Boost Kelembapan Kulit Sehingga 400% Dengan Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel

2:21:00 PM

Assalamualaikum semua 

Salah satu langkah terpenting dalam skincare routine kita untuk penjagaan kulit wajah adalah dengan pemakaian mask muka. Walaupun ia nampak biasa-biasa tapi hakikatnya jika kita amalkan penggunaan mask  2-3 kali seminggu, hasilnya boleh membuatkan kita sangat berpuas hati. 

Kali ini, Nanie nak share dengan korang semua mengenai satu face mask yang Nanie rasa best sangat guna. And yes, it really works on me! Walaupun perubahannya sedikit demi sedikit, tapi progress perubahan memang best. 




Untuk mereka yang kurang jelas, mask muka mampu membantu kulit kita untuk kekal lembap, glowing di samping memberi kesegaran yang berpanjangan. Malahan ada juga sesetengah mask muka mampu mempercepat pertumbuhan sel kulit yang baru dan membuang sel-sel kulit mati yang kadang-kadang tertinggal dan tidak dibersihkan dengan betul. 

So, ini dia facial mask yang Nanie gunakan seminggu sekali iaitu Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel. Mentang-mentang kita ni menginjak ke angka tiga series, kemain guna mask pun age reform ye. Heheheh. Biasalah, simptom-simptom wanita kan. Anti-aging tu sangat perlu di kala usia begini. 

LATAR BELAKANG DR. HOWARD MURAD 

Sebelum Nanie cerita lebih panjang mengenai face mask ini, mari Nanie perkenalkan serba sedikit mengenai latar belakang Murad ni. Murad merupakan satu jenama penjagaan skincare yang telah terkenal lama dan dipercayai. 



"Howard Murad M.D. is a board certified dermatologist, trained pharmacist and Associate Clinical Professor of Medicine at the Geffen School of Medicine, UCLA. He has personally treated over 50,000 patients, which has helped him to shape the solution-driven skincare formulas sold by Murad today.
Dr. Murad founded Murad Inc. in 1989 with a mission to share his ground-breaking skincare formulas and a desire to help people look and feel younger and healthier. He encourages people to achieve whole-body wellness, effortless weight management and freedom from stress, which he believes are the keys to living and ageing well.
The fact that his products were among the first to achieve significant measurable anti-ageing results without surgery and that he was an originator of the use of dietary supplements to promote skin health, has led to Dr. Murad being dubbed "The Father of Internal Skincare". His pioneering efforts include being the first to use Alpha Hydroxy Acids (AHAs) in topical skincare products."

Power betul kan Dr.Howard Murad ni. Even, brand Murad sendiri dah diasaskan sama tahun dengan tahun kelahiran Nanie. Maksudnya product Murad dah hampir 30 tahun di pasaran. Lama tu! Tambah pulak ia adalah formulasi daripada seorang doktor pakar yang dah merawat lebih 50,000 pesakit. Jadi dah tentu-tentulah macam-macam masalah yang beliau hadapi. Bertitik tolak daripada situ lah, Nanie merasakan Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel ini merupakan satu pelaburan kecantikan yang berbaloi di saat usia Nanie sebegini. 


Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel ini bukan seperti mask muka biasa. Menurut Dr.Murad, ia mampu 'boost hydration' sehingga 400% daripada biasa. Malahan ia juga mampu memberikan : 

  • Kelembapan yang berpanjangan dan segera kepada kulit kering 
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah 
  • Membuang sel kulit mati dan kotoran serta menganjalkan tekstur kulit 

Memang sesuai sangatlah dengan keadaan kulit Nanie yang mana menginjak ke 30 tahun, selalu terdedah di bawah air-cond dan matahari yang menyebabkan kulit kering dan boleh jadikan kulit glowing selepas buang sel kulit mati dan kotoran akibat pemakaian makeup dan cucian yang kurang bersih. 


Terdapat 2 step mudah yang perlu dilalui sebelum kita gunakan mask muka yang disediakan. Kedua-dua langkah ini adalah bagi memberikan kesan yang optimum terhadap kulit wajah selepas menggunakan Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel. 




