Tambat Tetamu sempena Syawal dengan #InspiRaya Nippon Momento Special Effect Paint
3:46:00 PM
Assalamualaikum semua
Lebih kurang lagi 2 minggu nak raya dah kan. Btw, korang ada tak pengalaman mengecat rumah time nak raya? Nanie pernah... masa kecik-kecik dulu, ayah pun masih muda - Nanie pernah tolong ayah cat rumah. Nanie punya part yang bahagian bawah-bawah. Kat bahagian bucu-bucu dinding, kat grill pintu dan tingkap. Fuh! Mencabar ye rupanya mengecat rumah ni. Nampak macam senang. Alaaa main gelek-gelek berus je kan, tapi hakikatnya memerlukan tenaga yang banyak dan kesabaran yang tinggi.
Walaupun penat, tapi bila tengok hasil transformasi satu-satu ruang tu - memang puas hati. Kena pulak dengan warna cat yang menarik! Memang nampak lain. Rasa macam satu semangat baru datang untuk menghias rumah lepas mengecat tau.
Ada beberapa sebab yang Nanie rasa korang yang nak hias rumah sempena Raya ni untuk gunakan Nippon Momento Special Effect Paint. Antaranya adalah :
- Mudah dijaga - sekiranya terkena pada tangan, atau lebihan cat meleleh ia mudah dibersihkan.
- Tiada berbuih - membantu cat untuk lebih smooth semasa sapuan
- Berfungsi dengan baik untuk permukaan yang tidak rata
- Tiada pengelupasan dan tahan lama - sifat ini membantu cat kelihatan cantik & terjaga
- Mesra alam - kerana tiada bau yang kurang menyenangkan & sesuai digunakan untuk kanak-kanak
Workshop pada hari tersebut diketuai oleh Interior Designer terkenal iaitu Ben Firdaus Azrai yang telah mengubah suai pelbagai ruangan rumah dan pejabat menggunakan Nippon Paint Momento Special Effect ni.
Pada pandagan Nanie, lepas Nanie join workshop tu... rupanya untuk dapatkan sentuhan yang menarik dan ada gaya eksklusif bukanlah susah mana. Sebabnya, Nippon Momento Special Effect Paint memberikan sentuhan magis pada setiap sapuan cat. Malahan dengan gabungan lighting pada dinding & syiling, Nippon Paint Momento Special Effect akan menimbulkan kesan dramatik pada ruang yang di hias.
Kalau korang tengok bahagian dalam container yang Nanie dah cat tu, memang boleh nampak tekstur Nippon Paint Momento Special Effect yang abstrak dan mengikut lighting. Cantik sangat bila nampak effect macam tu. Bayangkan kalau di dinding rumah mahupun bilik. Mesti orang ingat macam pakai wallpaper kan. Padahal cat aje!
Untuk Nanie semasa di workshop, Nanie dapat Momento Special Effect in Rose Gold. Lawa sangat warna tu macam keemasan yang boleh memukau mata. Nippon Momento Special Effect ni terbahagi kepada beberapa jenis. Jadi korang boleh tengok kesesuaian mengikut citarasa tersendiri.
Apa yang menarik, cat Nippon Paint Momento Special Effect ni bukan sekadar untuk sapuan cat pada dinding... sebarang permukaan pun boleh. Antaranya kayu perabot, besi, dan gelas. Setiap sapuan cat itu akan memberikan kesan yang berbeza namun tetap cantik dan elegan.
Sempena Aidilfitri ni, Nanie rasa kalau dapat buat sentuhan magik dengan Nippon Paint Momento Special Effect ni memang wow sangat-sangat! Gabungan lighting, dan tesktur yang unik membuatkan efek dramatik yang sangat mempesonakan!
Last but not least, Nanie rasa excited sangat kalau korang boleh gunakan Nippon Momento Special Effect ni pada ruangan rumah. Mesti cantik dan mencuri perhatian para tetamu di pagi Syawal. Nanie ada sediakan video rujukan untuk korang dapatkan #InspiRaya bersama Nippon Momento!
Website: https://www.nipponpaint.com.my/
0 Inspirasi Dari Pembaca
Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!