Assalamualaikum semua
Tadi lepas dari balik kerja, Nanie singgah ke Mid Valley. Dah puas bertawaf satu Mid, adik Nanie nak beli Chatime. Time tu, ramai jugak yang beratur depan kaunter mereka. Than tiba-tiba adik Nanie bagitau... "Eh, Chatime ni sama dengan Tealive kan! Tapi kawan adik cakap Tealive tak sedap. Chatime lagi sedap!". Nanie yang time tu tengah perhatikan kakak kaunter tu, sekadar dengar je. Terus terlintas dalam kepala... "Ha'ah ek... dulu kan Chatime gaduh dengan Tealive. Apa isunya ye? Sapa menang, sapa kalah? Sapa yang betul, sapa yang salah. Kenapa isu tu macam senyap je?"
Apa lagi, Nanie kan suka menyiasat. Apatah lagi isu sebegini. Ye lah benda-benda melibatkan makanan ni jangan dibuat main. Halal haramnya... semua kena tahu. Jangan main tibai semacam je. Maka bermula lah siri penyiasatan Nanie.
Melalui pembacaan Nanie, terkejut betul Nanie bilamana Nanie dapati ada beberapa isu yang dipolemikkan hingga cerita Chatime VS Tealive ini menjadi panas. Nanie nak highlightkan isu-isu menarik dalam kes ini dan kalau boleh semua pembaca Blog Coklateyes sama-sama ambil berat, ambil tahu dan peduli isu ini. Ia lebih kepada isu pengguna & strategi pemasaran licik. Well, biasalah... orang sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat mengaut keuntungan. Dalam hal ini, soal bijaknya pengguna perlu dititik beratkan.
Baiklah, Nanie akan explain satu per satu isu penting. Nanie jadikan isu "Perang Besar" ini sebagai satu case study untuk marketing.
FAKTA @ MITOS
"Betul ke Chatime bertukar nama kepada Tealive?"
Jawapannya : TIDAK BENAR!!!! Yes... Nanie masa dapat tahu cerita ni pun melopong besar! Pum-pang-pum-pang kata Chatime dah tak ada lagi di Malaysia dan diganti Tealive. Tapi tu haaa berlambak kiosk Chatime. Bersepah-sepah. Kalau diganti atau rebranding, mesti ada satu jenama je. So? Apaaaa citaaaaa???
KISAH DALAM KAIN
Begini ceritanya. Chatime adalah diteraju oleh sebuah syarikat dari Taiwan iaitu La Kaffa. Pada awal Januari 2017, La Kaffa telah menamatkan kontraknya dengan Loob Holding iaitu Master Francise (pemegang lesen francise Chatime terbesar) di Malaysia. La Kaffa bertindak berani memecat Loob Holding atas alasan Loob Holding telah melanggar syarat kontrak yang boleh menjatuhkan reputasi Chatime.
Loob Holding yang diterajui oleh Bryan Loo dikatakan sebagai memanipulasi emosi pelanggan mereka. Memang time tu sendiri, Nanie ingat ramai yang marah bila La Kaffa tarik semula lesen francise mereka. Para pelanggan dan peminat Chatime ketika itu berpusu-pusu memberikan sokongan buat Chatime yang "dikhabarkan" akan bertukar nama kepada Tealive!
Namun.... ADA SESUATU YANG MENGEJUTKAN!
Nanie cuba selidik apa alasan munasabah yang menjadikan La Kaffa menarik balik kontrak francise Loob Holding, padahal dah jelas dengan penarikan lesen itu, La Kaffa akan kerugian besar dan potensi untuk disaman adalah sangat besar. Baki kontrak yang ditarik balik adalah 20 tahun dan memandangkan market jualan di Malaysia sangat besar - La Kaffa bakal kerugian puluhan juta mencecah ratusan juta ringgit!
