THE THERAPY BOOSTER : Custom-Made Blended Formula Untuk Kulit Wanita dari THE FACE SHOP

11:12:00 AM

Assalamualaikum semua 

Amboi, lama betul ni Nanie tak update blog. Maklumlah bila nak raya cam ni kan, memang back-to-back kerja menimbun. Seronok jugak bila kita fokus and produktif kan... especially bila ada project, ada dateline. Walaupun penat, tapi bila kita fokus and tahu direction untuk setiap satu projek kita tu, Nanie rasa kepuasan dalam menjalankan kerja dan tanggungjawab. 

Tapi, biasalah bila kita fokus pada kerja... rutin harian kita memang sedikit sebanyak akan terganggu. Nanie sendiri tak nafikan memang, ada masa makan tak cukup... tidur tak lena... macam-macam dalam kepala ni fikir. Dan secara tak langsung sebenarnya kulit Nanie pun mengalami stress. 

Korang tahukan, bahaya tau kalau kulit kita stress! Bila kulit stress, antara kesan paling awal yang kita boleh nampak adalah kelesuan, kekusaman dan paling ketara adalah kesan penuaan yang terlalu cepat. Nanie takut gak... ye lah umur nak masuk 30 ni, kena extra sikit penjagaan kulit wajah. 


So baru-baru ni, THE FACE SHOP keluarkan sesuatu yang sangat unik untuk wanita! Tahu kan wanita tidak diciptakan sama. Kulit kita semua unik dan berbeza-beza mengikut keperluan dan gaya hidup kita tersendiri. Tapi persoalannya, "Bagaimana kita nak penuhi keperlukan kulit kita tanpa mengubah dan menukar sebarang skincare routine kita?" 

That's it! THE FACE SHOP telah memperkenalkan THE THERAPY BOOSTERS. Booster yang memang highly concentrated dan mudah untuk digunakan dengan mana-mana skincare regimen kita. Serious, Nanie sendiri fall in love tau! 


THE THERAPY FIRMING BOOSTER 
15ml 
RM 93 
Focus : Firming + Energizing + Hydrating 


The Therapy Booster yang Nanie gunakan sekarang ni adalah yang botol hijau ni - THE FIRMING BOOSTER. Memfokuskan kepada tiga solusi untuk firming, energizing & hydrating - ia membantu kulit untuk mendapatkan semula keperluan kulit yang semakin berkurang serta melawan tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kedutan, hilang keanjalan kulit dan kulit kering yang membawa kepada masalah kulit kusam. 

THE FACE SHOP telah memformulasikan satu formula yang sangat berkualiti tinggi dalam memberikan semula tenaga dan kecantikan kepada kulit yang mula memasuki ambang penuaan. Antara bahan yang digunakan adalah : 


1. Hazel : Untuk mengembalikan keremajaan kepada kulit 


Kulit yang banyak terdedah kepada pencemaran dan cahaya matahari sangat mudah ditelan usia. Menggunakan daun hazel yang memang banyak manfaat kepada kecantikan kulit, formulasi ini membuatkan kulit menerima astrigent semulajadi yang mampu mengawal masalah inflammation, serta pembiakan bakteria yang mampu menjadikan kulit berjerawat. 


2.Pokok Bay - mengurangkan keradangan kulit 


Pokok Bay terutama daunnya memberikan banyak manfaat kepada kulit kita. Terkenal dengan nama "Tej Patta" dalam Bahasa Hindi, Bay Leaf telah dikenal pasti mampu mengurangkan keradangan kulit yang biasanya membuatkan kulit kemerahan serta menipis. Malahan ia juga dikenalpasti sebagai agen anti-oksida yang baik kepada kulit kerana sifatnya yang kaya dengan pelbagai mineral dan vitamin. Daun Bay ini mempunyai rasa agak pahit yang mana ia sangat sesuai untuk membunuh bakteria disamping mengembalikan pH kulit kepada neutral. 



3. Lavender – Menganjalkan kulit dan mempercepatkan proses penyembuhan kulit 


Bunga Lavender, memang tak payah dinafikan lagi. Terlalu meluas digunakan dalam skincare. Khasiat dan manfaat minyak bunga lavender membuatkan kulit semakin anjal serta memperbaiki struktur kulit yang bermasalah, rosak serta luka. Disinilah, fungsi The Firming Booster untuk membuatkan kulit kelihatan sihat, remaja dan mendapat khasiat secukupnya. Malahan, ia juga membantu kulit untuk peredaran darah dan menganjalkan kulit yang mula kelihatan mengendur.

Nanie ada sediakan video cara nak gunakan The Therapy Booster, korang tengok tau! Selain dicampur dengan krim penjagaan muka, boleh juga gunakan dengan foundation untuk alas mekap dan berikan kulit penjagaan yang tip top sepanjang hari! 

How To Use The Therapy Booster
1.     Blend 1 – 3 drops of The Therapy Booster with your favourite lotion or cream.
2.     Apply the mixture evenly on skin, from the centre outwards. Massage gently.
3.     Finish by pressing palms onto skin to enhance absorption.
NOTE! Do not use the booster alone as the ingredients are highly-concentrated!




