THE FACE SHOP Anti Darkening Cushion Buatkan Kulit Cerah Glowing Tanpa Sebarang Kusam!

1:44:00 PM

Assalamualaikum semua 

Kalau Nanie cerita pasal Cushion lagi korang suka tak? Hahahah. Tak kira lah korang suka ke tak, korang kena suka. Satu sebab korang dah masuk Blog Coklateyes, yang kedua sebab of course lah Nanie suka Cushion ni. Serious!

Even Nanie siap suggest pada a few of my friends and dorang beli dan akhirnya dorang juga terpengaruh jatuh suka! Kali ni, Nanie nak perkenalkan korang mengenai (Miracle Finish). Dalam entry sebelum ni, Nanie ada bagi hint kan mengenai THE FACE SHOP Anti-Darkening Cushion




Ok, mesti korang tertanya-tanya kan, kenapa nama dia THE FACE SHOP Anti-Darkening Cushion. Dengan formula terbaru yang dibawa oleh THE FACE SHOP ini, para peminat cushion bukan sekadar boleh mendapatkan tona kulit wajah yang sekata, malahan ia juga mampu memberikan keserian dan glowing berkekalan pada wajah tanpa membuatkan kulit menjadi gelap, pucat mahupun kusam. 



Secara jujurnya, yang menangkap mata Nanie bukan semata-mata kerana formulasi terkini yang dibawa oleh THE FACE SHOP, tapi packagingnya yang comel belang-belang soft pink and putih tu. Dulu Nanie memang berkenan sangat dengan Miracle Finish so, yang ini pun antara kesukaan jugak. Masih dalam range Miracle Finish jugak. Klik link untuk baca review sebelum ni : http://www.coklateyes.my/2017/05/thefaceshop-miracle-finish-cushion.html


Bercakap mengenai formula anti-darkening kan, mesti semua pun nak tahu bagaimana THE FACE SHOP boleh keluarkan formulasi yang hebat sebegini. Ok, semua pun sedia maklum - THE FACE SHOP sentiasa mengetengahkan bahan-bahan semulajadi sebagai sumber bahan produk mereka. 

Begitu juga dengan THE FACE SHOP  Anti Darkening Cushion  ni. Bahan-bahan semulajadi yang dirumus didalamnya berfungsi untuk mendapatkan kulit yang glowing tanpa sebarang cela dan kekusaman. Dua fokus yang menjadi target utama THE FACE SHOP  Anti Darkening Cushion adalah dari : 

i. Sebum Control - untuk mengawal kulit yang berminyak dan boleh menjadikan kekusaman 
ii. Skin Relief - merawat masalah kulit yang boleh menyebabkan solekan tidak cantik dan sekata 

Malahan, menurut kajian juga, bahan-bahan ini turut berfungsi untuk merawat keadaan kulit yang mempunyai masalah seperti pori besar dan terbuka serta sebarang cela pada kulit seperti jerawat dan parut. 

Antara bahan yang digunakan dalam THE FACE SHOP  Anti Darkening Cushion  adalah : 

1. Persimmon Tannin 


Persimmon atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil Pisang Kaki sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat untuk kulit kita. Persimmon yang kaya dengan vitamin A, E dan kerotin ini memberikan natural glow pada kulit kita. Malahan, ia juga dikatakan menyumbang kepada kelembapan kulit yang boleh mengelakkan kepada kekusaman kulit wajah untuk jangka masa yang panjang. 


2. Citrus Unshiu Peel Extract 


Juga dikenali sebagai Satsua Mandarin, buah sitrus ini sangat bagus untuk mengecilkan pori-pori pada wajah. Pori yang besar pada wajah bukan sekadar menyebabkan kulit menjadi kusam, ia juga boleh membuatkan kulit kelihatan kering dan tak bermaya. Selain itu, menurut kajian - antara khasiat buah sitrus ini adalah dalam mengawal hyperpigmentation yang mana sering terjadi kepada wanita yang kerap terdedah pada cahaya matahari. Dengan fungsinya dalam mengawal penghasilan melanin pada kulit, ia turut menjadikan kulit semakin cerah & cantik tanpa sebarang cela. 


