The Face Shop Nokyong Collagen Contour Life Gold Capsule Cream

5:19:00 PM

Assalamualaikum semua

Menjadi seorang wanita, kecantikan sentiasa menjadi prioriti utama. Tak kiralah di usia berapa pun. Pada Nanie, kecantikan bukan sekadar menjaga kesihatan dalaman, personaliti dan penampilan luaran juga perlu dititik beratkan.Terus terang Nanie katakan, sejak melepasi usia 25 tahun ni, Nanie ada ubah sikit skincare routine Nanie. Maklumlah orang kata kulit dah matang kan. Jadi dari segi penjagaan Nanie memang upgrade kepada sesuatu yang ada 'extra value' gitu.



Korang tahu tak yang setiap hari kulit kita mengalami penuaan? Walaupun kita sedang tidur, kulit tetap menjalani proses penuaan. Ingat! Kita tidak boleh sesekali menghentikan proses ini. Yang kita boleh buat adalah "Embrace Our Age!". Jadi apa tanda-tanda kulit sedang mengalami penuaan? 

5 TANDA AWAL KULIT MENGALAMI PENUAAN 

  • Kulit kita menunjukkan kedutan penuaan seawal usia 25 tahun 
  • Selain daripada kedutan, garisan penuaan (fine line) juga mudah terlihat bagi kulit yang mengalami penuaan. 
  • Bahagian bawah mata dan dahi paling awal terlihat kedutan dan garis penuaan 
  • "Sagging Skin" pula senang dilihat pada kawasan pipi dan adakalanya penyebab utama adalah kerana urutan cucian muka yang salah 
  • Wanita lebih cepat tua kira-kira 30% awal daripada lelaki 

Jadi atas kesedaran untuk menjaga kecantikan kulit wajah daripada "serangan" tanpa henti penuaan tu.. ececeh macam dah tua sangat je Nanie kan? Nanie try Yehwadam Nokyong Collagen Contour Lift Gold Capsule Cream. Dari series skincare Yehwadam. Nanie pernah review kat link ni : 







Yehwadam Nokyong Collagen Contour Lift Gold Capsule Cream adalah lifting care cream yang mengandungi Nokyong Collagen yang diletakkan dalam kapsul gold untuk menegangkan kulit dan  mengatasi masalah 8 Garisan Penuaan serta memberikan keremajaan pada kulit kita supaya lebih firm. 



Mesti semua nak tahu kan apa itu Nokyong Collagen? Nokyong Collagen adalah sumber kolagen yang telah lama digunakan dalam bidang kecantikan kulit. Nokyong Collagen diambil herba tradisional masyarakat Korea - ekstrak daripada tanduk rusa (deer antler). Antara manfaat yang diberikan adalah untuk meningkatkan perjalanan darah di samping meningkatkan tahap elastik kulit supaya kekal tegang dalam memperlahankan simptom garis penuaan. 

Apa itu 8 Garisan Penuaan?

Garisan penuaan adalah garisan yang muncul apabila kulit mula mengalami kematangan yang mana garisan wajah akan bertambah terutama pada bahagian facial contour line. Terdapat 7 jenis garisan penuaan pada wajah sahaja : dahi, antara mata, bahagian mata, bawah mata, laugh lines (tepi pipi), bibir dan leher. Seterusnya satu lagi adalah pada facial contour lines - outer lines yang menghubungkan pipi dan jaw kita.






Personally, Nanie suka dengan krim ni sebab datang dalam bentuk pearl jelly dengan ekstrak gold 24K. Krim yang pekat, rich dan dengan bauan segar ini memerlukan kita untuk pecahkan pearl sebelum di sapu rata pada keseluruhan wajah. 


Bagi memastikan kebersihan dan keselamatan terjamin, krim ini turut didatangkan dengan spatula. Ia membantu untuk kita ambil pearl tersebut dan dipecahkan, barulah disapu lembut dan rata ke seluruh wajah. Terutama bahagian-bahagian yang cepat berkedut. Seperti kawasan dahi dan bawah mata. 








Semasa Nanie gunakan Nokyong Collagen Contour LIft Gold Cream, Nanie suka effect sejuk dan nyaman yang diberikan kepada kulit wajah Nanie. Masa tu pulak Nanie gunakan sebelum tidur malam. Lepas mandi & dah relaks, kulit muka pun dah bersih... terus sapukan krim ni. 

Nanie yakin dengan penjagaan kulit muka sejak dari awal lagi, Insya Allah memang kita akan nampak hasilnya. Kulit Nanie walaupun tak ada jerawat, tapi disebabkan faktor usia dan selalu duduk dalam air-cond, secara tak langsung boleh jadi kusam dan tak bermaya.






Jadi pada Nanie, untuk kita spend sikit pada skincare series kita memang tak salah. Asalkan ia produk yang berikan manfaat pada kulit wajah kita untuk tampil cantik. fresh dan senang di pandangan orang. Harga untuk Nokyong Collagen Contour Lift Gold Capsule Cream adalah RM 257.90. 

Korang boleh check produk The Face Shop pada link-link yang Nanie tinggalkan kat bawah ni ok : 

THE FACE SHOP WEB PAGE :

THE FACE SHOP ONLINE STORE :


THE FACE SHOP OFFICIAL FB PAGE :

THE FACE SHOP OFFICIAL IG PAGE :



  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.