La Kaffa telah membuat sidang media mendedahkan isu sebenar yang berlaku antara syarikat itu dan Loob Holding. Rupa-rupanya Loob Holding telah melanggar syarat perjanjian dengan menggunakan bahan yang tidak diiktiraf oleh La Kaffa. La Kaffa yang sangat mementingkan kualiti produk mereka melihat tindakan Loob Holding sebagai satu yang berisiko kepada pelanggan kerana tidak diketahui sumber asal bahan mentah yang digunakan serta status Halal bahan tersebut juga diragui.
Isu itu berlarutan agak panjang dan sangat panas sehinggakan pelanggan semakin keliru kerana ada ura-ura mengatakan Chatime akan ditukar nama kepada Tealive. So, adakah kedua brand ini adalah sama atau bukan. La Kaffa terus tetap dengan pendiriannya untuk menamatkan kontrak dengan Loob Holding dan seterusnya menjadikan top performer pemegang lesen franchise lain sebagai Master Franchise iaitu Will Group. Will Group ni adalah syarikat milik Bumiputera yang diterajui oleh Aliza Ali sebagai managing directornya. Manakala Loob Holding terus membuka brand baru yang dinamakan Tealive tanpa ada sebarang kaitan dengan Chatime.
Sehinggalah baru-baru ini, setelah setahun Will Group memberikan peluang untuk Loob Holding memperbetulkan keadaan atas ura-ura yang timbul mengenai penukaran nama sebelum ini, namun tuntutan itu tak diendahkan. Atas keadaan itu, Will Group telah mengeluarkan satu surat tuntutan kepada Loob Holding sebagaimana yang dilaporkan dalam artikel ini : http://bit.ly/2GboXWl
Ok tamat cerita belakang tabir tu kan... hebat tak Nanie buat penyiasatan? Hehehehhe
Ini cerita yang WAJIB KORANG TAHU!!!
CHATIME DIIKTIRAF HALAL oleh JAKIM
Sementara Nanie tunggu order adik Nanie siap, Nanie perhatikan sekeliling outlet Chatime. Tergantung besar SIJIL HALAL daripada JAKIM di dinding sebelah kaunter. Sebagai seorang Muslim, Nanie rasa yakin bila ada pengiktirafan sebegini. Maklumlah, nak dapat sijil Halal bukan senang-senang tau. Memang strict dan banyak prosedur yang perlu dilalui.
Nanie pernah dengar jugak, ada bubble yang didatangakan dari sumber tak halal. Nauzubillah. Janganlah macam tu kan. Sesetengah pihak yang nak mengaut keuntungan yang banyak memang boleh lakukan apa sahaja asalkan poketnya tebal. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab pelanggan dan pengguna bijak seperti kita untuk memastikan dan mengenal pasti sumber halal makanan dan minuman kita. Alhamdulillah Chatime selamat dan dijamin Halal oleh JAKIM. So, korang boleh lah minum Chatime banyak-banyak tanpa ragu-ragu.
MALAYSIA SEBAGAI HUB PROSES BAHAN MENTAH CHATIME
MALAYSIA SEBAGAI HUB PROSES BAHAN MENTAH CHATIME
Malahan, menurut Majalah Niaga... walaupun Chatime berdepan dengan cabaran persaingan yang sengit daripada 'orang dalam' sendiri, namun tindakan bijak Aliza Ali mengatur strategi untuk tetap meyakinkan La Kaffa dan menjadikan Malaysia sebagai hub operasi proses bahan mentah membuatkan ia satu tindakan bijak dan berani. Apa yang lebih menarik, tindakan tersebut turut mengubah segala transaksi mestilah dalam Ringgit Malaysia bukan lagi USD merupakan satu sinaran baru untuk Chatime mendapatkan win-win situation.


Oh, seperkara lagi... Chatime sekarang ni pun dalam planning meluaskan lagi pasaran dan kiosk mereka ke tempat-tempat yang strategik. Chatime sememangnya menjadi pilihan utama sejak dulu lagi untuk Nanie. Kalau keluar dengan kawan tu, kadang sanggup lepak berjam-jam kat Chatime. Dah nama pun Chat-Time kan. Mestilah sesuai untuk bersosial dan berborak!
MANA SATU LEBIH SEDAP?