Langkah 1 : Pek mask ni terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian 1 mengandungi cotton swab - retexturing swab yang perlu disapukan ke seluruh wajah bagi membuang kotoran yang ada terutama di bahagian yang susah nak dicapai seperti tepi hidung, bawah mata dan tepi bibir.

Lagkah 2 : Dalam bahagian kedua barulah ada Moisture Infusion Mask yang lembap dan sangat selesa digunakan. Lekapkan je pada kulit muka selama 15-20 minit. Sambil-sambil mask kat muka tu, korang boleh lah baca magazine ke, like Instagram Nanie ke, tak pun membawang sikit kat page Siakap Keli. Kihkihkih






INGREDIENTS DALAM Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel

Nanie yakin sangat, korang semua mesti tertanya-tanya, apa agaknya bahan dalam Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel sehingga mampu memberikan kelembapan 400%? Sebagaimana Nanie beritahu, formulasi yang ditemui oleh pakar Dr Murad ini sememangnya diekstrak dari bahan yang berkualiti tinggi.

1. Lactic & Glycolic Acids : Lactic Acids adalah AHA (Alpha Hydroxy Acids) yang diekstrak daripada makanan. Sebagai contoh, Sitric Acids yang diambil dari buah-buahan sitrus seperti limau dan lemon merupakan AHA. Manakala Glycolic Acids merupakan asid yang dikumpul daripada tebu.


AHA & Glycolic Acid ini sangat bagus dalam mengurangkan kesan penuaan seperti garisan halus dan kedutan pada kulit. Menurut kajian, ia mampu melawan tanda penuaan awal yang disebabkan oleh cahaya matahari seperti jeragat dan pigmentasi yang jika dibiarkan akan membawa mudarat yang lebih banyak.



2. Hyaluronic Acids : Sangat terkenal sebagai "pengikat kelembapan", Hyaluronic Acids (HA) berfungsi untuk memegang kelembapan kulit agar kulit tidak mudah kering dan menggelupas. Dengan HA inilah, kulit lebih kelihatan fresh dan tegang kerana ia turut memperbaiki struktur kulit yang kendur dan menjadikan kulit anjal serta firm! 




PENGALAMAN SENDIRI 

Berdasarkan pengalaman Nanie sendiri, Nanie suka dengan Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel ni. Ia memang memberikan kelembapan yang pantas selepas Nanie gunakannya. Even, skin rasa lebih firm, rasa glowing dan paling best rasa sejuk and fresh sangat-sangat.



Sekotak mask ini ada 4 keping di dalamnya. So Nani gunakan seminggu sekali. Dari segi harga pada Nanie, agak pricey jugak untuk 4 keping mask ni kan. Harga di website adalah RM 238.00 sekotak. Tetapi, bagi mereka yang inginkan kelembapan berpanjangan dan juga formulasi dari pakai kulit hebat dunia iaitu Dr.Murad, boleh lah spent sikit untuk kecantikan diri kan.



So far Nanie berpuas hati dengan efek yang diberikan. Nampak lembap kan kulit muka. Kadang tu, Nanie saje time tengah pakai mask, Nanie letakkan ais atas dia. Fuh. Lagi sejuk and lagi best sebab boleh kecilkan pori sekali.




Jadi, untuk mereka yang nak try Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel boleh klik & follow link-link di bawah untuk sebarang maklumat lanjut : 

Harga :
RM 238 sekotak
(4 pcs)


Website : 

Instagram : 


Facebook : 

Murad Outlet :
Lot LG316C, Lower Ground, 1 Utama Shopping Centre,
 Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama
Petaling Jaya, Malaysia

  • Share:

You Might Also Like

1 Inspirasi Dari Pembaca

  1. menarik juga ya mask dari murad ni..zaza pun kdg kulit kering..kadang minyak terlebih..nanti la zaza try usha boleh jgk beli nanti..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.