Review THE FACE SHOP Face Mask | #7Days7KoreanMaskChallenge

6:04:00 PM

Assalamualaikum semua 

Korang tengok tak kebelakangan ni kat IG Story ni, memang Nanie pulun pakai mask! Hahahaha. Penuh IG Story Nanie update mask mana yang menjadi kegilaan Nanie. Di samping Nanie update tu, of course lah ramai juga rupanya kawan-kawan Nanie yang pun sama gila mask ye! 


Penggunaan face mask untuk kulit wajah sememangnya menjadi semakin popular di kalangan orang Asia. Malahan ia menjadi sebahagian dari Beauty Regiment buat wanita-wanita bagi mengekalkan dan mencantikkan kulit wajah. 

Penggunaan yang tidak melecehkan, kos yang murah & masa yang singkat membuatkan ia sangat mudah digunakan tanpa mengira masa. Malahan Nanie sendiri, bila Nanie dah mulakan pakai mask untuk 7 hari ni, Nanie rasa suka sangat! 


Nanie bersyukur sangat bila THE FACE SHOP, baru-baru ni berikan Nanie banyak face mask untuk Nanie cuba sendiri setiap malam. Bila buat macam ni, Nanie boleh letakkan TOP 3 pilihan Nanie dan kenapa sebabnya. Korang mesti nak tahu kan? Kalau korang nak tahu, baca sampai habis. 

Sebelum beli face mask, korang kena jugak amek tahu material sheet mask tersebut. Setahu Nanie, ada 4 jenis sheet mask : 

1. Fiber (non-woven) 

Mempunyai permukaan yang sedikit kasar teksturnya seolah-olah kerta. Fiber mask kebiasaanya dijual murah dan mampu memberikan kelembapan kepada kulit wajah. Mask jenis fiber ni cepat mengering dan mudah bergerak. Susah nak bagi dia maintain kat muka. 


2. PULP 


Jenis mask Pulp ni pulak mempunyai tekstur yang lebih lembut. Namun fungsinya tak jauh beza pun dengan sheet mask atas tu. Kebanyakan pulp mask tidak digunakan untuk menambah kelembapan kulit wajah, tetapi lebih kepada untuk rejuvenating skin. 


3. Hydro-Gel 


Yang ini memang favourite Nanie! Ohmy!!! Serious Nanie suka gila. Selain daripada better perfomance, mask jenis hydro gel menjadi pilihan ramai kerana cooling effect yang diberikan. Malahan, dengan hydrogel mask ini jugak, kadar penyerapan serum atau bahan aktif terhadap kulit dikatakan sangat tinggi. Namun, kelemahannya adalah hydrogel mask mudah koyak! Kena handle carefully. 


4. Bio-Cellulose 

Bio Cellulose, merupakan jenis yang juga terbaik dalam memberikan kelembapan kepada kulit dan merawat. Tekstur yang lembut dan sejuk memberikan kelegaan kepada kulit wajah. Ia juga menjadikan mask sentiasa lembap dan selesa dipakai selama 15-20 minit. 

Dalam banyak-banyak mask yang diberikan THE FACE SHOP, ini merupakan TOP 3 pilihan Nanie. Mengikut kepada preference Nanie tau! 



TOP 3 Pilihan Nanie : 

1. Dear Packer Rose Honey Mask 


Nanie suka sebab jenis masknya Hydro Gel, saiz yang besar muat untuk melitupi seluruh kulit wajah Nanie dan saiz muka Nanie yang besar. Bauan yang menenangkan buatkan ia selesa untuk kegunaan sebelum tidur. Berfungsi untuk berikan kelembapan yang berpanjangan. Terbukti berkesan selepas Nanie gunakan sebelah malam lepas berjemur bawah matahari. 

Harga : RM 14.00/mask 


2.  Bio Cell Moisturizing Mask 

Mask yang ini Nanie suka sebab tekstur bio-cellulose yang superb & sejuk gila. Kebetulan Nanie pakai time keluar rumah + cuci kereta. Relaks je Nanie drive tanpa risau yang dia boleh jatuh sebab dia terletak cantik je pada kulit wajah kita. Selain tu, kelembapan yang diberikan juga berpanjangan! 

Harga : RM 14.90/mask 


3. Dr Belmeur Gauze Soothing Mask 

Sekiranya korang ada luka atau parut jerawat, Dr Belmeur Soothing Gauze Sheet Mask ni sangat bagus. Ia memberikan kelegaan pada kerengasan kulit wajah dan pantas mengecutkan segala jerawat dan parut jerawat. Malahan dengan bahan aktif yang ada dalamnya, ia membuatkan kita rasa selesa sangat pada kulit wajah! 

Harga : RM 13.00/mask 


So, secara kesimpulannya, Nanie memang suka mask wajah dari THE FACE SHOP ni dan Nanie memang akan teruskan penggunaan untuk kekalkan kelembapan kulit wajah di samping membuatkan kita tampil berseri dengan kulit wajah yang sihat! 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link-link di bawah : 

THE FACE SHOP WEB PAGE :

THE FACE SHOP ONLINE STORE :


THE FACE SHOP OFFICIAL FB PAGE :

THE FACE SHOP OFFICIAL IG PAGE :

  • Share:

You Might Also Like

1 Inspirasi Dari Pembaca

  1. BEST SANGAT PAKAI MASK TU. BANGUN PAGI RASA FRESH DAN KULIT MUKA SOFT SANGAT -

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.