Sunway Lancarkan Soapful #SunwayForGood Untuk Projek Tanggungjawab Korporat & Sosial

5:15:00 PM

Assalamualaikum semua

Kawan-kawan blogger masih lagi mengusik Nanie sebagai "Gadis Bertuah" selepas event Sunway Soapful pada 5 Disember 2018 yang lepas. Pada yang follow instagram Nanie mesti dah dapat agak kenapa agaknya, Nanie dipanggil gadis bertuah...

Yes! Pada event tersebut, dalam ramai-ramai orang kat situ, Nanie menerima sabun khas yang dibalut sendiri oleh D.Y.T.M Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor. Memang kembang kuncup Nanie kat tepi beliau tau. Tak caya korang tengok lah gambar bawah ni.




“TERIMA KASIH TENGKU AMIR HADIAHKAN SY SEKETUL SABUN!!!” . . Rasa macam tak percaya bila anak raja hadiahkan sabun pada Nanie. Besar maknanya! . . Begitu jugaklah besar maknanya seketul sabun Sunway Soapful ni kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan (PKAYDEM). . . The Soapful Project, adalah projek kolaborasi Ecolab Sdn Bhd, Kinder Soap Sdn Bhd & Selangor Youth Community. Sabun-sabun daripada semua hotel-hotel Sunway akan dikumpul & dikitar semula utk menjaga kewangan bagi rumah anak yatim ini. . . Walau apa pun, perasaan Nanie sampai sekarang masih berbunga bila mengenangkan sabun hadiah dari DYTM Tengku Amir, Raja Muda Selangor. 😍😍😍 . . @sunwayreshotel #SunwaySoapful #SunwayForGood #blogcoklateyes #blogger #lifestyleblogger #happylife #selangor #rajamudaselangor #dreamcometrue
A post shared by PLUSSIZE BEAUTY BLOGGER (@innanieariffin) on


Pengalaman bertemu bertentang mata dengan Raja Muda Selangor ni merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ia adalah bersempena dengan Majlis Pelancaran Sunway Soapful #SunwayForGood.


Projek Soapful merupakan projek kolaborasi Ecolab Sdn Bhd, Kinder Soaps Sdn Bhd dan Selangor Youth Community (SAY). Projek yang mensasarkan kepada pengumpulan dana bagi membantu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) untuk kick-start social enterprise mereka. 






Sebenarnya usaha kolaborasi yang dilakukan oleh Sunway ini sangat murni. Selain daripada memberikan dana untuk kelangsungan yayasan tersebut, ia juga sedikit sebanyak membantu dalam mengawal pencemaran alam. 





Untuk pengetahuan korang, sebanyak kira-kira 100kg sabun yang masih elok dan hanya digunakan sedikit sahaja dari semua hotel Sunway. Oleh itu, Sunway Hotel & Resort melihat cara ini sebagai satu alternatif yang mesra alam. 



Pengumpulan semua sabun yang terpakai akan dilakukan oleh Ecolab kemudian mereka akan proses semula dengan pelbagai prosedur agar kebersihan setiap sabun terjamin dan tepelihara. Walapun ia adalah sabun yang terpakai, namun jangan sesekali mengabaikan kebersihannya. 


Semasa majlis, Ecolab menunjukkan kepada Raja Muda Selangor langkah-langkah pemprosesan sabun terpakai tersebut bermula daripada Granting - Mixture - Molding - Cutting & Packing. Tu yang Nanie dapat seketul Soapful dari Raja Muda Selangor tu.




Nanie berharap dengan adanya program sebegini, ia bukan sahaja memberikan impak kepada keadaan alam sekitar kita, malahan ia turut memberi sumbangan sosial kepada mereka yang menerima manfaatnya. Anak-anak ini mempunyai dana yang mencukupi untuk kelangsungan hidup mereka disamping memberikan nilai-nilai moral yang baik sebagai contoh kepada masa depan kita. 

