KES PANAS : Baru Tahu Chatime Tak Ada Kena Mengena Langsung Dengan Tealive!

1:46:00 AM

Assalamualaikum semua 

Tadi lepas dari balik kerja, Nanie singgah ke Mid Valley. Dah puas bertawaf satu Mid, adik Nanie nak beli Chatime. Time tu, ramai jugak yang beratur depan kaunter mereka. Than tiba-tiba adik Nanie bagitau... "Eh, Chatime ni sama dengan Tealive kan! Tapi kawan adik cakap Tealive tak sedap. Chatime lagi sedap!". Nanie yang time tu tengah perhatikan kakak kaunter tu, sekadar dengar je. Terus terlintas dalam kepala... "Ha'ah ek... dulu kan Chatime gaduh dengan Tealive. Apa isunya ye? Sapa menang, sapa kalah? Sapa yang betul, sapa yang salah. Kenapa isu tu macam senyap je?" 


Apa lagi, Nanie kan suka menyiasat. Apatah lagi isu sebegini. Ye lah benda-benda melibatkan makanan ni jangan dibuat main. Halal haramnya... semua kena tahu. Jangan main tibai semacam je. Maka bermula lah siri penyiasatan Nanie. 

Melalui pembacaan Nanie, terkejut betul Nanie bilamana Nanie dapati ada beberapa isu yang dipolemikkan hingga cerita Chatime VS Tealive ini menjadi panas. Nanie nak highlightkan isu-isu menarik dalam kes ini dan kalau boleh semua pembaca Blog Coklateyes sama-sama ambil berat, ambil tahu dan peduli isu ini. Ia lebih kepada isu pengguna & strategi pemasaran licik. Well, biasalah... orang sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat mengaut keuntungan. Dalam hal ini, soal bijaknya pengguna perlu dititik beratkan. 

Baiklah, Nanie akan explain satu per satu isu penting. Nanie jadikan isu "Perang Besar" ini sebagai satu case study untuk marketing. 

FAKTA @ MITOS 
"Betul ke Chatime bertukar nama kepada Tealive?" 



Jawapannya : TIDAK BENAR!!!! Yes... Nanie masa dapat tahu cerita ni pun melopong besar! Pum-pang-pum-pang kata Chatime dah tak ada lagi di Malaysia dan diganti Tealive. Tapi tu haaa berlambak kiosk Chatime. Bersepah-sepah. Kalau diganti atau rebranding, mesti ada satu jenama je. So? Apaaaa citaaaaa??? 

KISAH DALAM KAIN

Begini ceritanya. Chatime adalah diteraju oleh sebuah syarikat dari Taiwan iaitu La Kaffa. Pada awal Januari 2017, La Kaffa telah menamatkan kontraknya dengan Loob Holding iaitu Master Francise (pemegang lesen francise Chatime terbesar) di Malaysia. La Kaffa bertindak berani memecat Loob Holding atas alasan Loob Holding telah melanggar syarat kontrak yang boleh menjatuhkan reputasi Chatime. 



Loob Holding yang diterajui oleh Bryan Loo dikatakan sebagai memanipulasi emosi pelanggan mereka. Memang time tu sendiri, Nanie ingat ramai yang marah bila La Kaffa tarik semula lesen francise mereka. Para pelanggan dan peminat Chatime ketika itu berpusu-pusu memberikan sokongan buat Chatime yang "dikhabarkan" akan bertukar nama kepada Tealive!

Namun.... ADA SESUATU YANG MENGEJUTKAN! 



Nanie cuba selidik apa alasan munasabah yang menjadikan La Kaffa menarik balik kontrak francise Loob Holding, padahal dah jelas dengan penarikan lesen itu, La Kaffa akan kerugian besar dan potensi untuk disaman adalah sangat besar. Baki kontrak yang ditarik balik adalah 20 tahun dan memandangkan market jualan di Malaysia sangat besar - La Kaffa bakal kerugian puluhan juta mencecah ratusan juta ringgit! 

