Unicorn Party The Butterfly Project

11:36:00 AM

Assalamualaikum semua 

First of all, Nanie mintak maaf sangat-sangat sebab terlalu lama hold cerita Unicorn Birthday Party bersama The Butterfly Project ni. Ya Allah, Nanie memang betul-betul sibuk dengan kekangan kerja dan keluarga. Tapi, sehingga hari ni Nanie masih boleh rasakan keseronokan Unicorn Birthday Party tu tau. Meriah!!!



Event ni sangat unik, korang boleh agaklah idea siapa kan. Of course idea Tammy. Mamasan yang sangat baik hati & mesra dengan semua orang. So, Tammy plan untuk tema Unicorn ni memandangkan unicorn sangat simbolik untuk fun & friendly. 


Selain daripada meraikan Anniversary The Butterfly Project ke-5, sebenarnya party ini lebih kepada gathering untuk saling mengenali ahli The Butterfly Project. The Butterfly Project merupakan sebuah komuniti beauty blogger yang terbesar di Malaysia dan sangat aktif dengan pelbagai event dan pengisian. 

Nanie masih ingat bagaimana Nanie menjadi antara blogger terawal menyertai TBP yang dinaungi Tammy sebagai pengasas. Komuniti beauty blogger ini berkembang sehingga ke hari ini dan menjadi sangat relevan dengan pelbagai kategori blogger turut menyertainya. 
 



Untuk birthday kali ini, lebih kurang 50 ahli TBP telah dijemput untuk meraikan majlis ulang tahun TBP. Kesemua yang hadir mestilah memakai pakaian yang berkonsepkan Unicorn. Ha, korang rasa Nanie panik kejap... cemana nak pakai Unicorn style ni. Hahaha. Tapi... tapi... kan Nanie dah bagitau ahli TBP semua kreatif belaka. Hampir 90% memakai gaya unicorn yang comel-comel. So lovely!!! Tak caya? Meh Nanie tunjuk a few TBP members yang comel-comel semuanya!





Korang mesti nak tengok kan Nanie pakai macam mana? Hahahaha. Nanie pakai simple je, tapi Nanie highlightkan pada warna party & unicorn tu sendiri. Nanie gunakan baju blouse cotton Magenta untuk naikkan mood comel. Lagipun Nanie memang dah sedia comel kan. So, nak buat cemana? Hehehehe. 



Semasa event, ada beberapa aktiviti menarik yang disediakan. Bila party macam ni, kena ada aktiviti best, barulah  meriah bila semua orang berebut-rebut kan. Nanie pun enjoy je sepanjang majlis yang diadakan di Wondermilk, Damansara. Antara aktivitinya adalah :

1. Flower Bar 


The Flower Bar di sponsor oleh Everyday Flowers  yang mana untuk section ni, semua diminta untuk pilih bunga yang disukai dan mereka akan gubah jadikan mini bouquet. So, memang sweet dan comel!



IG: @everydayflowersmy
FB : https://www.facebook.com/everydayflowersmy/


2. Unlimited Boomerang & Photobox 


{

Photobox yang disponsor oleh GNG Studiobooth ni memang best. Korang boleh amak unlimited photo tau dengan mereka. Dah lah macam-macam props ada disediakan. And paling best, korang boleh dapat soft copy beserta printed gambar lagi. Memang menarik. Servis team mereka pun membantu & friendly! Mana tahu korang mencari servis photobooth kan, boleh lah try this one! Menarik! 

IG : @gngstudiobooth 


3. Balloon Activity by Brrrloon 




Aktiviti ni macam throwback zaman kanak-kanak tau. Kena warnakan ballon Unicorn yang disediakan. Time ni lah nak asah semula skill mewarna korang. Hahahah. Nanie ingat lagi, masa aktiviti ni, Nanie kaler unicorn tu macam kena lumpur. Warna coklat! Kena gelak je dengan si Rawlins! Hahahahaah Kelakar betul.



Nanie rasa kalau birthday party kanak-kanak ada aktiviti mewarna macam ni memang seronok. Boleh budak-budak leka dengan mewarna. Dahlah comel belon-belon dorang tu! 

IG : @brrrloon 


4. Adopt-A-Unicorn 



Part ni paling comel gak! 50 Gram telah menaja 50 "ekor" Unicorn untuk kami semua bawak balik. Alaaaa comelnyaa lahai. Kena bubuh nama siap-siap tu. So, Nanie letak nama Unicorn Nanie - Daisy. Nanie suka daisy & rasa dia cute kembang macam bunga Daisy. Boleh gitu? 



Keseronokan ke Unicorn Party The Butterfly Project ni tak berhenti setakat tu je tau. Makan-makan of course lah memang semua hidangan lazat bukan main. Walaupun sekadar minum petang, tapi dah nama party kan... memang ok sangat hidangannya! 


Dan yang terakhir, sebelum pulang... semua yang datang bawak balik satu goodie Unicorn yang penuh dengan pelbagai makeup stuff. Sapa yang tak suka. Thank you so much pada semua sponsor yang bekerjasama dengan The Butterfly Project. 

Sumber gambar : Farah Dafri


1. belif Malaysia Best Sellers On-The-Go RM89. 
Available at belif Malaysia stores. 

2. Dear Beaute (Japan) Himawari Hair Care Samples. 
Available at Watsons & Sasa Malaysia. 

3. Koji Dolly-Wink's Eyelashes. Price: RM58.90 
Available at Watsons & Sasa


4. NYX Cosmetics Malaysia Vivid Brights Eyeliner (Blossom) RM30  and Lip Of the Day Liquid Lip Liner (Cherished) RM35. 
Available at NYX Stores 

5. Wanderlust Things Unicorn Necklace RM14.90. Available on:


Unicorn Party bersama The Butterfly Project ni betul-betul buatkan Nanie happy and enjoy. Jumpa ramai kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, dapat berbual-bual dan paling penting dapat enjoy the moment together. 





Last but not least, thank you so much Tammy for the efforts, idea and love! I wish The Butterfly Project akan sentiasa kekal sebagai satu komuniti beauty blogger yang terbaik di Malaysia dan paling penting agenda utamanya adalah untuk "Menginspirasikan semua wanita untuk lebih berkeyakinan!" 


  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.