MAKEUP LOOK THE FACE SHOP x COCA COLA COLLECTION

11:57:00 AM

Assalamualaikum semua! 

Jenama minuman Coca Cola dah tak asing lagi untuk kita semua. Even Nanie sendiri, kadang ada masa macam teringin sangat nak minum something yang melegakan dahaga. Time tu mesti teringin bunyi Gulp minuman Coca Cola yang dipaparkan di iklan!


Disebabkan pengaruh minuman Coca Cola ini sangat besar, THE FACE SHOP telah mengambil langkah pro-aktif untuk berkolaborasi dengan mereka dalam menghasilkan kosmetik. Kolaborasi ini bukan sekadar unik, malahan ia juga turut menjadi kegilaan bagi peminat Coca Cola. 

Nanie ada beberapa orang kawan yang memang peminat dan pengumpul tegar barangan Coca Cola. Segala mak nenek merchandise Coca Cola ada dikumpulnya. Senatero dunia dan pelbagai rupa. Kadang ada yang Nanie sendiri tak pernah jumpa. 

Masa first time Nanie upload photo ni di Instagram, bukan main semua tanya Nanie bila nak jual. Bila nak lepaskan... sebab mereka sendiri belum ada koleksi makeup Coca Cola ni. Tapi, Nanie sendiri sayang kot nak lepaskan. Lawa gilaaaaaaa!!!! Korang nak tengok? Serious.... korang pun boleh terpengaruh tau! Nanie suka dengan warna dan packagingnya yang comel. 


Kolaborasi eksklusif ini mempunyai 6 item Limited Edition untuk dimiliki. Nanie sendiri geram tengok satu-satu, and Nanie yakin bagi peminat makeup dan Coca Cola, makeup item ini akan menjadikan koleksi korang lebih rare dan berharga tau! 





1. COCA COLA OIL CONTROL WATER CUSHION SPF50 PA+++ (15g - RM 130) 




Rasanya semua orang tahu. THE FACE SHOP CUSHION memang menjadi pilihan terbaik bagi Nanie. So, dengan kolaborasi THE FACE SHOP X COCA COLA ni maka terhasil lah cushion case yang merah dan comel ni. 




Untuk COCA COLA OIL CONTROL WATER CUSHION ni, Rose Powder dan Citrus digunakan sebagai bahan utamanya yang memberikan Matte Finishing. Ditambah pula dengan Tasmanian Clean Water dan Italian Pure Oxygen yang berfungsi untuk melindungi skin barrier dan meningkatkan ketengangan kulit. 

First swipe 
Blended
Oil-control foundation ini turut diperkaya dengam anti-wrinkle dan memberikan kecerahan kepada kulit wajah. Dengan gabungan ini, ianya sangat sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi dan kulit kulit kering juga. Dengan pilihan 2 shades, ia turut menjadikannya sesuai untuk semua jenis skin tone. Macam Nanie, shades yang sesuai adalah V201 - Apricot Beige yang memang cantik dan sesuai untuk kegunaan harian. 


2. Mono Pop Eyes Coke Red Eye Shadow (7g, RM143)



Apalah erti makeup kalau tanpa eye shadow. Untuk Nanie sendiri, Nanie suka warna-warna earthy tone dan sedikit shimmering. So, bila Nanie dapat Mono Pop Eyes Coke Red ni, Nanie rasa warna-warnanya memang sesuai sangat untuk mata Nanie dan kegunaan harian. 




Pallete yang versatile ini memberikan 9 shades yang diinspirasikan daripada kesegaran Coca Cola sendiri. Teksturnya yang lembut dan velvety membuatkan ianya sangat mudah dipadankan dan digunakan untuk memberikan seri pada solekan mata. Nanie akan letakkan gambar keseluruhan makeup looked Nanie dengan menggunakan semua makeup product THE FACE SHOP x COCA COLA di akhir entry ni tau. 


3.  COCA COLA LIPSTICK (4ml - RM 78) 




Yang ini paling Nanie kagum! Korang pernah bayangkan tak lipstick bau Coca Cola and ada rasa Coca Cola! Pergh... setiap kali Nanie pakai, rasa terus nak minum Coke tau! Serious, bau dia tu mempersona dan menggoda sangat.

Lipstick Matte-Velvet ini sangat lembut dan mudah digunakan pada bibir. Dengan kombinasi Red Fruit Complex (apple, sweet cherry, orange dan grapefruit) ia memberikan kelembapan berpanjangan pada bibir di samping merawat bibir yang rosak. 

Terdapat 5 pilihan warna yang boleh dipilih bagi padanan makeup look korang - 01 Enjoy Sunshine, 02 Always Orange, 03 Harmony Pink, 04 Tasty Pink & 05 Coke Red.


4. COKE BEAR TINT (6ml - RM 78) 



Alahai yang ini lagilah comel!!! Siap ada beat kat penutup tu tau. Geramnyaaa Nanie tengok. Rasa nak gigit je polar bear dalam Mini Snowglobe tu yang merupakan ikon untuk Coke Holiday! Siap ada snow flakes lagi tau. 

Lip Tint ini memberikan dewy hint colour yang sangat menarik dan vibrant. Gunakan sikit pada bibir dah cukup menyerlahkan keremajaan korang. Warnanya yang terang dan translucent, memberikan efek solekan Korea yang dual-tone lips tu. Bukan sekadar warna yang cantik, ia turut melembapkan bibir dengan kombinasi unik Red Fruit Complex yang membuatkan bibir sihat, mungil dan menarik. 





Pada Nanie sendiri, bila Nanie memiliki koleksi THE FACE SHOP x COCA COLA ni, secara tak langsung ia menjadikan koleksi makeup Nanie ke satu level yang lain. Ewah! Serious. Sebab ianya menjadi satu daya tarikan yang cukup unik! Mesti geram kan peminat Coca Cola? 


So, ni Nanie melaram sikitlah dengan koleksi makeup THE FACE SHOP x COCA COLA. Kena pulak Nanie pakai tudung dan baju merah kan? Heheheh. Walaupun Nanie memang menyerlah dengan warna merah, tapi dia tetap nampak subtle. Tak terlalu garang sangat kan? 



Bagi peminat-peminat Coca Cola khususnya, rebut peluang ni untuk dapatkan koleksi makeup THE FACE SHOP x COCA COLA hari ni. Korang boleh pergi ke mana-mana outlet THE FACE SHOP sebagaimana link yang Nanie berikan kat bawah ni ok! 


THE FACE SHOP WEB PAGE :

THE FACE SHOP ONLINE STORE :


THE FACE SHOP OFFICIAL FB PAGE :

THE FACE SHOP OFFICIAL IG PAGE :





  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.