3. Chamomile Extract 


Perlu ke Nanie terangkan lagi mengenai khasiat Chamomile ni? Dah banyak kali kan... dan rasanya memang ramai yang tahu. Chamomile bukan sekadar untuk minuman dan kesihatan, ia lebih dari itu. Mempunyai manfaat untuk memudarkan bintik hitam pada kulit serta kaya sebagai ejen anti-keradangan dan anti oksida yang boleh mengurangkan kemerahan pada kulit akibat cuaca dan pencemaran. 

4. Lemon Balm 


Lemon Balm atau daun pudina juga turut digunakan dalam THE FACE SHOP  Anti Darkening Cushion. Ia lebih kepada fungsinya untuk soothing atau melegakan dan merawat masalah kulit yang berlaku seperti luka-luka jerawat mahupun parut-parut lama. Malahan, ada kajian yang mendapati daun pudina juga sangat bagus untuk melancarkan perjalanan darah kerana ia akan merangsang saluran darah untuk memudahkan aliran. Secara tak langsung, kulit akan jadi kemerah-merahan yang glowing dan cantik kesegaran. 



THE FACE SHOP  Anti Darkening Cushion  didatangkan dengan tiga pilihan shades yang sangat bersesuaian dengan tona kulit wanita Malaysia. Shades sebegini akan buatkan ia senang di blend dan jadikan kulit sangat glowing dan nampak sihat! 



Untuk shades N - ia adalah untuk Natural shades, manakala untuk shades untuk V - adalah lebih kepada tone up. Namun sekali lagi, ketiga-tiga shades ini sangat sesuai untuk tona kulit wanita di Malaysia. Nani gunakan warna V203 Natural Beige yang paling match dengan tona warna kulit Nanie. 






Sepanjang Nanie gunakan THE FACE SHOP  Anti Darkening Cushion apa yang Nanie perasan, teksturnya yang ringan buatkan penggunaan seharian sangat-sangat selesa. Tak rasa melekit malahan senang sangat nak diblend. Tak ada pun bercapuk-capuk atau tompok putih yang tak cantik. Nanie suka finishing sekata yang diberikan.


Dari segi ketahanannya juga cukup untuk buat Nanie puas hati. Baru-baru ni, masa Nanie keluar dengan kawan-kawan, Nanie keluar tengahari memang panas lit-lit orang kata, lepas tu masuk mall - makeup masa stay. Walaupun Nanie dah berpeluh dahi semua.


Syarat dia senang je, masa kita lap peluh tu, jangan sekali-kali swipe. Cukup dengan dab-dab sahaja. Kalau swipe, pakai apa pun memang hilang kan. So, daripada pemerhatian Nanie - THE FACE SHOP  Anti Darkening Cushion bertahan sehingga lebih 8 jam dan paling best sebab dia jadikan tona kulit sekata dan jadikan kulit gebu licin. Tak nampak lah parut jerawat mahupun pori besar kat muka Nanie kan? 



Seperkara lagi, THE FACE SHOP  Anti Darkening Cushion sesuai untuk daily usage sebab dilengkapi dengan SPF 50PA++ yang mana ia boleh melindungi kulit kita daripada sinaran cahaya matahari. Ye lah, korang pun tahu kan - cahaya matahari la ni tak elok dah untuk kulit. Kalau tak, bukan sahaja sun burn - kulit pun boleh jadi kusam jugak! 


Harga untuk THE FACE SHOP  Anti Darkening Cushion ialah RM 104.83 (including GST). Tapi kalau korang beli sekarang ni ada promosi tau. 50% discount sehingga 28 Februari 2018. Banyak jimat tu. Berbaloi habis. Dahlah siap dengan refill lagi. Haih lagi lah untung!



Untuk maklumat lanjut boleh klik link di bawah : 

THE FACE SHOP WEB PAGE :

THE FACE SHOP ONLINE STORE :


THE FACE SHOP OFFICIAL FB PAGE :

THE FACE SHOP OFFICIAL IG PAGE :

  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.