Kitsui Bantu Jaga Kesihatan & Kecantikan Wanita Luaran dan Dalaman.

6:18:00 PM

Assalamualaikum semua 

Wanita hari ni berperanan penting dalam urusan seharian. Kadang Nanie tengok ramai kawan Nanie yang berkejar-kejar menguruskan kerja, uruskan anak-anak, dan of course menguruskan rumahtangga termasuk suami juga. Nanie memang salute pada mereka yang boleh juggling masa dan paling penting ketahanan fizikal mereka tu. 

Nanie bukan nak cakaplah, Nanie sendiri yang single mingle ni kadang melepek habis lepas balik kerja. Lepas maghrib tu kadang tak sempat menunggu Isyak dah tertidur dah. Memang badan dengan otak penat serentak. Itu yang kadang rasa macam tak ada fungsi je! Hahahaha. 



By the way, korang percaya tak pada jamu? Erk, kalau dengar nama jamu... tekak Nanie terus rasa pahit. Sebab memang tahu pun kalau jamu-jamu ni memang sah-sah lah pahit. Susah nak diterima tekak. Tapi... 

Suka tak suka, korang semua pun tahu yang jamu memang banyak khasiatnya. Even zaman nenek-nenek kita dulu, mereka memang amalkan makan jamu untuk kelangsungan tenaga serta mengekalkan kecantikan mereka dalaman dan luaran. 

So, sekarang ni zaman kan dah moden. Jamu memang tak ditelan zaman, masih lagi mempunyai 1001 khasiat yang menakjubkan untuk tubuh badan. Tapi, cara pengambilan dan penyediaan jamu sekarang ni makin mudah dan makin senang untuk diminum. Dah tak perlu lagi drama-drama nak mengelak minum jamu. 



Nanie nak kenalkan korang dengan Kitsui. Kitsui merupakan minuman supplement yang berteraskan bahan semulajadi. Kitsui telah mula berada di pasaran sejak tahun 1996. Kitsui bukan sekadar supplement untuk kurus mahupun putih, namun Kitsui juga sebenarnya menjaga kecantikan dan kesihatan wanita secara holistik. 

Nanie ada mencuba dua produk daripada Kitsui ni. Nanie just nak share je lah, mana tahu ada di kalangan pembaca Blog Coklateyes Nanie ni yang perlukan bantuan untuk kesihatan dan kecantikan mereka. Kita cuba. Mana tahu memberikan kesan yang diinginkan. 



KITSUI WOMAN SECRET 

Minuman Kitsui Woman Secret ini dirumuskan daripada kacip fatimah, manjakani, sireh dan kolagen. Minuman ini dirumuskan khas untuk membantu wanita yang mengalami masalah kewanitaan seperti perjalanan haid tidak teratur, kesuburan dan keputihan. Meh Nanie share dengan korang apa khasiat Kacip Fatimah ni. 


Orang perempuan dari dahulu meletakkan kacip fatimah sebagai "tongkat ali" mereka. Herba ini memang mempunyai banyak manfaat yang berkaitan dengan kewanitaan. Menurut kajian, ekstrak Kacip Fatimah dapat menegangkan tisu abdominal payu dara dan vagina. Malahan ia juga kaya dengan sifat anti-bakteria yang sangat bagus dalam merawat masalah keputihan alat sulit. 

Bukan itu sahaja, kacip fatimah turut diyakini dapat memudahkan perjalanan darah ke seluruh saluran darah pada peranakan dan vagina yang membantu untuk otot di kawasan tersebut relaks ketika datang haid. 


BUAH MANJAKANI 

Bercakap pasal buah majakani, rasanya tak ada perempuan yang sanggup telan dan tahan rasanya. Rasa yang kelat dan pahit sampaikan boleh terkeluar lah senang cerita. Namun buah manjakani yang menjadi herba terbaik di Malaysia ini mempunyai pelbagai manfaat buat kesihatan wanita. 

Antara khasiat yang sering diberikan jika kita amalkan manjakani adalah ia merupakan sumber terbaik untuk anti-kanser, anti-kulat dan keradangan. Manjakani juga dikatakan mampu membersihkan bahagian sulit wanita secara berperingkat agar bahagian tersebut sentiasa segar dan tidak mendatangkan bau atau masalah lain. 



Dari segi rasa untuk Kitsui Woman Secret, ianya agak sedikit pahit dan kelat namun masih boleh diminum. Nanie biasa amalkan lebih kurang lagi seminggu nak period. Ia juga bagus untuk lancarkan perjalanan darah supaya haid teratur dan dalam kuantiti yang munasabah. 



Produk yang seterusnya dari Kitsui ni lebih intimate lagi. Tahukah korang bahawa payudara wanita hakikatnya menjadi salah satu faktor keyakinan? Yes, pada Nanie ini lebih kepada perkongsian wanita dengan wanita. 

Menurut satu kajian psikologi, lebih kurang 43% wanita tidak berpuas hati dengan saiz payudara mereka. Jadi, disebabkan itu, Kitsui melihat masalah ini sebagai satu peluang untuk membantu mereka yang mempunyai kerisauan yang sama. 

Oleh itu, Kitsui Puraria Bux-Up merupakan produk yang bagus untuk membantu wanita yang mempunya  halangan tersebut. Kitsui Puraria Bux-Up ini turut membantu untuk memberikan bentuk badan dan tubuh yang meyakinkan kepada wanita. 
  • Membesarkan payudara dan pinggul. Jangan risau sebab produk ni tak membesarka aset korang sehingga kelihatan pelik yea. Contoh, kalau dulu pakai pakaian dalam saiz 32, bila dah amalkan produk ni akan menjadi ke saiz 34. Tak jauh bezanya. 
  • Menaikkan payudara kendur & jatuh. Selalunya terjadi bila umur dah makin meningkat dan bersalin. Untuk kekalkan kecantikan, boleh amalkan produk ni.
  • Mencantikkan payudara yang leper/kecik. Bermaksud menstabilkan saiz aset masing-masing untuk kelihatan lebih cantik. 
  • Memontokkan payudara. Supaya kelihatan lebih 'penuh' bila mengenakan pakaian. 
  • Menaikkan punggung yang jatuh. Sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin akan alami masalah ni.
  • Membentuk semula lekuk tubuh terutama pada pinggul dan payudara. Erti kata lain, mengembalikan bentuk badan persis anak dara. 



Dirumuskan dengan ekstrak Puraria Mirifica, ia membantu wanita untuk mengembalikan hormon secara aktif. Malahan ia juga menyokong tubuh badan untuk melawan kanser yang selalu berlaku pada wanita. Ia juga merupakan sumber ketahanan badan yang bagus dari sebarang kanser dan lemah anti bodi. 

Nanie suka rasanya. Sedikit masam tetepai masih diterima tekak. Tak terlalu pahit. Namun yang paling penting adalah bila aset wanita itu kelihatan cantik dan terletak di tempatnya. Ingat tau, memang selalu kena jaga. 

Untuk maklumat lanjt, korang boleh klik link diberikan di bawah ; 


Website kitsui.com.my
Instagram : @kitsuimalaysia
Facebook : Kitsui My

  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.