bra

Neubodi : Tak Tahu Pun Selama Ni Pakai Saiz Bra Yang Salah!

3:58:00 PM

Assalamualaikum semua 

Sebagai wanita, penampilan kita amat dititik beratkan. Kita tak boleh pandang mudah. Tak kiralah sama ada dah berkahwin atau masih bujang. Pemakaian, ketrampilan dan peribadi kita perlu berjalan seiring. Selain daripada sedap mata memandang, sebenarnya ia juga memberikan keyakinan kepada diri kita untuk bergaul dengan orang lain. Setiap inci tubuh badan kita perlu dijaga dan dicantikkan. Head-to-toe orang kata. Termasuklah aset yang berharga buat wanita iaitu payudara. 


Namun, menurut kajian dan artikel daripada New York Post baru-baru ini mendedahkan 8/10 wanita menggunakan bra yang salah! Yes!!! Bra yang salah ye. Ni bukan soal salah pakai bra depan ke belakang, belakang ke depan. Tapi lebih kepada pemilihan saiz, pemilihan cup dan cara yang betul dalam pemakaian bra. 



Pemakaian bra yang salah bukan sekadar menyebabkan kita tak confident, malahan ia turut menyebabkan risiko kepada sakit bahu, sakit tulang belakang dan juga ketidak selesaan kepada kita untuk melakukan rutin harian. Dibawah ni Nanie lampirkan beberapa kesilapan akibat daripada penggunaan saiz bra yang salah. 


Korang yang baca post blog Nanie kali ni anggap entry ni sebagai sesuatu yang bermanfaat. Satu ilmu yang mungkin korang belum tahu. If dah tahu, sebarkan pada kawan-kawan lain supaya lebih ramai dapat manfaatnya. 


Tak kiralah apa juga saiz payudara seseorang wanita itu, atau bagaimana saiz badannya... pemilihan bra yang betul dan sesuai dengan aktiviti dilakukan amat penting. Bra bukan sekadar satu pakaian dalam yang "wajib" dipakai setiap hari, tetapi fungsi bra adalah jauh lebih besar daripada itu. Bra bukan sekadar memberi perlindungan kepada payudara sahaja, ia turut memberikan sokongan kepada postur tubuh badan dan tulang belakang kita. 


Baru-baru ini, Nanie diberikan peluang dan kesempatan untuk menghadiri workshop bersama Neubodi, The Leading Bra Specialist. Neubodi telah berada di pasaran sejak 10 tahun lepas iaitu pada 2008 oleh Ms Ann Tan. Dengan falsafah mereka iaitu "Every Woman Deserves the Right Bra" - Neubodi menekankan pemilihan bra yang sangat particular mengikut beberapa step wajib yang perlu diterapkan kepada pelanggan.


Apabila Nanie masuk ke butik Neubodi yang terletak di Kota Damansara, mereka mempunyai pelbagai pilihan pakaian dalam termasuk bra dan seluar dalam, sehingga lebih 600 pilihan  yang mengikut variasi saiz, warna, style, material dan kegunaan. Malahan Neubodi juga menawarkan pilihan saiz bermula dari 65A sehingga 100I. Jadi, kalau korang berbadan besar macam Nanie pun jangan risau. Insya Allah Neubodi ada pilihan saiz untuk korang. Jangan malu-malu, kita kan sama-sama perempuan. 




Menurut Neubodi, terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil perhatian sebelum memilih bra yang tepat untuk seseorang wanita. Apa yang menarik, semua Neubodi Bra-Fitting Professionals mengamalkan cara ini untuk ukuran bagi bra seseorang. 



Langkah utama yang diperlukan adalah melalui : 

1. Scan dengan mata - Yes! Hanya melalui pandangan sahaja mereka boleh mengagak ukuran yang sesuai untuk pelanggan. 

2. Penggunaan tangan - Selepas itu, mereka akan menggunakan tangan untuk mengetahui dengan lebih tepat cakupan tubuh badan kita. 

Jangan sesekali pun korang segan atau malu sewaktu proses ini dilakukan. Mereka membantu kita dengan begitu baik sekali. Malahan, dengan cara ini juga, saiz sebenar untuk bra kita dapat dikenal pasti. 
Pemilihan bra yang betul adalah sebagaimana beberapa kriteria dibawah. Korang boleh rujuk gambar kat bawah ni dan memang kena sentiasa tahu dan ingat setiap kali nak beli bra. Tetapi jika korang rasa tak yakin dan tak sure dengan pilihan korang, Nanie sarankan korang datang je kemana-mana butik Neubodi. Tanya je pada yang pakar. Insya Allah memang mereka membantu.


Nanie perasan bra di Neubodi semuanya menggunakan ciri-ciri sokongan sebagaimana yang ada dalam gambar di atas. Setiap bra yang ada disitu memang bertepatan dengan fungsinya untuk memberikan keselesaan dan sokongan kepada si pemakai. 









Bra di Neubodi mengutamakan 3 perkara ini : 

1. Perfect Fit - dengan pilihan yang pelbagai saiz, warna dan jenis, bra Neubodi direka untuk memberikan pengalaman yang selesa kepada pemakai di samping menjadikan wanita cantik & yakin. 

