Gaya Makeup Looked Sweet & Simple ke Pejabat bersama THE FACE SHOP

9:17:00 AM

Assalamualaikum semua 

Mana followers Nanie yang #makeuplovers? Kalau korang peminat makeup, ni Nanie nak share dengan korang tentang beberapa produk THE FACE SHOP untuk makeup looked yang macam Nanie buat bawah ni. Makeup looked macam ni simple je. Sesuai untuk ke office mahupun untuk bersantai. Cewah! Nanie pun tak ada lah pandai sangat bermakeup, tapi selalu mencuba jugaklah. 


Nanie pun macam korang jugak. Ada masa makeup tak menjadi sangat. Tapi, kata orang practice makes perfect kan? So, jom lah hari-hari makeup. Supaya jari jemari ni biasa memegang brushes dan eyeliner. Oh, ye... sebelum Nanie terlupa... untuk solekan atas ni Nanie memang pakai sepenuhnya tau makeup product dari THE FACE SHOP. 

Ada yang nak tahu tak Nanie guna produk THE FACE SHOP yang mana satu? Nanie share ye. Mana tahu, korang shopping tiba-tiba ternampak outlet THE FACE SHOP, boleh korang try produk-produk mereka ni. 


Simple je kan alat solek yang Nanie gunakan. Ok, Nanie senaraikan semua produk yang Nanie gunakan untuk dapat looked macam tu k. Nanie suka ni kalau share makeup stuff. Korang pun mesti suka gak kan? 


Foundation : THE FACE SHOP 15HR Cover Lasting Foundation. 

Nanie suka foundation ni sebab dia full coverage and teksturnya sangat ringan. Bila Nanie apply pada wajah tu memang selesa and senang sangat nak blend dengan skin tone Nanie. Lepas tu yang Nanie perasan, dia tak menyebabkan kulit muka berminyak. 


Miracle Finish Oil Control 

Yang ini pun my favourite jugak. Nanie suka sebab dia bagi effect glowing yang tahan lama dan sangat-sangat cantik di pakai. Nanie akan gunakan selepas Nanie apply foundation. Jangan risau korang memang tak akan nampak tebal. Hanya perlu dabkan secara lembut je! 


Mono Cube Eyeshadow 

Comel kan eye shadow ni. Yes! Nanie memang suka. Dahlah senang. Apa yang menarik, eye shadow ni boleh korang jadikan pallete mengikut favourite korang. Macam Nanie, yang tiga keping tu Nanie letak di rumah meanwhile yang dua keping tu Nanie bawak ke office untuk touchup. 




2in1 Curling Mascara 

Mascara ni almost everyday Nanie gunakan. Nanie suka sebab dia melentikkan bulu mata and satu lagi sebab dia ada dua brushes yang berbeza saiz. Jadi bila apply pada bulu mata bahagian bawah tu tak ada lah clumpy ke apa. Sangat best! Highly recommended tau!


Lovely Me : Ex Pastel Cushion Blusher (02 Coral Cushion) 

Nanie nak bagi tips kalau korang berkulit ala-ala Nanie, coral colour ni sangat cantik. Dia nampakkan kulit kita sedikit cerah dan menonjol. Comel je tau blusher ni, dah lah siap dengan puff lembut gebu dia tu. Bila apply oleskan pada pipi rasa sangat lembut teksturnya. 


Last but not least, of course lah lipstick. Kali ni Nanie saja nak bagi mood sweet-sweet gitu. So Nanie apply warna pink pada bibir. 






Matte Up Tint in Cosmo Pink & Last Red ni sesuai untuk semua type of makeup looked tau. Kata orang kena dengan semua gaya. Bila apply pada bibir nampak cantik dan sangat best. Cuma ada sedikit kering lah. But it stay lasting ye. Jadi tak perlu risau kalau minum air ke apa. 


Nanie rasa korang sendiri dah tahu kan nak cari makeup ni semua kat mana. Haruslah kat mana-mana outlet THE FACE SHOP. Tapi untuk mudahkan korang merujuk harga dan sebagainya, korang boleh klik link-link kat bawah ni. 

Website : 

THE FACE SHOP ONLINE STORE :


THE FACE SHOP OFFICIAL FB PAGE :


THE FACE SHOP OFFICIAL IG PAGE :

  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.