Misi Melawan Habit!

4:59:00 PM

Assalamualaikum semua 

Memang kalau diikutkan Nanie tak layak lagi nak bercerita pasal misi turunkan berat badan ni. Sebab Nanie terlampau baru nak mencuba. Sebelum-sebelum ni, memang Nanie ada terfikir nak loose weight, but as usual - janji tinggal janji. Plan dalam kepala je, habuk pun takde! Tahun berganti tahun, Nanie masih lagi begitu. Termengah-mengah nak berjalan, sakit lutut nak naik tangga, bisa bila bangun pagi nak menapak turun dari katil. Umur belum 30 tapi sakit-sakit dah macam nenek tua umur tujuh lapan puluh. Kadang nenek pun sihat chill aje! 

Tahu hash brown tak sepatutnya termasuk! Tapi kan Nanie cakap, slow-slow. Kihkihkih.

Kesedaran untuk menurunkan berat badan... ecehhh ayat macam skema je kan. Dari dulu lagi dah sedar. Tapi Nanie ni pemalas. Sayang sangat kat lelemak tu. Hahahahah. Ok lah, Kirin - kawan Nanie tu memang dah lama encourage Nanie untuk exercise. Cuma dalam kepala ni banyak sangat halangan yang Nanie fikir. 

Antara alasan yang biasa Nanie bagi ;

1. Tak ada masa beb, balik kerja dah penat. Bila nak exercise! 
2. Seganlah aku nak pergi gym semua. Nak pakai baju ketat-ketat tu.
3. Balik kampung on weekend kan, mak aku masak sedap-sedap. Aku tak kuat nak tolak! 
4. Aku pernah diet, tapi tak ada hasil beb... so aku malas nak buat dah. 
5. Aku tak tahu lah nak mula dari mana... 

Dan list tu akan bertambah satu per satu sehingga 1001 alasan dan halangan. Well, korang sendiri boleh nampak cemana pattern Nanie bagi alasan kan. Semua tu, kalau boleh digabungkan jadi satu...
senang je... jawapannya adalah MALAS! Jadi kalau dah nama perangai malas... vitamin M banyak dalam badan. Kau bubuh apa pun tak jalan. 

Tapi...

Entah kenapa. Ada satu malam tu, Nanie rasa diri Nanie macam dah teruk sangat. Macam dah too much kejam pada badan sendiri. Cakap pun mengah apatah lagi bila berjalan. Rasa badan ni tinggal tunggu masa je untuk punah ranah. Time tu, malam tu jugak Nanie sarung sport attire yang ada and terus buat exercise. Ingat balik cemana Kirin pernah bagi cadangan. 

1. Kau tak payah pegi gym beb! Sebab kau segan kan dengan orang lain. Kau exercise je dalam rumah. Dalam bilik kau for 20 mins every single day. Jangan berhenti. 

2. Kau bukak lagu kuat-kuat dalam playlist kau. Move your body! Tak kiralah macam mana tapi move! Kena gerak badan and keluarkan peluh. 

So, itu antara cadangan Kirin. Nanie pun terus je tanamkan dalam diri "kalau aku tak start sekarang, bila aku nak start?" 

Jadi, bersungguh-sungguhlah Nanie menggugurkan lemak dari badan yang dah dok lama sangat ni. Nanie tak nak paksa diri Nanie. Ikut kemampuan dari segi exercise. Sebab Nanie lemah sikit dari segi mental ni. Tapi apa yang Nanie boleh control adalah dari segi pemakanan. Nanie ubah pelan-pelan diet Nanie. 

Nanie ada mintak suggestion di IG Story. Alhamdulillah memang ramai sangat yang support Nanie and bagi nasihat serta cadangan. Nanie tanya je apa-apa semuanya pasti ada yang membantu. Especially for those yang pernah mengalami transformasi yang Nanie tengah buat ni. Macam Abg Eizil, dulu dia big size gak. Tapi sekarang... badan dia maintain macam tak pernah big size pun. Hebat kan? 

Untuk badan Nanie, ada beberapa rules yang Nanie tetapkan sekarang : 

1. CUT SUGAR! - Yes! Nanie tahu ini cabaran terbesar Nanie sebab Nanie suka makan coklat. And Nanie baru je spend for RM 200 kirim coklat dari Langkawi & Jepun. Kau rasa...menangis Nanie tengok dalam peti ais timbunan coklat tu tau. But, it's ok. Untuk badan Nanie, Nanie cuba kuatkan semangat. 

