Resipi Fonterra First Feasts : Egg Yolk Penne Pasta dengan Spicy Butter Chicken Fillet

2:07:00 PM

Assalamualaikum semua 

Korang ada habit macam Nanie tak bila bulan puasa, rajin tengok masak memasak. Tak kiralah sama ada kat TV ke, ataupun FB dan IG... memang gigih & suka sangat tengok orang memasak. Rasa macam sedapnya bila orang masak kan. Sambil-sambil tu boleh dapatkan idea untuk masak juadah berbuka puasa kan? So, hari ni Nanie nak share lah juadah yang Nanie explore dan sesuaikan dengan rasa ke-Melayuan Nanie ni. 



Baru-baru ni, Nanie ada sediakan "Egg Yolk Penne Pasta with Spicy Butter Chicken Fillet". Kalau nak memasak ni, nama kena gempak dulu. Barulah wow! Hehehehe. Tapi, apa yang lebih wow sebenarnya adalah bahan utama yang Nanie gunakan dalam masakan ni iaitu produk tenusu dari Fonterra!


Untuk memasak kali ni, bahan yang Nanie gunakan memang cukup mudah. Maklumlah hidup sorang. Kena simple dan pantas. Masa Nanie masak hidangan ni pun, Nanie hanya perlukan lebih kurang 30 minit je untuk keseluruhan. So masa nak makan berbuka tu sedang-sedang elok lah timing dia. Jadi, masih fresh lagi! 

Itulah kelebihan produk tenusu dari Fonterra ni. Produk dengan rasa yang sedar, bahan yang berkualiti tinggi di samping khasiat gizi pemakanan yang sihat membuatkan rasa makanan kita bertambah lazat! Ada bunyi ayat iklan tak? Hehehehe.


Antara bahan utama dari Fonterra yang Nanie gunakan adalah Anchor Culinary Cream. Sesuatu yang Nanie nak highlightkan adalah Culinary Cream ini mempunyai banyak kelebihan dalam masakan. Selain daripada teskturnya yang pekat, ia juga sangat sesuai digunakan dalam masakan kerana sifatnya yang versatile dan tidak mudah pecah apabila panas. 


Bahan utama yang kedua adalah Nanie gunakan Achor Pure New Zealand Butter. Butter tulen ini adalah diekstrak dari susu lembu New Zealand. Dah nama Pure Butter kan memang sedap bau dan rasanya. Nanie paling suka sebab butter ni lembut dan semasa menumis pun Nanie gunakan butter untuk naikkan aroma bau! Confirm meleleh air liur tau bila bau! 


Korang semua jangan risau tau, kedua-dua produk yang Nanie gunakan ini bukan sahaja berkualiti tinggi malahan ia turut dijamin Halal dan sesuai untuk pelbagai masakan. Malahan, ia juga boleh didapati di kebanyakan pasar raya. 

Jom Nanie kenalkan korang dengan bahan yang Nanie sediakan untuk masakan ni. Cukup senang, cukup mudah. Barang kat kedai runcit je! :) 


Bahan - bahan : 

1 mangkuk Penne pasta 
1/2 cawan Anchor Unsalted Pure Butter 
10 ulas Bawang putih 
5-6 batang Cili padi 
3 batang Daun kari 
1 cawan Tepung goreng serbaguna (Spicy)
2 biji Telur masin 
1 biji Telur ayam 
3 keping Fillet ayam 
1 kotak Anchor Culinary Cream 
Basil leave 
Mixed herb 
Black Pepper 

Cara masaknya Nanie dah siapkan dalam satu video bawah ni. Cuba korang tengok. Senang & cukup mudah tau! Tak payah nak pening-pening kepala.


1. Rebuskan penne pasta sehingga ala-dente 
2. Bawang putih & cili padi dipotong halus 
3. Telur masin direbus & asingkan kuningnya 
4. Fillet ayam disalut dgn telur & tepung serbaguna. Gorengkan dengan menggunakan Anchor          Unsalted Pure Butter sehingga keeemasan 
5. Tumiskan Bawang putih, cili padi & daun kari  dengan Anchor Unsalted Pure Butter 
6. Masukkan Anchor Culinary Cream ke dalam tumisan sehingga mendidih 
7. Selepas 3-5 minit masukkan kuning telur  masin 
8. Akhir sekali masukkan penne pasta dan gaulkan dengan cream tadi 
9. Hidangkan bersama fillet ayam yg digoreng tadi 
10. Siap untuk dimakan!



Nampak tak cemana mudah maskan Nanie. So, dikesempatan ni Nanie nak mintak bantuan LIKE dari korang boleh? Korang klik link yang Nanie sediakan kat bawah ni, kemudian sedekahkan LIKE satu kali untuk resipi Nanie. Mudah-mudahan dengan bantuan LIKE korang, resepi Nanie boleh menang set memasak. Hari-hari Nanie masak. Hari-hari jadi 'isteri' solehah! Gitu!

Terima kasih atas LIKE korang. Like tau jangan tak LIKE!!!


  • Share:

You Might Also Like

2 Inspirasi Dari Pembaca

  1. terliur tengok. resipi pun nampak mudah je. entah bila rajin nak mencuba nie :D

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa.. semua pasta masaklah apa pun kita suka =D

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.