La Kaffa telah membuat sidang media mendedahkan isu sebenar yang berlaku antara syarikat itu dan Loob Holding. Rupa-rupanya Loob Holding telah melanggar syarat perjanjian dengan menggunakan bahan yang tidak diiktiraf oleh La Kaffa. La Kaffa yang sangat mementingkan kualiti produk mereka melihat tindakan Loob Holding sebagai satu yang berisiko kepada pelanggan kerana tidak diketahui sumber asal bahan mentah yang digunakan serta status Halal bahan tersebut juga diragui. 



Isu itu berlarutan agak panjang dan sangat panas sehinggakan pelanggan semakin keliru kerana ada ura-ura mengatakan Chatime akan ditukar nama kepada Tealive. So, adakah kedua brand ini adalah sama atau bukan. La Kaffa terus tetap dengan pendiriannya untuk menamatkan kontrak dengan Loob Holding dan seterusnya menjadikan top performer pemegang lesen franchise lain sebagai Master Franchise iaitu Will Group. Will Group ni adalah syarikat milik Bumiputera yang diterajui oleh Aliza Ali sebagai managing directornya. Manakala Loob Holding terus membuka brand baru yang dinamakan Tealive tanpa ada sebarang kaitan dengan Chatime.


Sehinggalah baru-baru ini, setelah setahun Will Group memberikan peluang untuk Loob Holding memperbetulkan keadaan atas ura-ura yang timbul mengenai penukaran nama sebelum ini, namun tuntutan itu tak diendahkan. Atas keadaan itu, Will Group telah mengeluarkan satu surat tuntutan kepada Loob Holding sebagaimana yang dilaporkan dalam artikel ini : http://bit.ly/2GboXWl

Ok tamat cerita belakang tabir tu kan... hebat tak Nanie buat penyiasatan? Hehehehhe

Ini cerita yang WAJIB KORANG TAHU!!!

CHATIME DIIKTIRAF HALAL oleh JAKIM

Sementara Nanie tunggu order adik Nanie siap, Nanie perhatikan sekeliling outlet Chatime. Tergantung besar SIJIL HALAL daripada JAKIM di dinding sebelah kaunter. Sebagai seorang Muslim, Nanie rasa yakin bila ada pengiktirafan sebegini. Maklumlah, nak dapat sijil Halal bukan senang-senang tau. Memang strict dan banyak prosedur yang perlu dilalui.


Nanie pernah dengar jugak, ada bubble yang didatangakan dari sumber tak halal. Nauzubillah. Janganlah macam tu kan. Sesetengah pihak yang nak mengaut keuntungan yang banyak memang boleh lakukan apa sahaja asalkan poketnya tebal. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab pelanggan dan pengguna bijak seperti kita untuk memastikan dan mengenal pasti sumber halal makanan dan minuman kita. Alhamdulillah Chatime selamat dan dijamin Halal oleh JAKIM. So, korang boleh lah minum Chatime banyak-banyak tanpa ragu-ragu.

MALAYSIA SEBAGAI HUB PROSES BAHAN MENTAH CHATIME

Malahan, menurut Majalah Niaga... walaupun Chatime berdepan dengan cabaran persaingan yang sengit daripada 'orang dalam' sendiri, namun tindakan bijak Aliza Ali mengatur strategi untuk tetap meyakinkan La Kaffa dan menjadikan Malaysia sebagai hub operasi proses bahan mentah membuatkan ia satu tindakan bijak dan berani. Apa yang lebih menarik, tindakan tersebut turut mengubah segala transaksi mestilah dalam Ringgit Malaysia bukan lagi USD merupakan satu sinaran baru untuk Chatime mendapatkan win-win situation.



Oh, seperkara lagi... Chatime sekarang ni pun dalam planning meluaskan lagi pasaran dan kiosk mereka ke tempat-tempat yang strategik. Chatime sememangnya menjadi pilihan utama sejak dulu lagi untuk Nanie. Kalau keluar dengan kawan tu, kadang sanggup lepak berjam-jam kat Chatime. Dah nama pun Chat-Time kan. Mestilah sesuai untuk bersosial dan berborak!

MANA SATU LEBIH SEDAP? 

Walaupun soalah ni macam subjektif. Tapi ini adalah hasil daripada survey rambang Nanie. Nanie saja-saja je tanya kawan-kawan dan keluarga Nanie, apa pandangan mereka tentang rasa Chatime dan Tealive?



