Jayeon Aloe Vera Products Review

2:23:00 PM

Assalamualaikum semua 

Diam tak diam, tak lama lagi Nanie menginjak umur 30 tahun. Woi dah tua woi! Hahahah. Tapi biasalah dah nama pun manusia. Mana ada manusia makin lama makin muda kan. Itu normal lah. Cuma, bila kita makin bertambah usia ni...makin banyak benda kita kena concern. Especially aspek penjagaan kecantikan dan kesihatan kita. 

Nanie sentiasa percaya, bahan-bahan semulajadi sangat berkhasiat tinggi dan memberi banyak manfaat kepada kita. Sebab tu bila Jayeon approach Nanie untuk kolaborasi, Nanie tengok pada bahan yang digunakan. Which is Alove Vera. 




Walaupun Nanie yakin korang mesti selalu dengar manfaat Aloe Vera, Nanie tetap nak cerita jugak betapa Aloe Vera ni sangat bagus. Terutama dalam memberikan kelembapan dan mengekalkan kelembapan kulit kita. Itu jugaklah  menjadi antara sebab Nanie percaya dan yakin dengan Aloe Vera. 


Aloe Vera mengandungi proteolytic enzyme yang berfungsi untuk memperbaiki sel badan kita yang rosak. Ia juga mempunyai kebolehan dalam memegang rantaian air pada sel kulit kita agar terus lembap. Terutama bagi pesakit ekzema, jangan sesekali biarkan kulit kering.Kulit kering tu punca gatal-gatal tau!
Untuk kolaborasi bersama Jayeon kali ni, Nanie diberikan 3 jenis mask muka, 1 soothing gel & 1 facial cleaser. Kesemuanya berasaskan Aloe Vera. The best part kandungan aloe vera dalam produk Jayeon adalah sehingga 98% tau. Banyak tu. So, memang bagus sangat untuk mereka yang berkulit kering.


JAYEON ALOE HYDRATING MASK (Moisturizing & Soothing) 


Memberikan lapisan perlindungan kepada kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit, mengelakan ketidakselesaan kulit serta memperbaiki tekstur kulit yang bermasalah. Mask ini juga diperkaya dengan Licorice Root Extract yang mana sangat bagus dalam membantu mencerahkan kulit wajah dan sebagai sumber anti-oksidan.


JAYEON RASPBERRY BRIGHTENING MASK 


Berperanan sebagai sumber anti-oksidan, mask ini juga sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kulit terbakar. Mask ini juga sangat-sangat bagus dalam meningkatkan kesihatan kulit wajah terutama buat mereka yang berkulit kering dan tekstur kulit kasar. Dengan khasiat Raspberry yang kaya Vitamin C, ia sedikit sebanyak membantu memberikan perlindungan kulit daripada sinaran matahari merbahaya dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi.


JAYEON PEARL WHITENING MASK 


Mask yang memfokuskan kepada kecerahan kulit wajah untuk tampil glowing membuatkan Nanie rasa mask ni melengkapkan keperluan kulit Nanie. Ia diperkayakan dengan Vitamin E agar kulit dapat menerima nutrient yang secukupnya. Ia juga membantu kulit untuk rejuvenate daripada dehidrasi dan kerosakan akibat radikal bebas dari pencemaran dan kekotoran seharian kita. 




Selain daripada khasiat setiap mask, Nanie paling suka quotes yang diberikan atas setiap packaging mask Jayeon ni. Comel and deep kot. Contohnya macam yang Raspberry Brightening Mask ni... "Shine, Like The Whole Universe is Yours!". Uish! Betul-betul inspirasi dan bagi semangat. Walaupun nampak simple, tapi untuk orang macam Nanie yang suka self-improvement quotes, its mean a lot! 





JAYEON ALOE WHITE FACIAL CLEANSER 

Cleanser ni Nanie suka sangat sebab dia buatkan kulit rasa bersih sangat. Dengan bau Aloe Vera + Berry, so bau dia pun sedap je masa apply. Tak langsung rasa pedih and sesuai untuk semua jenis kulit. Menggunakan aloe vera daripada pergunungan California yang sangat bagus untuk lembapkan kulit wajah. 

Ia juga terjamin tidak mengandungi sebarang bahan-bahan yang merbahaya seperti alkohol, paraben, minyak  mineral dan minyak haiwan. Jadi untuk mereka yang berkulit sensitif pun boleh guna tanpa kerisauan. 





JAYEON ALOE VERA FRESH SOOTHING & MOISTURISING GEL 



Soothing & Moisturizing gel ni merupakan Most Favorite item untuk produk Aloe Vera. Banyak ye khasiat Aloe Vera soothing gel ni. Especially kalau lepas sun burn atau cuaca panas. Apply je Soothing Gel ni pada kawasan yang burn, Insya Allah bagus. Cam tu jugak kalau korang lepas laser kulit wajah, kan rasa terbakar kan... apply je gel ni. Memang lega! 



Jadi, Nanie memang nak suggest untuk semua try Jayeon products ni. Berbaloi beli untuk simpanan and its a must have items. Banyak khasiat dan manfaat dia untuk kulit kita tau. Nanie sendiri suka Jayeon ni. Dia rasa rich sangat setiap kali di apply pada kulit wajah. Tak berminyak langsung & paling penting harganya jimat.

Korang nak beli produk Jayeon? Boleh klik link ni : https://www.11street.my/store/beautyasia atau korang boleh je terus ke http://www.11street.my



  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.