Bagaimana Social Media Influencer Boleh Mempengaruhi Jatuh Bangun Brand & Produk Anda!

3:13:00 PM

Assalamualaikum semua

Di media sosial terutama di laman Twitter kecoh memperkatakan tentang seorang "instafamous" yang mendapat paid review dan kemudian viral dalam rancangan Motif Viral sebab kelakuannya yang kurang elok  ketika ditemubual. 

Secara jujur, ketika rancangan tersebut berlangsung memang Nanie tak tengok pun. Nanie dapat tahu pun selepas tgk potongan klip nya di Twitter. Well, selepas menonton Nanie ada beberapa perasaan yang susah nak describe. Tapi lebih kepada "Kau dah kenapa?"



Namun bukan itu yang Nanie nak highlightkan. Nanie terpanggil untuk menulis entry ni sebab Nanie ingin dapatkan attention pembaca Nanie mengenai hal "paid review". Nanie rasa currently, ramai orang yang dah mislead atau tersalah faham mengenai konsep paid review tersebut. 

Baiklah, Nanie sekadar meluahkan sedikit pandangan peribadi Nanie melihat golongan insta-famous hari ini membuat review mengenai produk mahupun business yang ada di luar sana. Nanie perasan mereka tersalah letak dan tafsir mengenai review produk. Nanie sebagai blogger, merasakan ada perkara yang perlu ditegur untuk kebaikan semua pihak.


SATU FENOMENA PEMASARAN ONLINE! 

Fenomena review produk ni dah berlaku lama sebenarnya. Bukan baru hari ni. Sejak Nanie menjadi blogger di tahun 2010, aktiviti review dah bermula. Malahan mungkin dari sebelum-sebelum tu lagi. Pada awalnya, tak banyak brand yang nak menggunakan perkhidmatan review. Especially melalui blogger. Kerana ketika tu, masyarakat kita masih belum melihat jual beli & pemasaran online sebagai satu platform terbesar perniagaan.



Namun saban tahun, perkhidmatan ini pesat berkembang. Dari hanya sekadar review melalui blog, menular sehingga ke You Tube melalui vlogger, Instagram melalui golongan instafamous dan segala macam platform social media lain seperti Twitter dan Facebook. Perkembangan pesat online shop ditambah pula dengan peralihan haluan pemasaran dari offline kepada online dan gabungan online-offline membawa limpahan rezeki buat kami para blogger dan mereka yang memberikan khidmat servis review ini. 

Brand-brand besar juga tidak ketinggalan mengintai peluang dan menyambar ramai mereka yang berbakat untuk membuat review hinggakan muncul gelaran "Social Media Influencer" yang sehingga kini masih diguna pakai termanya. Evolusi ini tidak berhenti setakat di situ, dalam bidang pemasaran, golongan ini dipanggil sebagai Key Opinion Leader (KOL). Besar tanggungjawabnya! Bukan sekadar pamer produk dan muka sahaja. Bukan lagi bercakap kosong, "produk ni bagus, produk ni hebat!" Lebih dari itu.


Alhamdulillah Nanie pernah diberikan tanggungjawab (malahan sehingga hari ini) sebagai KOL untuk brand THE FACE SHOP. Satu brand kecantikan yang besar dari Korea. Secara jujur, Nanie terkejut bagaimana Nanie boleh terpilih sebagai KOL bagi jenama tersebut kerana Nanie hanyalah blogger kecil-kecilan.

Nanie melihat tanggungjawab KOL adalah lebih kepada medium dan sumber untuk menyampaikan product knowledge, informasi, membuat engagement, menaikkan kredibiliti produk dan brand serta memberikan awareness yang besar buat brand tersebut.


IA BERUBAH DRASTIK! 

Tapi situasinya berbeza dengan apa yang sesetengah influencer lakukan. Brand awareness yang sepatutnya perlu diletakkan sebagai satu standard kualiti yang tinggi tidak menjadi keutamaan mereka. Brand sebenarnya mencerminkan siapa target market produk, bagaimana placement produk di pasaran dan sedikit sebanyak menunjukkan kualiti juga.


