Beyond The Remedy Skincare Untuk Bantu Mereka Yang Berkulit Kering

6:39:00 AM

Assalamualaikum semua 

Dalam mencari skincare, Nanie memang very particular. Especially bahagian ingredients. Pada Nanie bila mencari skincare yang kita nak pakai hari-hari kat kulit muka, memang kena pentingkan sumbernya. Disebabkan itu, Nanie memang cuba sedaya upaya untuk highlightkan sumber skincare yang semulajadi dan sangat berkualiti. Baru-baru ni Nanie ada mencuba satu set skincare daripada Beyond The Remedy. 

Melalui Beyond The Remedy mereka telah menemukan bahawa rahsia semulajadi yang ada pada setiap tumbuhan adalah daripada akarnya. Sebagaimana yang semua orang tahu, akar merupakan medium terpenting untuk mengangkut segala mineral dari tanah ke seluruh bahagian pokok. Malahan, kekuatan pokok tersebut jugak bergantung kepada kekuatan akarnya. 



Berdasarkan True Eco Philosophy, Beyond The Remedy memberikan kebaikan dan manfaat semulajadi yang sebenar kepada kulit kita agar kekal cantik, remaja dan paling penting sihat serta bertenaga. Kelebihan utama yang ingin disampaikan kepada pelanggan yang menggunakan Beyond The Remedy adalah melalui penggunaan Root Therapy Complex yang mengandungi "medical root crops" daripada zaman dahulu kala dan Root Drop yang sangat berkualiti tinggi serta mudah untuk meresap jauh ke dalam kulit. 



So, now sebelum Nanie cakap panjang-panjang lagi, meh Nanie kenalkan terus dengan rangkaian produk daripada Beyond The Remedy. Actually keseluruhan produk daripada brand ini ada 21 produk. Namun, Nanie berkesempatan untuk mencuba sendiri  daripada rangkaian Root Therapy dan Nanie rasa sangat berpuas hati. 


Untuk rangkaian Root Therapy Beyond The Remedy ini, ada 3 matlamat utama yang produk ini berikan kepada pelanggan mereka iaitu - 



Produk Root Therapy Beyond The Remedy yang Nanie gunakan adalah : 

1.  Root Therapy Toner 
2.  Root Therapy Moisturizer 
3.  Root Therapy Serum 
4.  Root Therapy 60 Cream 

Untuk range Root Therapy Beyond The Remedy terdapat 3 bahan semulajadi yang digunakan dalam produk ini iaitu : 

Madonna Lily Bulb Root 


Menurut kajian yang dijalankan, Madonna Lily merupakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai manfaat terutama dalam membekalkan kelembapan kepada kulit. Malahan, ada kajian lain juga menyatakan Madonna Lily mampu mengawal masalah dark spot yang berlaku kepada kulit. 



Dafodil Bulb Root 


Dafodil sangat berguna untuk kecantikan kulit dalam memberikan kelembapan yang berpanjangan. Menurut kajian, akar bunga Dafodil sanngat bagus untuk mengangkut kelembapan ke seluruh bahagian tumbuhan ini. Disebabkan itu, Dafodil digunakan sebagai membantu menyebarkan air ke seluruh wajah agar kulit tidak kering dan mendatangkan masalah lain. 


Lily-of-the-Valley Bulb Root 



Jangan pandang rendah pada bunga kecik-kecik ni ye. Secara kajian makmal, bunga ni sangat bagus dalam memudarkan parut dan mencerahkan kulit. Tak terkecuali ia turut membantu dalam melembapkan kulit agar kulit tak kering dan sentiasa kekal cantik. 


1. Root Therapy Toner - 150ml (RM 108.50) 





2. Root Therapy Moisturizer (RM136.90) 




3. Root Therapy Serum (RM155.60)




Serum ni antara favourite Nanie sebab dia melekit & sangat mudah meresap. Nanie amalkan setiap kali nak pi keje pun ok. Sebab dia senang nak apply. Bauannya yang fresh buatkan Nanie rasa selesa sangat sepanjang penggunaan.

4. Root Therapy 60 cream (RM 179.00)



60 Cream ni antara best seller tau. Malahan 60 cream ini merupakan antara krim wajah terbaik yang memberikan lebih 60% kelembapan kepada kulit wajah. Malahan dengan formula terkini, ia juga bertindak untuk memegang kelembapan kulit wajah supaya kekal lembap.


So, Nanie memang recommend sangat kalau korang jenis yang kulit kering, menggelupas dan rasa perit je bila duduk bawah aircond lama-lama, untuk cuba rangkaian Beyond The Therapy ni. So far daripada penggunaan Nanie, serum dia best sangat. Boleh nampak perubahan yang positif pada kulit wajah kita.

Umtuk maklumat lanjut, klik link ini  :

Website : 

Online Purchase :

#NatureSmart #BeyondTheRemedy 









  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.