Walaupun soalah ni macam subjektif. Tapi ini adalah hasil daripada survey rambang Nanie. Nanie saja-saja je tanya kawan-kawan dan keluarga Nanie, apa pandangan mereka tentang rasa Chatime dan Tealive?
Majoritinya masih mengekalkan Chatime sebagai pilihan No.1 mereka. Ada beberapa sebab kenapa mereka kekal dengan Chatime. Sebab Chatime adalah pelopor Bubble Tea di Malaysia dan resipi yang digunakan sangat sedap. Chatime juga dilihat bijak memainkan rasa tempatan yang sesuai dengan permintaan pelanggan di Malaysia.
Ada seorang lagi kawan Nanie beritahu, rasa Tealive kadang-kadang macam tak boleh diterima tekak. Ia tak berapa umhhpppphhhhhh! Seperti ada yang kurang berbanding Chatime. Jadi disebabkan itu, mereka tetap meletakkan Chatime kegemaran No.#1 mereka.
KREDIBILITI & JANGAN BERKOMPROMI
Secara kesimpulan, walau apa pun yang berlaku dibelakang tabir antara kedua-dua brand ini, Nanie sebagai pelanggan meletakkan benchmark Halal sebagai kayu ukuran. Sebagaimana yang Nanie beritahu, kita wajib mencari sumber makanan dan minuman yang Halal dan tidak diragui. Jadi dengan adanya kelulusan JAKIM sebagai mensahihkan sumber dan operasi yang telus membuatkan Nanie yakin dengan Chatime.
Selain itu, kredibiliti Chatime yang menjadi peneraju utama minuman Bubble Tea di Malaysia, Nanie percaya kualiti serta aspek hak pelanggan diutamakan dengan baik oleh Chatime. Dengan rasa yang sedap, serta mementingkan selera tempatan, Nanie rasa bangga bila syarikat anak Malaysia menjadi peneraju syarikat luar negara untuk membawa brand antarabangsa di sini.
Pada pandangan Nanie, Chatime perlu lebih banyak luaskan pasaran dan kawasan mereka supaya mudah didapati oleh pelanggan. Disamping sentiasa mengukuhkan jenama Chatime agar sentiasa terus diyakini dan perbanyakkan promosi yang membuatkan orang suka & happy membeli.
Ni Nanie berikan link rujukan kat mana korang peminat Chatime boleh dapatkan minuman Bubble Tea yang sedap lagi halal ni : https://chatimemalaysia.com/locations/
Dan paling penting...kena ingat dan sematkan dalam kepala kita semua....
Selain itu, kredibiliti Chatime yang menjadi peneraju utama minuman Bubble Tea di Malaysia, Nanie percaya kualiti serta aspek hak pelanggan diutamakan dengan baik oleh Chatime. Dengan rasa yang sedap, serta mementingkan selera tempatan, Nanie rasa bangga bila syarikat anak Malaysia menjadi peneraju syarikat luar negara untuk membawa brand antarabangsa di sini.
Pada pandangan Nanie, Chatime perlu lebih banyak luaskan pasaran dan kawasan mereka supaya mudah didapati oleh pelanggan. Disamping sentiasa mengukuhkan jenama Chatime agar sentiasa terus diyakini dan perbanyakkan promosi yang membuatkan orang suka & happy membeli.
Ni Nanie berikan link rujukan kat mana korang peminat Chatime boleh dapatkan minuman Bubble Tea yang sedap lagi halal ni : https://chatimemalaysia.com/locations/
Dan paling penting...kena ingat dan sematkan dalam kepala kita semua....
CHATIME BUKAN TEALIVE!
CHATIME TAK ADA KAITAN LANGSUNG DENGAN TEALIVE!
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh klik link di bawah :
Website
Facebook
Instagram
#IniBarulahChatime
Assalamualaikum semua
Lipstick? Hei, untuk perempuan... lipstick tu cam everything tau. Mana cukup dengan satu kaler. Setiap kali ada lipstick baru keluar, maunya tak geram tengok. Pandang je.. Aim lama-lama! Heheheeh. Nanie tahu memang ramai kat luar sana yang macam ni kan?
