Rizq Cafe Hidang Resipi Tradisional Seberang Tambak

10:31:00 AM

Assalamualaikum semua

Raya-raya ni, cerita pasal makan lah paling best. Memang sana sini orang buat open house kan? Nanie pun weekend lepas ada open house sampai ke Semenyih sana. Boleh tahan jauh jugak lah dari KL kan, tapi takpe. Seronok jugak jalan ke tempat orang ni. Tengok kawasan baru kan. Area Eco Majestic. Lawa gila kawasan tu! 


So, dalam pencarian meninjau kawasan rumah-rumah baru di Eco Majestic, Nanie jumpa satu kedai ni. Nampak simple je. Disebabkan lapar, ye lah makan rumah orang open house tak kan makan macam orang kebulur pulak kan? So, Nanie singgahlah Rizq Cafe untuk merasa apa yang ada.


Dari pandangan luaran, memang nampak seperti restoran biasa. Tapi Rizq Cafe sebenarnya ada menyediakan sajian yang sangat unik dari negara seberang. Apa yang menarik. walaupun Rizq Cafe berada di kawasan baru, namun mereka dah ada permintaan untuk juadah yang disediakan setiap hari.




Nanie ni kan peramah. rupanya waktu Nanie tengah usha menu mereka, pemilik Rizq Cafe yang senang dipanggil Kak Sue, ada. Jadi, kiteorang pun berbual-bual. Kak Sue ni peramah jugak rupanya. Dari situlah Nanie mula "korek" rahsia Rizq Cafe bagaimana sebuah cafe biasa yang ada makanan luar biasa! Haaa gempak tak, gempak tak?


Kak Sue ni nampak masih muda kan. Tapi jangan tak tahu pengalamannya dalam bidang masak memasak serta F&B bisnes buat Nanie tabik spring jugak lah. Kak Sue merupakan warga Singapura yang berkahwin dengan Abang Man, orang Kelantan. Kak Sue & Abg Man sebenarnya telah mengusahakan F&B Industry sejak beliau berada di Singapura kerana ayahnya adalah seorang tukang masak untuk pelbagai majlis perkahwinan dan kenamaan.


Disebabkan itu, Kak Sue memang sangat sinonim dengan pengurusan masakan dan beliau tahu "merasa" sesuatu masakan itu. Didikan ayahnya yang mengekalkan cara masakan hidangan secara tradisional memberikan kelebihan buat Kak Sue. Sebab tu hidangan yang ada di Rizq Cafe sangat unik dan masih mengekalkan kelazatan resepi seberang tambak.


Rizq Cafe yang mengangkat sajian Singapura ke Malaysia memang berbeza daripada hidangan yang biasa ada di sekitar Kuala Lumpur kan. Nanie sendiri masa Kak Sue beritahu mereka menyediakan hidangan Singapura, Nanie rasa tak tahu nak makan apa. Sebab ia kurang di popularkan.


Kak Sue bagitau Nanie, sebenarnya makanan dari Singapura tidak banyak beza dengan di Malaysia. Cuma makanan Singapura lebih banyak menggunakan nama hidangan tersebut tanpa sebarang pengubahsuaian. Di Malaysia, kita banyak ubah nama kepada sesuatu yang lebih hype!

Untuk hari tu, disebabkan Nanie yang tak pernah rasa hidangan Singapura, padahal duduk Johor je.. hehehehe... jadi Kak Sue sarankan Nanie untuk rasa hidangan signature mereka.


1. Laksa Temasek : RM 6.00 



Laksa Temasek adalah antara makanan wajib bagi orang Singapura. Nanie suka rich taste yang kuahnya berikan. Dia sangat berbeza daripada Laksa Johor mahupun Laksa Sarawak dan Laksa Penang.  Paling penting, laksa Temasek ni di buat daripada isi ikan tenggiri yang sangat sedap berlemak. Boleh rasa rempat ratusnya yang diperap lama dalam kuah dan seimbang dengan rasa manis masamnya. 


2. Nasi Lemak Wrap with Daging Rendang : RM 8.00 




Macam Nanie bagitau tadi. Namanya mungkin biasa-biasa. Tapi apa yang menarik untuk Nasi Lemak Daging Rendang Rizq Cafe ni adalah rendangnya tu sendiri. Masa Nanie makan, memang rasa betul rempah ratus ramuan yang diperap dengan daging. Dagingnya lembut dan tak liat. Jadi sesuai untuk dimakan semua lapisan umur. Untuk nasi wrap tu, sebagai satu inovasi bagi nasi lemak. Namun rasanya masih original dan tak hipstur! Sedap!!!


3. Satay Goreng Platter - RM 8.00 




Yang ini paling Nanie suka. Walaupun Nanie memang pernah makan satay goreng... dan memang favourite pun sebab resipi ni juadah kegemaran keluarga Nanie. Tapi... again, nama je sama. Cara penyediaan berbeza. Satay Goreng Singapore ni rupanya sangat lain dari yang di Malaysia. Ia disediakan dengan gabungan 3 side dish yang memang sedap belaka. Yang paling penting, resipi Satay Goreng Platter ni adalah resipi turun temurun keluarga Kak Sue yang Kak Sue olahkan agar sesuai dengan citarasa orang Malaysia.



Menurut Kak Sue, daging yang diperap bersama bahan perapan rahsianya menjadikan daging tu sangat manis, lembut dan berempah dengan sempurna. Even Nanie yang dah makan hari tu pun, time tulis blog ni boleh rasa kelazatan rasanya.

Dihidang pulak dengan pilihan sambal kacang, sambal original dan serunding kelapa. Memang padu dan melengkapkan rasa yang seimbang antara kelembutan daging dan daging ayam tu beserta pilihan cicah yang original!



Sebenarnya banyak lagi juada istimewa dari Singapura dan local yang dibawa di Rizq Cafe. Kelainan ini membuatkan peminat-peminat makanan seberang tambak untuk datang mencuba sendiri resipi tersebut di restoran Rizq Cafe.



Antara hidangan lain yang menarik adalah seperti :

Nasi Lemak Wrap Ikan Bawal Berempah : RM 10.90
Soup Jumpy (3 Rasa Beef Soup) : RM 6.90
Mee Rebus Rendang : RM 8.00
Horfun Beef : RM 6.90
Sagu Rose Pengat : RM 4.00
Mee Laksa Goreng SG : RM 6.90

Haih, Nanie dengar pun dah terliur kan. Selain daripada pilihan yang pelbagai, ada lebih daripada 20 pilihan makanan, harga yang ditawarkan juga sangat murah dan berbaloi. Kata orang kalau nak makan hari-hari pun boleh lah!


Kalau korang nak rasa sendiri keunikan rasa resipi Singapura & pelbagai lagi makanan tempatan, korang boleh singgah sendiri di Rizq Cafe. Nanie letakkan siap-siap alamat & waktu operasi. Senang untuk rujukan. 


RIZQ CAFE 
No. 17-1, Jalan Eco Majestic 9/1C
43500, Semenyih Selangor 

Operasi :
Setiap hari (kecuali Isnin) 
10am-10pm 

  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.