Majoritinya masih mengekalkan Chatime sebagai pilihan No.1 mereka. Ada beberapa sebab kenapa mereka kekal dengan Chatime. Sebab Chatime adalah pelopor Bubble Tea di Malaysia dan resipi yang digunakan sangat sedap. Chatime juga dilihat bijak memainkan rasa tempatan yang sesuai dengan permintaan pelanggan di Malaysia. 

Ada seorang lagi kawan Nanie beritahu, rasa Tealive kadang-kadang macam tak boleh diterima tekak. Ia tak berapa umhhpppphhhhhh! Seperti ada yang kurang berbanding Chatime. Jadi disebabkan itu, mereka tetap meletakkan Chatime kegemaran No.#1 mereka.



KREDIBILITI & JANGAN BERKOMPROMI

Secara kesimpulan, walau apa pun yang berlaku dibelakang tabir antara kedua-dua brand ini, Nanie sebagai pelanggan meletakkan benchmark Halal sebagai kayu ukuran. Sebagaimana yang Nanie beritahu, kita wajib mencari sumber makanan dan minuman yang Halal dan tidak diragui. Jadi dengan adanya kelulusan JAKIM sebagai mensahihkan sumber dan operasi yang telus membuatkan Nanie yakin dengan Chatime.

Selain itu, kredibiliti Chatime yang menjadi peneraju utama minuman Bubble Tea di Malaysia, Nanie percaya kualiti serta aspek hak pelanggan diutamakan dengan baik oleh Chatime. Dengan rasa yang sedap, serta mementingkan selera tempatan, Nanie rasa bangga bila syarikat anak Malaysia menjadi peneraju syarikat luar negara untuk membawa brand antarabangsa di sini.

Pada pandangan Nanie, Chatime perlu lebih banyak luaskan pasaran dan kawasan mereka supaya mudah didapati oleh pelanggan. Disamping sentiasa mengukuhkan jenama Chatime agar sentiasa terus diyakini dan perbanyakkan promosi yang membuatkan orang suka & happy membeli.

Ni Nanie berikan link rujukan kat mana korang peminat Chatime boleh dapatkan minuman Bubble Tea yang sedap lagi halal ni : https://chatimemalaysia.com/locations/





Dan paling penting...kena ingat dan sematkan dalam kepala kita semua.... 

CHATIME BUKAN TEALIVE! 

CHATIME TAK ADA KAITAN LANGSUNG DENGAN TEALIVE! 



Untuk sebarang maklumat lanjut boleh klik link di bawah :

Website 

Facebook 

Instagram 


#IniBarulahChatime 



  • Share:

You Might Also Like

27 Inspirasi Dari Pembaca

  1. Thanks atas perkingsian nanie. Memang akak ingat chatime dah tukar nama kepada tealive. Memang ramai yang keliru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama kak! tu lah ramai sangat yang keliru pasal hal ni. Sebenarnya Tea Live lebih kepada menumpang populariti Chatime & curi pelanggan Chatime sy tgk...

      Delete
  2. Selalu beli chatime kat alamanda bila waktu lunch tp yg sedihnya tapak chatime tu dah take over tealive.. since that x singgah beli pun sbb hati ni lbh suka chatime..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes!!! Ramai cakap macam tu. Chatime lagi sedap sebenarnyaaaaa :) and kita sendiri pun suka rasa chatime.

      Delete
  3. Replies
    1. Sedap kot Aidaaaaaa. mesti mengidam... kan kan kan hehehe

      Delete
  4. Khusyuk nurul membaca.. Baru tahu kisah sebenarnya.. Chat time memang nurul selalu minum.. Tapi tea live ni tak pernah try lagi..

    ReplyDelete
  5. memang betul, macam similar jugak... tapi memang tak sama.. haha~

    tak pe la... janji asalkan minuman nya sedap dan kita boleh rasa dengan harga berpatutan, dah lah..

    ReplyDelete
  6. Wahh sampai begitu sekali dramanya ya. Biasalah dalam berbisnes... Apapun, saya ok saja dengan kedua2ny tapi lebih suka Chatime kot. Yummm

    ReplyDelete
  7. oh baru tau sekarang nii pasal chatime dengan tealive nii hehee, thanks for the details!

