacular rooftop infinity pool with stunning vistas of the city and a gym.

We also offer in-house parking for your peace-of-mind on COMPLIMENTARY basis. Just make sure to validate your parking ticket at the Front Office upon check out or exiting the hotel to go on a foodie trip.

Address : No. 30 Jalan Beremi, Off Jalan Sultan Ismail Bukit Bintang, 
50200 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Tel +603 2110 2211 

Fax +603 2110 1100









Malahan Nanie rasa, kalau nak coffee-coffee kat sini pun cantik. Kedai Kopi Journal ala-ala hipster dan minimalist ni membangkitkan suasana kedai kopi yang selesa dan menenangkan. Memang bagus untuk mingle session semua kan! 









Makanan kat hotel ni pun sedap-sedap tau. Serious. Portionnya banyak. Jadi kalau order pun memang kenyang dan paling penting pilihannya juga banyak. Nanie rasa memang berbaloi sangat kalau nak staycation di The KL Journal ni. Cepatlah book di Traveloka! Mudah & confirm puas hati.










Ok, next. Mesti semua nak tahu pasal bilik di The KL Journal kan. Bilik kat sini pun kemain cantik. Sebagaimana Nanie ada beritahu awal tadi, konsep minimalist yang ditampilkan buatkan setiap bilik ada gaya sentuhan tersendiri. Meh Nanie share sikit gambar bilik Nanie dan Kak Sabby di The KL Journal.











Haaaaaa!!!! Terpegun tak tengok bilik kiteorang. Cantik kan? Selesa kan. Yes korang! Seriously memang lawa sangat bilik ni. Kata orang tu sedang-sedang elok je untuk rehatkan minda dan rehatkan badan gitu. Tambah pulak sebilik dengan kawan satu geng, si Sabby Prue tu. Nanie memang enjoy lah kan.

Sebelah petang pula, kami semua ada workshop untuk aktiviti. Nanie pilih workshop untuk buat bath bomb & coffee scrub bersama Wunderlast. Yang workshop ni pun best jugak. Bayangkanlah, buat bath bomb dengan campuran essential oil yang menenagnkan. Alaahaaai segar rasa badan kena aromatherapy tau!











Than, sebelah malamnya pulak - aktiviti kami adalah Gift Exchange & Chillax with Music. Exchange partner Nanie adalah Kak Sabby. Susah ok kalau nak belikan hadiah pada Beauty Blogger ni. Sebabnya, hampir semua benda dia dah ada. Tapi.... Nanie tahu, apa yang Kak Sabby takde. Hehehehe. Nanie belikan Kak Sabby - Makeup Brush Cleaner.





Habis je dinner dan tukar-tukar hadiah, kami ramai-ramai ke Rooftop dan menikmati alunan muzik daripada band sambil bertemankan tiupan angin malam yang romantik. Alahai, tenang dan seronoknyaaa bila dapat gelak & borak dengan kawan-kawan.






Pada Nanie lah kan, short vacation macam ni je dah memadai untuk bersama kawan-kawan. Kalau hari biasa, semua sibuk. Ada urusan sana sini, jadi sekali sekala kita berikan masa macam ni untuk berehat - banyak benda yang kita boleh catch up. 



Masa Nanie dengan Kak Sabby sendiri - malam tu macam-macam diborakkan. Heart-to-heart conversation gitu. Tahulah, Nanie kalau dah dengan Kak Sabby memang manja mengada lebih. Tapi kali ni Nanie pulak jaga dia, sebab dia kan pregnant second baby. 


Itu pun, pregnant tapi ganasssssnyaaaa mak oi. Kadang Nanie jerit jugak lah. Ngeri woi bila orang pregnant tapi cergas semacam. Kak Sabby kan, kau tahulah... kaki buli tu sebenarnya. Hahahahah. Tapi bila ada Kak Sabby - dia suka bagi nasihat. Tu yang enjoy dengar! Peluang macam ni lah yang Nanie tak lepaskan. Stay sama-sama over night. Borak-borak & makan-makan. Hubungan makin akrab. Gitu!!! 



So, Nanie dah mula dah ni menyelak-nyelak kalendar untuk planning next getaway & staycation dengan kawan-kawan ataupun keluarga. Tak jauh, dekat-dekat pun jadilah asalkan dapat luangkan masa bersama. Dan yang pastinya, Nanie nak plan bercuti gunakan Traveloka! Eh, korang pun kena gunakan jugak. Barulah tahu, cemana bestnya bercuti dengan Traveloka! Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan bua The Butterfly Project Malaysia & The KL Journal Hotel untuk staycation "Escape with Traveloka" yang superb ni! :) 


Website : 

Download Traveloka Apps 

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.traveloka.android&hl=en




  • Share:

You Might Also Like

2 Inspirasi Dari Pembaca

  1. bestnyer dpt join aktiviti camtu kan sis...dpt jumpa kawan2 blogger,,... sambil2 bersantai weekend.. biasa orang pun akan fikir kalo nak bercuti, mmg kene keluar dari KL/kawasan kite...tp dlm bandar dekat2 pun boleh..eheheh

    ReplyDelete
  2. Looks like you guys had a wonderful time there ya. Setuju dengan your statement. Bercuti doesn't necessarily need to be jauh dari bandar like pantai or etc. It could be a short staycation in the city. Most importantly, kita dapat rest and spend our quality time.

    I used Traveloka twice. So far sangat la puas hati. Pernah sekali tu check harga tiket flight kat website airlines and Skyscanner lepas tu kat Traveloka and found out that the price on Traveloka lagi murah. Ever since that, I know selalu check through Traveloka as well :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.