Rancang Kos Ubah Suai & Hiasan Dekorasi Rumah Mahupun Pejabat Dengan Atap.Co

4:52:00 PM

Assalamualaikum semua 


Bila Nanie ke hotel, antara perkara pertama yang Nanie tengok ada dua. Yang pertama adalah katil dan yang kedua adalah bilik mandi. Bagi Nanie - suasana di hotel sentiasa buatkan Nanie relax dan tenang. Rasa segar dan paling penting - semacam ada mood yang bebas dan selesa. 

Sebab tu, bila kita penat bekerja - tak semena-mena otak kita akan automatik terus planning nak bercuti. Tak kiralah short vacation ke apa, yang penting nak rasa keselesaan & rehatkan minda. Bila otak kita berehat, barulah kita lebih produktif. 

Korang tahu tak apa sebabnya bila di hotel kita ada perasaan macam tu? 

Design by Nu Infinity

Design by Dot Works

Senang je.... setelah Nanie buat sedikit kajian, Nanie temui jawapannya. Mood kita terbangkit apabila badan kita selesa kerana "Hiasan Dalaman" yang ditonjolkan di setiap bilik hotel. Mana-mana hotel, memang hiasan dalaman adalah penentu kepada cantik atau tidak hotel tersebut. 

Ye lah, dari langkah pertama kita masuk memang dah rasa seolah-olah kita dimanjakan. Itu yang kadang, rasa macam tak nak balik je kan bila bercuti. Sebab syok & selesa sangat! 



So, apa kata - Nanie nak sarankan korang bawak balik "hiasan dalaman" ala hotel tu ke rumah korang sendiri. Haaa... tak ke seronok tu bunyi nya, bila hari-hari rasa bercuti ibarat di hotel berbintang-bintang. Mesti mood kita lebih stabil kan setiap hari. 

Tapi, biasalah bila kita bercakap mengenai interior design ni, macam Nanie sendiri - kita ngeri dan seram sejuk bila nak dengar part bajet. Bak kata orang "besar periuk, besar keraknya". Tapi again, pada Nanie "biar kalah membeli, tapi menang memakai!". Haaaa faham tak tu? Maksudnya - biarlah kita spend lebih sedikit untuk sesuatu, asalkan kita mendapat kepuasan dan paling penting - kegembiraan! 


Zaman sekarang ni - semua dah mudah. Kalau kita risau mengenai bajet & kos untuk hiasan dalaman, apa kata kalau kita survey dulu daripada Atap.co. Atap.co merupakan one-stop-centre yang membolehkan pemilik rumah kediaman, pejabat mahupun sesiapa sahaja untuk berhubung terus dengan lebih 1,000 orang arkitek dan pereka hiasan dalaman

Mereka bukan sahaja bersedia untuk memberikan quotation yang bersesuaian dengan bajet kita, malahan kita juga boleh melihat dan menilai setiap portfolio daripada arkitek dan pereka hiasan dalaman ini agar ianya kena dengan style dan citarasa idaman kita. 

Di Atap.co juga, mereka mengamalkan sikap telus dan keterbukaan yang mana, perbincangan dan idea boleh diminta daripada yang pakar. Maklumlah, bila kita nak mulakan renovation ni kan, kita sendiri kadang buntu nak buat tema dan style macam mana. 



Sebagai contoh lah kan, Nanie memang berkenan sangat dengan Scandinavian Interior. Sebab dia minimalist, clean & sesuai untuk orang bujang macam Nanie. Nanie perlukan ruangan kerja yang cerah, sesuai dengan keperluan dan gaya hidup Nanie yang sibuk dan tak banyak masa nak uruskan rumah. 

So, apa yang Nanie boleh buat adalah - Nanie just search tema yang Nanie berkenan kat "Browse Ideas" page dan mulakan pilihan dengan melihat kesemua portfolio ID & arkitek yang berpengalaman dalam mengubah suai untuk tema yang Nanie suka tu. 


Tengoklah ada 81 company ID & arkitek yang menyediakan servis untuk tema tersebut dan berpengalaman dalam mengubah suai kediaman. Bila banyak pilihan, terus mencurah-curah idea datang. Terbayang-bayang ruang selesa. 


Lagi best, kita boleh tengok bajet yang bersesuaian. Tak perlu lah takut-takut sebab semuanya boleh dibawak berbincang. Malahan, dengan cara sebegini - kita sendiri boleh plan out ruangan mana yang nak dibuat terlebih dahulu. 








Kalau tak sure, korang terus je klik nama company. Dekat situ - bukan sahaja boleh dapatkan quotation, tapi korang boleh juga tengok reputasi company, tengok portfolio company dan paling penting korang boleh request quotation mengikut bajet dan pelbagai lagi spesifikasi yang memudahkan korang untuk mengubah suai ruang kegemaran. 




So, bila ada platform macam ni - Nanie percaya yang kita semua tak perlu takut mahupun risau lagi mengenai quotation harga. Tambah pulak, Atap.co memang telah lama dalam bidang ni jadi secara tak langsung ia menambahkan keyakinan Nanie tentang kredibiliti arkitek juga pereka hias dalaman yang bernaung di bawahnya.

PERLUKAN INSPIRASI? 

Nanie sendiri pun bila browse website Atap.co ni memang rasa terinsipirasi je tengok semua hiasan dalaman yang cantik-cantik. Sambil-sambil tu berangan jugak mana tahu esok lusa ada rezeki beli rumah sendiri boleh Nanie terus siap-siap minta Atap.co hiaskan rumah kan.



Menghias rumah dan mendekorasi ni perlu banyak rujukan dan sumber inspirasi. Kalau dulu-dulu kita selalu tengok majalah mahupun tengok rumah orang lain kan, sekarang ni - just browse je Atap.co. Segala konsep, rujukan, inspirasi, idea semua dah ada di situ. Nak senang untuk cari inspirasi , klik link ni : https://atap.co/malaysia/en/advice/

Jadi, pada semua yang sedang merancang nak cari penghias dalaman, tak kiralah untuk ruang rumah mahupun pejabat, Nanie sarankan - korang masukkan sekali Atap.co ni dalam list korang. Dengan kredibiliti dan pengalaman yang luas serta arkitek juga ID yang berpengalaman - pastinya ruang idaman dan impian korang akan tercapai. 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link-link berikut yang Nanie letakkan di bawah ni : 

Website 

Facebook 

Instagram 




  • Share:

You Might Also Like

4 Inspirasi Dari Pembaca

  1. huhuhu.. lawanya hiasan dia.. macam dekat overseas sangat kan..

    ReplyDelete
  2. wowwww sgt....... thanks sharing... leh usha dlu bfr rumah siap.. hihihih

    ReplyDelete
  3. Memang betul tu kak. Rasa diri dimanja-manja. Tu yg kadang dari 2 malam terus jadi 3 malam. hihi

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.