Apa yang mereka lakukan adalah sedikit tidak adil kepada brand tersebut. Mereka buat video lebih kepada nak famouskan diri sendiri supaya banyak job yang masuk. Bukan untuk highlightkan brand yang mereka engage. Dari situ bermulalah idea buat benda/video pelik-pelik to get the attention sehinggakan kualiti & brand produk jauh ditinggalkan ke belakang. 

Sebagai contoh, produk makanan yang dimakan dengan gelojoh sehingga menjadikan penonton 'jijik' melihat video tersebut adalah A-BIG-NO untuk mana-mana produk makanan. Walaupun mungkin secara halusnya ia menunjukkan betapa lazat dan sedap makanan tu sehingga makan dengan gelojoh, tetapi ia adalah satu perilaku yang bertentangan dengan kesopanan kita. Thats why, video makan secara gelojoh sangat-sangat dikecam para netizen! 

Cuba lihat bagaimana McD mempamerkan kelazatan produk mereka? Ada mereka "menghina" makanan itu? Tak adakan? No and never! Sebab mereka ingin pelanggan rasa bangga dengan produk mereka. Rasa kepuasan dapat memiliki produk mereka. Itulah emosi yang sepatutnya disuntik oleh influencer kepada pelanggan. 


ISU REVIEW BUKAN MUDAH

Berbalik pada isu review. Kajian menunjukkan faktor terbesar yang mempengaruhi kita semua dalam membuat keputusan pembelian adalah kerana "recommend" daripada orang yang kita percayai. Kita semua kena fahamkan apa maksud review. Suka atau tidak, kita perlu menulis secara adil dan secara jujur agar mesej yang ingin disampaikan dapat diterima baik oleh pembaca dan pengikut kita. 




Terus terang Nanie katakan, bukan mudah nak review produk. Review sesuatu produk atau brand perlu dilakukan dengan sangat teliti dan bijak. Sebab apa? Sebabnya adalah kerana kita menjaga KREDIBILITI & KEPENTINGAN semua pihak. Kita menjaga kualiti nama brand tersebut serta kredibiliti produk, kita juga kena jaga kepentingan dan kepercayaan sosial  (followers) kita dan yang terakhir adalah kita juga perlu menjaga kebolehpercayaan serta nama baik kita sendiri sebagai 'influencer'.

Apabila Nanie melihat trend terkini yang mana influencer/instafamous mahupun selebriti sendiri melakukan perkara-perkara pelik ketika review produk mahupun ketikan kempen pemasaran dijalankan, ia membuatkan Nanie merasa sedih. Ia menampakkan satu sisi 'desperate' dalam pemasaran sehingga memaksa diri melakukan sesuatu yang di luar norma biasa.



Walau apa pun, Nanie harap trend bodoh sebegini cepat berlalu pergi. Jangan biasakan buat-buat benda bodoh ni semata-mata sebab duit. Ada banyak lagi cara lain untuk kita pasarkan produk dan create awareness. Gunakan cara yang bijak dan janganlah bodohkan diri. Buat brand-brand yang berada di luar sana, elakkan guna "cheap marketing". Elakkan juga gosip dan kontroversi dalam pemasaran. Kerana ia lebih mengundang bahaya dan risiko.

Letakkan matlamat yang jelas dalam membuat sesuatu pemasaran dan review. Fahamkan konsep dan target market serta letakkan kepercayaan dan sensitivi prospek pelanggan sebagai prioriti utama. Walaupun ia mungkin kelihatan biasa-biasa, tapi lebih elok dipandang & tak menyakitkan mata!

Buat brand-brand di luar sana, pilihlah influencer yang terbaik untuk 'mewakili' brand anda. Jangan hanya bergantung kepada jumlah follower semata-mata. Apa yang perlu di titik beratkan adalah kredibiliti medium itu untuk menyampaikan mesej anda kepada pelanggan dengan tepat dan mengena! Ingat, pelanggan dan sosial di luar sana bukannya tak bukak mata. Mereka semakin bijak menilai setiap apa yang dipaparkan and seperti kita, always ada gut feeling - orang ni fake atau genuine!