2. Premium Details - Setiap bahagian bra Neubodi akan melalui 45 stage pembuatan dengan penggunaan 60 matrerial yang berbeza agar bra tahan lama, tahan lasak dan sesuai dengan rutin serta aktiviti pemakai. 

3. Supportive Comfort - Disebabkan penggunaan bra adalah dalam tempoh yang lama dan panjang, keselesaan memang menjadi tunjang utama. Dah tak ada lagi rasa tercucuk sakit dengan mana-mana bahagian. 








Pengalaman Nanie sepanjang berada di Neubodi, Nanie memang rasa selesa sangat berurusan dengan mereka. Tak ada rasa nak malu ke apa. Sebab  mereka memang profesional. Pegang badan kita dengan baik dan akan suggest saiz yang sesuai dan padan dengan kita.


Time tu, sekiranya kita ada rasa tak selesa, mahupun sakit di bahagian mana-mana terus je bagitau pada Neubodi. Mereka akan sesuaikan preference kita dengan bra yang ada. Nanie yakin dengan lebih 600 pilihan, tak kan tak ada yang sesuai kan? 









Oh ya, korang jangan risau sebab kat situ bilik persalinan ada disediakan. Lagi satu plus point yang Nanie nampak bila ke butik Neubodi, kita jadi tak segan sebab kalau di mall biasanya orang lalu lalang kan. Bila di butik, rasa lebih privasi dan bebas untuk pilih, untuk cuba dan banyak masa untuk kita cari bra yang paling sesuai. 



Hari tu, Nanie sambar 2 bra yang sesuai dengan Nanie dan totally berubah ye! Hahaha. Susah Nanie nak explain. Maksud Nanie - perubahan dari segi postur badan, cara pemakaian dan gaya juga berubah. Nanie sendiri dah alami perubahan tu. Tak caya? Korang cuba bandingan gambar first Nanie letak atas tadi dengan gambar atas ni. Korang nampak tak postur badan Nanie masa berdiri lain. 

Tak sangka dengan hanya pemilihan bra yang tepat dan sesuai dengan kita, ketrampilan diri akan berubah. Bila kita selesa dan yakin dengan badan kita, maka orang lain yang memandang juga berubah. Melihat kita dengan penuh gaya dan keyakinan. 


Korang jangan rasa takut atau risau nak masuk butik Neubodi tau. Harga yang ditawarkan boleh mengikut bajet kita. Bra di Neubodi ada yang bawah RM 100 jugak. Macam tempoh hari, bra yang menjadi pilihan Nanie berharga RM 245.00 sepasang. 





Oh ye, seluar dalam di Neubodi pun best tau! Nanie ada try hari tu...untuk plussize macam Nanie - serious selesa. 2 helai RM 55.60. Total untuk hari tu, 2 pasang bra & 2 helai seluar dalam, Nanie spent RM 550. Rasa berbaloi jugak sebab ketahanan setiap baju dalam Neubodi sehingga 18-24 bulan.



Nanie lampirkan kat bawah ni senarai lokasi butik Neubodi & link-link berkaitan untuk rujukan korang semua. Korang boleh datang je ke butik dorang, rasakan dulu pengalaman ukuran saiz yang betul. Tak beli pun tak pe. Yang penting ada pengalaman dengan Neubodi. 




STATELOCATIONLOT NUMBER/LELELTEL NUMBERADDRESSMAP
KUALA LUMPUR
Neubodi
SELANGOR
1 UTAMAF105, 1st Floor+603772583851 Utama Shopping Centre, No. 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor D.E.Neubodi Store
AEON BUKIT TINGGI SHOPPING CENTRELot S16, 2nd Floor+60333184797No 1 Persiaran Batu Nilam 1/KS6, Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang, Selangor D.E.Neubodi Store
BANGSAR VILLAGE IILot 1F-1B, 1st Floor+60322822368No. 2, Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.Neubodi Store
EMPIRE SHOPPING GALLERYUG05, Upper Ground Floor+60356218385Jalan SS16/1, SS16, 47500 Subang Jaya, Selangor D.E.Neubodi Store
ENCORP STRANDG Floor+60361501288Jalan PJU 5/20D, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor D.E.Neubodi Store
MID VALLEY MEGAMALLLot F063, 1st Floor+60322823168Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200, Kuala Lumpur.Neubodi Store
ROBINSONS AT FOUR SEASONS KL1st Floor (Lingerie Department)+60125230128145, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala LumpurNeubodi Store
PENANGGURNEY PLAZALot 170-02-12A, 2nd Floor+6043707357Persiaran Gurney, 10250 Pulau Pinang.Neubodi Store
SABAH
Neubodi
SARAWAK
IMAGO SHOPPING MALLLot 1-38, 1st Floor+6088275068Jalan Coastal, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.Neubodi Store
SURIA SABAH SHOPPING MALLLot 1-78, 1st Floor+6088486268Jalan Tun Fuad Stephen, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.Neubodi Store
VIVACITY MEGAMALLLot L1-045, Level 1+6082263738Tabuan Jaya Baru 2, 93350 Kuching, Sarawak.Neubodi Store




  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.