Menggeletar Bila Baca Tajuknya!

1:24:00 PM

Assalamualaikum semua 

Ya Allah, Nanie segan betul lah kalau tengok blog sendiri. Rasanya macam dah terlalu berhabuk ni. Apa lah nak jadi kan? No way!!! Kena catch up balik momentum menulis. Bukan apa, sebab bila di tempat kerja, Nanie terlalu banyak task yang melibatkan research, social media, menulis semua, jadi momentum menulis blog sendiri di rumah semakin berkurang. Tapi, Nanie akan catch up everything. Kena ada istiqomah kata orang tu.

Nanie menulis ni, dah masuk pertengahan Ramadhan. SSelamat Berpuasa kepada semua pembaca Blog Coklateyes. Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak. Mudah-mudahan, kita dapat jalani puasa sebulan dengan sempurna. Seterusnya meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama.

Masih lagi dalam bulan Mei, which is bulan kelahiran Nanie. Dah lepas lama dah, 4 Mei yang lepas. Tapi Nanie tetap nak share berita gembira dengan korang. Yang mana follow IG dan menjadi kenalan Nanie di FB, of course dah tau kan... awal Mei lepas Nanie dapat "birthday gift" awal! Nak tahu apa dia? Tadaaa.....


Untuk bulan ni, Nanie terpilih untuk featured dalam Majalah Harmoni dengan cover muka depan Che Ta & Aaishah Dhia Rana yang comel gebu tu. Wohoo! A great achievement for me of course. Alhamdulillah... 



Memula bila Nanie dapat tahu nak diinterview ni, memang nervous sikit. Wartawan bagitahu hari Khamis, and hari Jumaat tu terus Nanie ke Utusan Bangi untuk sesi photoshoot semua. Menggelabah jugak lah nak cari baju and makeup semua kan. Gunakan networking yang ada, and mujur ada MisClaire & Kak Mell. MisClaire tu memang Nanie puas hati sangat beli baju kat situ. Highly recommended untuk plussize fashion! Serious!!


Kalau interview sebelum-sebelum ni, banyak memfokuskan kepada bagaimana Nanie mula menulis blog tapi untuk kali ni berbeza sikit, interview kali ni buatkan Nanie rasa sangat bangga dan melihat semula kejayaan yang Nanie kecapi sepanjang berblog bermula 2010.

Paling Nanie bangga dengan tajuk yang Sabihah - reporter Majalah Harmoni berikan. Satu headline yang buatkan Nanie tersenyum lebar dan cukup berbangga. "Blog Coklateyes Bawa Innanie ke Seoul". Ya Allah, besar impak dia pada diri Nanie! 


Terus terang Nanie katakan, pengalaman ke Seoul memang Nanie tak akan lupakan sampai bila-bila. Nanie berterima kasih sangat-sangat pada THE FACE SHOP sebab memilih dan melihat potensi Nanie untuk di bawa mewakili Malaysia ke Korea. 

Secara jujur, pengalaman sebegini bukan sekadar menjadi pembakar semangat Nanie untuk terus maju dan terus memberikan yang terbaik kepada pembaca blog Nanie, malahan ia buatkan Nanie bekerja lebih keras & terus fokus pada apa yang Nanie impikan.

Nanie bersyukur sebab Nanie telah memulakan lakaran dan melangkah untuk mengenal potensi diri Nanie sejak 2010 lagi. Namun pada mereka yang rasa dalam kehidupan belum ada apa-apa, tak perlu risau. Tak perlu rasa down. Setiap dari kita Allah dah kurniakan 1001 kelebihan. Kita ada jalan rezeki kita tersendiri. Cuma ia akan bergantung kepada usaha dan kecekalan hati kita sendiri.



Akhir sekali, terima kasih pada semua yang selama ni menjadikan Blog Coklateyes sebagai antara bahan bacaan mereka. Menjadikan Nanie sebagai sebahagian sumber inspirasi mereka dan Nanie sendiri perlu lebih banyak perbaiki diri untuk mencapai segala impian menjadi kenyataan.



Salam sayang dari Innanie Ariffin. 





  • Share:

You Might Also Like

1 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.