  • Share:

You Might Also Like

37 Inspirasi Dari Pembaca

  1. wahhhh... serius terpegun baca isi kak nannie. sy blogger picisan kdg byk lg nk blajar bile tgk kwn² lain maju ke depan.. Hehhe istafamous review produk based on muka derang hg cun melecun. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you adik! :) akak menulis apa yang pernah akak lalui. Ye lah, bila kita bekerja dgn brand-brand besar, banyak yang kita belajar tentang cara pemasaran mereka. Bukan senang nak review produk. Kena tahu hala tuju dan target mereka.

      Delete
  2. betul, agreed! social influencers should equip themselves with knowledge, not by buying people attention doing stupid actions. Let's say... what's the different between viral cheap marketing and porn actors? Same class, same values, Entertaining but zero knowledge. memorable but in disgusted way.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marahhh nawwww Nora Danish kita ni! hehehehe betul tu Wiida. As influencer, they need to know product knowledge and marketing side. Bukan asyik tayang muka di IG untuk view & engagement sahaja. Cuba kita jadi orang yg memberi manfaat.

      Delete
  3. Betul tu fatin..kadang2 rasa meluat tengok terutama yang "berpura-pura"..bila perkara utama yang diketengahkan bukanlah produk, orang dah x tengok review, tp tengok perangai x semenggah dalam video..tu orang kecam penyampai, bukan komen kisah produk...😅😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. bila masyarakat terlalu banyak dipertontonkan dengan kebodohan, apa yang akan jadi pada generasi akan datang adalah kebodohan jugak lah. banyak cara lain nak naikkan marketing & brand bukan cara murah acam ni

      Delete
  4. setuju sangat tu Nanie..Kalau setakat viewes beribu riban,tapi apa yang nak disampaikan tu tak sampai kepada viewers,macam rugi je produk tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kualiti perlu di ambil kira. Sebagai contoh brand international sgt jauhkan dari gosip dan bad marketing. reputation tu kena di jaga supaya orang tak pandang mudah produk mereka.

      Delete
  5. Setuju jugak dengan pendapat Nanie, social influencers kena ada ilmu bukan hanya bersandarkan pada rupa dan kelencaran berkata- kata dalam video semata kan..apa yang di perkatakan perlu kena dengan info sesuatu product..bukan maina hentam je

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes kak! kita semua kena tahu hala tuju produk dan brand. janganlah sebab nak view dan engagement tinggi, kita rasa suka buat benda bukan2

      Delete
  6. Sekarang memang tengok ramai yang buat benda pelik pelik sebab nak famous and nak duit. Sebelum tersalah langkah fikir masak masak..perlu ke buat macam tu. Betul sekarang PR banyak yang nak number je. buat apa menipu diri sendiri. Follower ribu raban tapi yang like photo puluhan atau ratusan je. Pelik kan? Bagi saya ada yg email nak collaborate pun I selective je. Sbb nye saya tahu say boleh ke ta boleh. Bukan main hadap je then later delivery ke laut. Dah org marah nanti.Blog to me just past time and hobby not to feed me or be famous amos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly right. tak guna rasanya buat benda bodoh semata nak like. kena faham konsep pengiklanan dan marketing.

      Delete
  7. Well said nani...
    Serius muak betul tengok instafamous2 ni konon2 nya review produk..like seriously weiiii mcm ni reviewnya...
    Macam apa ntah...bukan nak jealous tpi tu la..harap2 trend cheap marketing mcm.ni cepat la berlalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahah tu lah yang teruk. bila kita muak, kita tak fokus pada brand atau produk yang diketengahkan. kita tengok pada kebodohan dia je.

      Delete
  8. Akk pun x paham kenapa nak but perkara pelik dan bodoh semata nak tarik perhatian. Mcm org kurang kasih sayang dah rupanya huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang kasih sayang dan perhatian kak. sebab tu dorang kena cari perhatian kat luar daripada orang luar. lepas tu bila orang kecam kau bising...

      Delete
  9. Penulisan yang menarik untuk isu ini. Kekadang tengok kat IG merepek repek review brg tapi IG dia ha kauuu famous amos. Kena tengok syarikat mana tu agaknya yang suruh review. Kena ikut kehendak client.