Disebabkan minat korang sama dengan Nanie, so alang-alang tu... meh la Nanie share dengan korang lipstick keluaran terbaru dari THE FACE SHOP. Yang ini memang lain dari yang lain. Nanie sendiri memang fall in love dengan design dan warna yang diberikan. Memperkenalkan...
THE FACE SHOP FLAT VELVET & GLOSSY LIPSTICK
Assalamualaikum semua
Di media sosial terutama di laman Twitter kecoh memperkatakan tentang seorang "instafamous" yang mendapat paid review dan kemudian viral dalam rancangan Motif Viral sebab kelakuannya yang kurang elok ketika ditemubual.
Secara jujur, ketika rancangan tersebut berlangsung memang Nanie tak tengok pun. Nanie dapat tahu pun selepas tgk potongan klip nya di Twitter. Well, selepas menonton Nanie ada beberapa perasaan yang susah nak describe. Tapi lebih kepada "Kau dah kenapa?"
Assalamualaikum semua
Memang kalau diikutkan Nanie tak layak lagi nak bercerita pasal misi turunkan berat badan ni. Sebab Nanie terlampau baru nak mencuba. Sebelum-sebelum ni, memang Nanie ada terfikir nak loose weight, but as usual - janji tinggal janji. Plan dalam kepala je, habuk pun takde! Tahun berganti tahun, Nanie masih lagi begitu. Termengah-mengah nak berjalan, sakit lutut nak naik tangga, bisa bila bangun pagi nak menapak turun dari katil. Umur belum 30 tapi sakit-sakit dah macam nenek tua umur tujuh lapan puluh. Kadang nenek pun sihat chill aje!
![]() |
Tahu hash brown tak sepatutnya termasuk! Tapi kan Nanie cakap, slow-slow. Kihkihkih. |
Kesedaran untuk menurunkan berat badan... ecehhh ayat macam skema je kan. Dari dulu lagi dah sedar. Tapi Nanie ni pemalas. Sayang sangat kat lelemak tu. Hahahahah. Ok lah, Kirin - kawan Nanie tu memang dah lama encourage Nanie untuk exercise. Cuma dalam kepala ni banyak sangat halangan yang Nanie fikir.
Antara alasan yang biasa Nanie bagi ;
1. Tak ada masa beb, balik kerja dah penat. Bila nak exercise!
2. Seganlah aku nak pergi gym semua. Nak pakai baju ketat-ketat tu.
3. Balik kampung on weekend kan, mak aku masak sedap-sedap. Aku tak kuat nak tolak!
4. Aku pernah diet, tapi tak ada hasil beb... so aku malas nak buat dah.
5. Aku tak tahu lah nak mula dari mana...
Dan list tu akan bertambah satu per satu sehingga 1001 alasan dan halangan. Well, korang sendiri boleh nampak cemana pattern Nanie bagi alasan kan. Semua tu, kalau boleh digabungkan jadi satu...
senang je... jawapannya adalah MALAS! Jadi kalau dah nama perangai malas... vitamin M banyak dalam badan. Kau bubuh apa pun tak jalan.
Tapi...
Entah kenapa. Ada satu malam tu, Nanie rasa diri Nanie macam dah teruk sangat. Macam dah too much kejam pada badan sendiri. Cakap pun mengah apatah lagi bila berjalan. Rasa badan ni tinggal tunggu masa je untuk punah ranah. Time tu, malam tu jugak Nanie sarung sport attire yang ada and terus buat exercise. Ingat balik cemana Kirin pernah bagi cadangan.
1. Kau tak payah pegi gym beb! Sebab kau segan kan dengan orang lain. Kau exercise je dalam rumah. Dalam bilik kau for 20 mins every single day. Jangan berhenti.
2. Kau bukak lagu kuat-kuat dalam playlist kau. Move your body! Tak kiralah macam mana tapi move! Kena gerak badan and keluarkan peluh.
So, itu antara cadangan Kirin. Nanie pun terus je tanamkan dalam diri "kalau aku tak start sekarang, bila aku nak start?"
