REVIEW THE FACE SHOP INK LASTING FOUNDATION SLIM FIT

2:18:00 PM

Assalamualaikum semua 

Rasanya semua orang memang tahu Nanie penggemar makeup. Bermula sejak bila, Nanie boleh katakan zaman kat universiti kot... dalam tahun kedua kat UM dulu Nanie dah start seriously suka bermekap. Tapi... zaman tu, tengah tak ada duit. Jadi, makeup guna benda basic je.

Bila dah bekerja ni, barulah Nanie berani spent duit ke arah makeup stuff. Pada Nanie, dengan bermekap bukan sekadar memberikan keyakinan, tapi lebih kepada menyerlahkan kecantikan diri agar nampak pleasant depan orang lain. But, ada masa... memang Nanie bare face. Sekali sekala kena free-makeup day. Bagi kulit bernafas gitu kan! 

Untuk Nanie, antara makeup stuff yang menjadi keutamaan Nanie selain skincare adalah foundation. Foundation yang betul dan sesuai dengan tona warna kulit kita menentukan cantik atau tak makeup kita hari tu. Sebab tu Nanie agak choosy sebenarnya memilih foundation. 




Sebab tu, bila THE FACE SHOP memperkenalkan pada Nanie THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit SPF30 PA++ Nanie betul-betul teringin nak cuba & nak rasa kehebatannya. Sebab Nanie ada baca banyak review yang bagus-bagus berkenaan foundation ni. So, memang tak sabar pulak nak cuba kan. 


Selalunya, bila sebut foundation... mesti datang dalam bentuk botol kan. Apa yang menarik untuk THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit ni, ia datang dalam dua packaging. Dalam bentuk botol dan compact. Bagus betul bila ada dua packaging macam ni. Yang botol boleh Nanie letak kat meja solek, meanwhile yang compact - Nanie memang bawak ke hulu ke hilir dalam handbag. Senang nak touch up! 

THE FACE SHOP INK LASTING FOUNDATION SPF30 PA++




THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit SPF30 PA++ mengandungi Biosaccharide Gum-1 yang mana sangat membantu dalam memberikan kelembapan yang pantas dan berpanjangan kepada kulit wajah. Nanie sendiri tak suka, walaupun bermekap tapi kulit kering dan merekah. 

Ia bukan sekadar mencacatkan solekan malahan tak bagus untuk kulit kita. Foundation ini juga mempunyai tekstur yang sangat ringan dan mudah untuk di blend pada kulit. Didatangkan dengan 4 pilihan tona warna (V201, V203, N201 and N203) ianya amat berpadanan dengan tona kulit wanita Malaysia. 





Dengan kombinasi 2 ingredients utama iaitu Flat Cover Pigment & Air Pore Powder, THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit  memberikan keselesaan semasa dipakai. Dengan kuasa Air Pore Powder yang mempunyai kebolehan untuk 4x menyerap minyak sebum dan seterusnya mengawal masalah kulit berminyak. Ia juga berperanan untuk memberikan kecerahan pada kulit wajah kita. 


THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit juga turut diperkaya dengan Adenosine iaitu bahan anti penuaan yang membuatkan kulit tegang, cantik dan bermaya. Dari segi harga pula, pada Nanie harga yang ditawarkan adalah reasonable dan bersesuaian dengan keupayaan foundation ini dalam menutup cela. 



Bagi Nanie, foundation yang bagus adalah foundation yang berupaya menutup cela tetapi mudah untuk ditanggalkan. Ia secara tidak langsung membuatkan kulit jadi segar selepas dibersihkan tanpa meninggalkan sebarang makeup residue. 


So far, memang Nanie suka dengan performance yang dihasilkan THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit. Langsung tak berminyak, tak terlalu tebal dan paling penting tak menutup pori selepas dibersihkan. Jadi senang dan blended very well dengan skin tone Nanie. 

Boleh dikatakan almost every day - even untuk daily used pun Nanie gunakan THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit. Sebab dia selesa dipakai, tak cakey dan buatkan solekan nampak sekata. Malahan masalah kulit pun dapat dicover! Cantik je... sempurna! 

Harga untuk THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit : 

Bottle - RM 93 (30ml) 
Compact - RM 118 (15ml) 

Untuk maklumat lanjut & pembelian, korang boleh klik link-link yang Nanie sediakan di bawah ni. 

THE FACE SHOP WEB PAGE :

THE FACE SHOP ONLINE STORE :


THE FACE SHOP OFFICIAL FB PAGE :

THE FACE SHOP OFFICIAL IG PAGE :






  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.