    ReplyDelete
  10. Isu serious tetapi benar Dan kenyataan. Orang ramai sekarang sudah bijak memilih Dan mencari maklumat sesuatu produk

    ReplyDelete
  11. Betul tu, jangan tak percaya power of social media dan influencers!~

    memang best dapat bekerjasama dengan brand brand...

    ReplyDelete
  12. Aida tgk episod viral tu. Sgt nyampah tgk girl instafamous tu. OMG! What is wrong with her?! Annoying!
    Setuju dgn Nani.
    Tak perlu jadi bodoh & hodoh utk famous. Yes akan famous but sgt negatif la. Bawang diri & produk tu cara sihat dan yes paling penting, hormati!

    ReplyDelete
  13. Ramai sgt dh sekarang ni insta famous. Semuda sek men bawah lagi. Tak dinafikan video mereka kebanyakan menarik tp kadang quite annoying (especially bila bab promote makan) but vid tu yg banyak ditonton dan jadi viral. What to say?

    ReplyDelete
  14. sangat setuju. bukan sekadar femes dan banyak likes sahaja. reputasi produk kena jaga.

    ReplyDelete
  15. Pernah terkena juga sebenarnya. Dah bayar amount sekian. Tiba2 ig tu dah tak wujud..katanya dah jual ig. Pastu nak buat review di ig baru tapi senyap terusss..untung mereka.. lebih baik review di blog.. entry/promosi kekal

    ReplyDelete
  16. Hebat nya nanie jd KOL tu. Memang zaman sekarang kuasa viral sgt berkuasa. Tp bukan viralkan benda tak senonoh mcm duk tgk dkt motif viral tu..

    ReplyDelete
  17. setuju sangat dengan semua point yang sis nyatakan. btw ramai sangat client sekarang hanya tengok pada follower. tapi mereka tidak sedar ramai diantaranya adalah memiliki follower fake.

    ReplyDelete
  18. Bagusnya tulisan Nanie. Btw, lama tak nampak Nanie ke udara. Hehe. Kita yg lagi setahun jagung ni baru realize dan masih belajar benda ni semua. Takut nak kecam org lain sebab takut diri sendiri pun tak deliver. But sokong facts yg suka sgt buat benda bodoh tu. Memang meluat dan tak pernah i nak view pun. Hurmm. Merapik2 je menjatuhkan maruah. Tiberrr.

    ReplyDelete
  19. Betul. Client kena baca ni. Baru dia faham pentingnya social media dan blogger untuk sesuatu brand

    ReplyDelete
  20. setujuuu. tak ramai yang faham dan terdedah dengan pengetahuan seperti ini. thank you for sharing ya.

    ReplyDelete
  21. Perkongsian yang padat. Setuju dengan apa yang share ni. Mungkin ada brand yang memandang followers yang banyak dari kualiti sampai tak kisah cara penyampaian produk tu macam mana... Hurmmm..

    ReplyDelete
  22. wah perkongsiaan yang hebat dari Nannieee ! sekarang ni I terasa seperti dalam dunia yang kecil sahaja, blogger picisan je tapi bagi I setiap produk yang direview tu memang satu bukan kerja yang mudah lebih lebih lagi nak menarik pembaca baca maklumat mengenai sesuatu jenama .. kadang-kadang bukan saja review tapi ada setengah pr anggap kita ni dah umpama promoter yang perlu work hard untuk promote sesuatu produk...

    ReplyDelete
  23. Agree with your statement. Take an effort to do research on the products that we want to review. Use your own word and been truthful with your review. Looking forward to read more tips from you.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum ...sy suka stalk blog saudari sbb senang faham dan cute je review dia...bole katakan sy tak suka cara sesetengah "org"...review utk dpt follower and then yg backup diorg pulak...anyway sy lebih suka cara review yg clean dan cute at end of review kita rasa "faham"...thank you

    ReplyDelete
  25. Betul nanie,naik geli lah review makanan macam tu.Bukan yang semakin ramai pembeli.. silap hari,semakin hilang bakal pembeli

    ReplyDelete
  26. setuju sangat...bukan senang nak menulis dan review sesuatu produk kan..suka baca blog nanie... banyak lagi yang saya perlu belajar utk menulis blog... Thank for sharing

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.