Jadi, bersungguh-sungguhlah Nanie menggugurkan lemak dari badan yang dah dok lama sangat ni. Nanie tak nak paksa diri Nanie. Ikut kemampuan dari segi exercise. Sebab Nanie lemah sikit dari segi mental ni. Tapi apa yang Nanie boleh control adalah dari segi pemakanan. Nanie ubah pelan-pelan diet Nanie.
Nanie ada mintak suggestion di IG Story. Alhamdulillah memang ramai sangat yang support Nanie and bagi nasihat serta cadangan. Nanie tanya je apa-apa semuanya pasti ada yang membantu. Especially for those yang pernah mengalami transformasi yang Nanie tengah buat ni. Macam Abg Eizil, dulu dia big size gak. Tapi sekarang... badan dia maintain macam tak pernah big size pun. Hebat kan?
Untuk badan Nanie, ada beberapa rules yang Nanie tetapkan sekarang :
1. CUT SUGAR! - Yes! Nanie tahu ini cabaran terbesar Nanie sebab Nanie suka makan coklat. And Nanie baru je spend for RM 200 kirim coklat dari Langkawi & Jepun. Kau rasa...menangis Nanie tengok dalam peti ais timbunan coklat tu tau. But, it's ok. Untuk badan Nanie, Nanie cuba kuatkan semangat.
2. MOVE YOUR BODY! - Nanie tengah cuba konsisten dapatkan 15-20 min exercise di rumah. Gerkkan seluruh badan supaya lemak-lemak yang tepu and tengah syok tidur tu, bangun! Yang ini Nanie buat pace-by-pace. Nanie download apps Seven kat iphone and ikut sedikit sebanyak guide & tutorial exercise kat situ.
3. NO MORE NASI - Before ni, Nanie makan nasi sekali je sehari which is time lunch. So, basically tak ada hal sangat untuk nasi tu. Time lunch, Nanie cuma ambil sayur & protein. Itupun tak ketat sangat. Sebab makan kat kedai kan. Plan nak masak and bawak bekal. Nanie masih mencari lagi resipi mudah untuk diet.
4. SAYONARA JUNK FOOD - Untuk junk food Nanie memang lalai sikit. Yelah, sambil-sambil buat kerja kat opis, mulut pun laju je mengunyah itu ini. Tanpa sedar, twisties bedal, biskut pun dingap. Kerepek & keropok. Belum minum petang, boss belanja keropok lekor and kuih muih. Kena kuat kena fokus.
5. MINUM AIR MASAK SATU KOLAH! - Ewah, kemain lagi harapannya. Part ni Nanie tak risau sangat sebab memang salah satu habit Nanie adalah minum air masak. Air masak tu rasa manis sangat-sangat. Serious. How I love drinking! Buuuuuuuuuuuuut.... ada masa Nanie alpa dan lupa nak minum air masak. Kadang kat ofis, minum sikit je. Sampai bibir rasa kering semua. Mana boleh cam tu kan. So, Nanie memang target at least 2-3 liter per day.
Jadi setakat itu dulu yang boleh Nanie share. Nanie tahu, bukan senang untuk kita ubah semua benda. Tapi tak mustahil. Sebab kat luar sana, ramai orang yang ada keinginan yang sama macam Nanie ni dan berjaya. Insya Allah. Asalkan niat kita betul - untuk kesihatan diri kita.
Nanie mohon doa dari kawan-kawan untuk progress dan misi Nanie. Dari semasa ke semasa, Nanie akan berkongsi lagi. Bukan niat nak apa sangat pun, sekadar nak jadikan pembakar semangat esok lusa andai lah semangat Nanie ni hilang ke lautan luas! Kihkihkih.
Ehem, ingat lagi tak cerita viral Nanie dulu? Nanie tak nak lagi lah orang pandang macam ni. Cukuplah "dihina" depan orang ramai kan... Tak nak lagi berlaku cam ni lagi. Now Nanie fokus untuk improve cardio & breathing. Doakan lah Nanie tak putus napassss!