Peringatan : Disebabkan THE THERAPY BOOSTER bersifat pekat dan concentrated, disarankan untuk penggunaan - mestilah dicampurkan dengan krim. Tidak digalakkan untuk apply direct ke wajah. 


Booster kedua yang Nanie apply dalam skincare regimen Nanie adalah - 

THE THERAPY REJUVENATING BOOSTER. 
15ml 
RM 93 
Focus : Skin Regenerating + Nourishing + Radiance Enhancing 



Sebagaimana yang Nanie bagitau awal-awal tadi, kulit kita sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman terutama daripada pencemaran, pemakanan. cuaca yang tak menentu dan cahaya matahari sendiri. Untuk itu, kulit memerlukan perlindungan semulajadi yang boleh membuatkan kulit menjadi kuat dan tahan dari segala ancaman tadi. 

Untuk itu, formulasi yang diketengahkan THE FACE SHOP untuk The Rejuvenating Booster ini adalah formulasi khas atau special blend yang membolehkan kulit menjadi segar dan sihat, melembutkan kulit yang kasar dan merawat kulit yang rosak akibat kelesuan serta kurang penjagaan. 

Formulasi untuk THE REJUVENATING BOOSTER ini mengandungi bahan-bahan semulajadi berikut yang mana telah terbukti menurut kajian dan penyelidikan pakar kecantikan kulit memberi pelbagai manfaat kepada kulit kita. 

1. BORAGE - merupakan bunga herba yang turut dikenali sebagai agen anti-ekzema dan meredakan keradangan kulit 


Bunga herba ini dikatakan kaya dengan GLA (Gamma-Linolenic Acid) yang merupakan bahan yang kuat untuk meredakan keradangan. Keradangan kulit boleh berlaku di pelbagai peringkat umur dan tanpa kita sedar. 

Allergik terhadap makanan, kosmetik dan habuk juga boleh membuatkan kulit menjadi sensitif dan kemerahan. Dengan adanya bahan dari bunga borage ini, masalah berikut dapat diatasi. Borage juga kaya dengan agen antioksidan yang mana mampu mengurangkan kadar kedutan dan garis halus kulit. 


2. COMFREY - memudarkan parut-parut kulit 


Kulit kita juga paling mudah meninggalkan parut. Kalau dah kulit berparut memang susahlah kan nak flawless. Namun THE FACE SHOP menggunakan Comfrey untuk mengurangkan serta memudarkan parut pada kulit terutama akibat jerawat dan luka jerawat. Malahan menurut kajian, comfrey ini jugak mampu menyumbang kepada penyembuhan luka kerana sifatnya sebagai analgesic untuk sebarang luka. 


3. Rosemary - Melembutkan kulit wajah dan membersihkan wajah 


Rosemary bukan sekadar terkenal sebagai bahan aromaterapi kerana bauannya yang lembut dan menenangkan, malahan ia juga boleh digunakan dalam penjagaan kulit wajah terutama untuk melembutkan kulit dan membersihkan wajah. Bahan anti- fungus dalam Rosemary membuatkan segala bakteria punca masalah kepada kulit berjerawat dapat dihapuskan. Malahan ia juga dikatakan mempunyai keupayaan melambatkan proses penuaan.



Meh Nanie share cemana Nanie gunakan THE REJUVENATING BOOSTER ni. Korang kena tengok video yang gigih Nanie buat ni untuk tunjukkan cara-cara nak gunakan. 


Korang, The Therapy Booster ini ada di pasaran bermula bulan April ini sahaja & ianya adalah LIMITED EDITION. Once dah habis, dah sold out - memang tak akan ada lagi tau. So, kalau nak beli... baik beli cepat-cepat sekarang! 



Pada Nanie, untuk umur yang hampir mencecah 30 tahun ni, Nanie kena mula concern untuk penjagaan kulit wajah. Maklumlah kita ni bukan setiap bulan ke spa. Makan pun kadang tak tentu. Tambah pulak dengan stress dan gaya hidup yang stress... makin cepat lah tua muka tu. Heheheheh. 

Namun dengan adanya The Therapy Booster dari THE FACE SHOP ini, ia memberikan satu peluang keemasan untuk menjaga kulit kita dari dalaman yang mana memberikan banyak manfaat dan kebaikan kepada kita juga untuk tampil yakin dan cantik. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh klik link di bawah : 

THE FACE SHOP WEB PAGE :

THE FACE SHOP ONLINE STORE :


THE FACE SHOP OFFICIAL FB PAGE :

THE FACE SHOP OFFICIAL IG PAGE :






  • Share:

You Might Also Like

3 Inspirasi Dari Pembaca

  1. Lama tak jenguk sini, makin lawa blog Coklateyes 😍

    ReplyDelete
  2. Natural ingredients...This products are really good to use..

    ReplyDelete
  3. Salam..kak nani..nk tnya,mcm mana akak confident sgt pkai skincare korea,sbb sy brminat jgk dgn skincare2 korea ni,tp x thu yg mna brand boleh pkai n tak...boleh akak listkan x brand diorang yg muslim friendly..boleh email kt sy- srhhanisah@gmail.com

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.