2. MOVE YOUR BODY! - Nanie tengah cuba konsisten dapatkan 15-20 min exercise di rumah. Gerkkan seluruh badan supaya lemak-lemak yang tepu and tengah syok tidur tu, bangun! Yang ini Nanie buat pace-by-pace. Nanie download apps Seven kat iphone and ikut sedikit sebanyak guide & tutorial exercise kat situ. 

3. NO MORE NASI  - Before ni, Nanie makan nasi sekali je sehari which is time lunch. So, basically tak ada hal sangat untuk nasi tu. Time lunch, Nanie cuma ambil sayur & protein. Itupun tak ketat sangat. Sebab makan kat kedai kan. Plan nak masak and bawak bekal. Nanie masih mencari lagi resipi mudah untuk diet. 

4. SAYONARA JUNK FOOD - Untuk junk food Nanie memang lalai sikit. Yelah, sambil-sambil buat kerja kat opis, mulut pun laju je mengunyah itu ini. Tanpa sedar, twisties bedal, biskut pun dingap. Kerepek & keropok. Belum minum petang, boss belanja keropok lekor and kuih muih. Kena kuat kena fokus. 

5. MINUM AIR MASAK SATU KOLAH! - Ewah, kemain lagi harapannya. Part ni Nanie tak risau sangat sebab memang salah satu habit Nanie adalah minum air masak. Air masak tu rasa manis sangat-sangat. Serious. How I love drinking! Buuuuuuuuuuuuut.... ada masa Nanie alpa dan lupa nak minum air masak. Kadang kat ofis, minum sikit je. Sampai bibir rasa kering semua. Mana boleh cam tu kan. So, Nanie memang target at least 2-3 liter per day. 

Jadi setakat itu dulu yang boleh Nanie share. Nanie tahu, bukan senang untuk kita ubah semua benda. Tapi tak mustahil. Sebab kat luar sana, ramai orang yang ada keinginan yang sama macam Nanie ni dan berjaya. Insya Allah. Asalkan niat kita betul - untuk kesihatan diri kita. 

Nanie mohon doa dari kawan-kawan untuk progress dan misi Nanie. Dari semasa ke semasa, Nanie akan berkongsi lagi. Bukan niat nak apa sangat pun, sekadar nak jadikan pembakar semangat esok lusa andai lah semangat Nanie ni hilang ke lautan luas! Kihkihkih. 



Ehem, ingat lagi tak cerita viral Nanie dulu? Nanie tak nak lagi lah orang pandang macam ni. Cukuplah "dihina" depan orang ramai kan... Tak nak lagi berlaku cam ni lagi. Now Nanie fokus untuk improve cardio & breathing. Doakan lah Nanie tak putus napassss!



  • Share:

You Might Also Like

5 Inspirasi Dari Pembaca

  1. In Sha Allah
    kalau dah tetap matlamat dan tekad
    pasti berjaya punya

    ReplyDelete
  2. ini kalilah Nanie! Sure boleh punya..

    ReplyDelete
  3. InshaAllah, boleh!!! Akk pnh masuk jomkurus sblm ni hilang 8kg. Utk akak sndiri, akk perlukan org2 yang support akak dan group :) I cannot do alone haha. So kte rasa smgt sikit utk join activity.

    Nk mula bukan mudah, kene byk sabar dan kental. 1-2 mggu mmg susah nk ubah rutin makan kita, tapi lepas tu akan mudah sbb da biasa :) GO GO GO!! Jika tak kuat buat sendirian mcm akak (tak kuat means, mudah mengalah), cari mana2 supportive group yang ada matlamat sama atau partner (kawan). Boleh rancang activity sama2 (ini seronok,esp hiking!), dan bg sokongan moral sama2 even org dekat pun kdg2 ada pendang remeh (sedihkan, tapi abaikan mereka).

    Skg ni byk program sihat dalam online. Mgkin juga mmbantu dari segi ilmu dan sokongan moral nanie. Akk doakan nanie berjaya, jangan stress berapa KG anda hilang, paling penting nanie lebih sihat, cergas.

    ReplyDelete
  4. Go!!!! akak... you can do it. Sebelum ini pun kita ada juga plan diet untuk lost weight tapi memang berhasil.

    ReplyDelete
  5. go girl u can do it!
    for me now i join a diet group kat whatsapp yg semua nak kurus and dlm tu ada coach who will guide us what to eat and not to. update what we eat setiap waktu makan. and alhamdulilah it works for me sbb i tau if i do it alone i will gain back sbb i cant trust myself haha.
    all the best!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.