    ReplyDelete
  8. I lebih suka minum Chatime dari Tealive. Nama dalam menu lebih kurang sama tapi rasanya berbeza. Chatime lebih sedap.

    ReplyDelete
  9. Airah lebih suka chatime tapi susah sikit nak mencari chatime sekarang.dulu pun ada dengar sebab utama dia gaduh sebab bahan digunakan tak berkualiti
    Memang kena berhati2 membeli skrg ni

    ReplyDelete
  10. Owhhh baru tahu akan hal nie. Ingatkan satu induk. Rupanya berbeza. Apa2 pon, dua2 tetap best. Kalau xjumpa chatime, beli dekat tealive. Dan begitulah sebaliknya

    ReplyDelete
  11. Selama ni memang ingatkan chatime dan tealive brand yang sama. Rupanya begini kisahnya. Macam-macam hal. Tak jujur dalam berniaga pun masalaha juga tapi kenapa sukakan masalah?

    ReplyDelete
  12. Chatime dan Tealive ni pung pang pung pang masa dulu. Takda betul kan isu tu pun. Kita sebagai pengguna terpinga-pinga la nak faham. Masa kes tu, Ruby ada RM 100 voucer Chatime. Jenuh Aku habiskan segera sebab dah tukar nama. Pastu ada lg baki, Ruby try guna kat Tealive. Mereka Terima. Walaupun voucer tertera Chatime. Dulu ya Loob Holding tukar nama terus dan tak sangka Will Group akan ambil alih dan meneruskan dengan label Chatime tu.

    So, kad chatime sebelum ni bleh guna lg ke tak? Hahaha

    ReplyDelete
  13. I didn't know about the issue between Chatime and Tealive. I thought they were the same entity, but maybe over time, they changed their name. I used to enjoy Chatime a lot too, somehow the Tealive drinks and taste are somehow not the same.

    ReplyDelete
  14. Hilma baru je discuss dgn kwn psl case ni..kwn hilma ni chinese lagi..tp dia yg pesan jgn beli tea live sbb xde sijil halal..x tau sumber dr mana..chai time dah ada hehe..

    ReplyDelete
  15. dulu dulu konfius jgak dan dua jenama ni. tapi bila buat research, baru tahu perkara sebenar. dua dua sedap. harga pun sama. enjoy sgt2 dgn tealive.

    ReplyDelete
  16. Chatime tetap pilihan di hati. Ada juga try tealive tapi tak berapa berkenan..alih alih baru ni ada ternampak kat Mid Valley..ingatkan dah tak ada...kisahnya ada lagi. Nanti free2 nak beli lah...

    ReplyDelete
  17. I remember the law suit since last year but don't know who won, now only I know chatime is back in the market, have not had it for so long, will checkout their outlets and try it out.

    ReplyDelete
  18. Dua2 minuman ini saya suka tak kisahlah dari mana asal usul mereka tapi yang penting ada halal nya itu yang bagus. Maha suka minuman Mangga hehehehe baru jer lepas minum....

    ReplyDelete
  19. Wow thumbs up untuk hasil siasatan nanie.. baguslah sy pun baru tau ni. Opkos halal jadi bench mark kita sebagai pengguna Muslim. Tapi nak tanya...tealive tu tak halal ke mcam mana?

    ReplyDelete
  20. dulu ingat chatime dah tukar. lepas tu pergi lah tukar card ke tealive, sebab tak tahu. kena register balik lah dengan chatime ni. chatime lagi sedap

    ReplyDelete
  21. Thank you atas pengertian. bagi uzu, dua2 kedai pon sama je rasa dia. Haha sbb sllu uzu order millky tea pearl, mana2 pon rasa sebiji takdq beza. Tapi yg brand yg lagi power of coz lah chatime

    ReplyDelete
  22. X pernah try tea live lagi tapi chatime ok la will prepare juice boost or juice works cam tu..Haha..

    ReplyDelete
  23. Menarik dan detail sungguh penyiasatan cik nanie. Saya sekeluarga memang peminat chat time. Baru tau ade isu chat time dengan tealive ni

    ReplyDelete
  24. Amboi bersungguh bergosip ye. Akhirnya terjawab semua spekulasi kan. So vote for chatime sebab halal dan bahan2 dia pun berkualiti. Nak jadi darah daging kena lah betul2 halal kan.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.