Peranan Sunway sebagai sebuah badan korporat yang besar dan berpengaruh memberikan harapan yang besar buat anak-anak ini. Malahan, ini juga merupakan sumbangan CSR yang bagus impaknya kepada keseluruhan masyarakat. Mudah-mudahan lebih ramai badan korporat yang berhati mulia untuk projek-projek sebegini. 

#SunwayForGood 

  • Share:

You Might Also Like

18 Inspirasi Dari Pembaca

  1. bagus ada kempen-kempen sebegini, at least kite dapat membantu anak-anak yatim ni mengumpulkan dana

    ReplyDelete
  2. Ciieehh.... senanglah bisa jumpa sama Raja Muda Selangor di Majlis Pelancaran Sunway Soapful nih hehehee...
    Btw nih sabunnya bagus ya

    ReplyDelete
  3. good to see you at this event too, it's so meaningful and glad to see all hotel soaps are repurposed. It's good for environment and indeed to the community. Reduce the wastage.

    ReplyDelete
  4. 100kg sabun leftover dr hotel... memang byk juga tu kan tapi sabun2 tu diproses semula dan diberikan ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim bagus juga kerana mengurangkan pembaziran sabun terpakai

    ReplyDelete
  5. Wah bertuah Nanie dapat sabun dari YTM raja Muda. Mesti sampai sekarang tak guna lagi sabun tu kan..hehehe

    Tapi betul jgua la kan. Kekadang sabun kita guna sikit je. Lepas tu tinggal je kat hotel tu. Kalau diorang buang membazir pula. Baguslah inisiatif sebegini. Dapat jimatkan dan selamatkan alam sekitar.

    ReplyDelete
  6. Menarik program macam ni. Satu kolaborasi terbaik bagi mewujudkan kesedaran dan membuat amal dalam membantu yang lebih memerlukan. Anjuran sebegini harus diteruskan supaya nilai² murni akan terus disematkan dalam diri setiap insan di dunia ini. Bestlah dpt sabun special daripada Tengku Amir 💟

    ReplyDelete
  7. awww menyesal ku tak pergi sebab i pergi trip on the day, hensem la tengku tu kalau i pergi boleh cuci mata.. haippp**** OKAY BACK TO the real tajuk... i nak ucapkan tahniah pada yang terlibat untuk csr ni... walaupun sabun ianya dah beri senyuman pada mereka yang memerlukan.. i pun suka gak dapat hadiah sabun lebih lebih lagi yang pakai kualiti the best... :)

    ReplyDelete
  8. Bagusnya usaha murni CSR pihak Sunway.. Setuju.. Moga lepas ni lebih bnayak6 badan korporat turut sama Kempen sebegini

    ReplyDelete
  9. Untunglah bukan setakat dapat tengok siap dapat sabun lagi dari Tengku Muda Selangor tu buat frame tak sabun tu jangan guna lak hehehe. Ini adalah satu usaha yang mulia kita tabik dengan mereka yang ingin membantu....

    ReplyDelete
  10. Bagus sangat inisiatif ni. Bukan semua organisasi nak buat perkara ni. Nak kena jaga hygiene, kualiti dan bungkus pun eksklusif. Hehehe. Well done Sunway!

    ReplyDelete
  11. Baru ni ada juga terbaca pasal soapful ni, bagus juga idea sabun kitaran ni, yang lebih bagus duit hasil jualan tersebut adalah untuk diberi kepada mereka yang memerlukan. Harap usaha murni ini akan terus berkembang dan berjaya

    ReplyDelete
  12. wow so many people posted about this, seems like you are probably the last one that i will read about this haha anyway good for them, contribute back to the society.

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  13. wahhh bagusnya usaha ini. suka dengan kempen yg macam nie sebab dapat bantu org ramai dan yg memerlukan. alangkah bagusnya sekiranya diperbanyakkan lagi kempen2 seperti ini. sebab bila yg ada nama turun padang, insyaAllah kempen akan berjaya.

    ReplyDelete
  14. Waaaaa.. Bertuah sangat. Bestnya nanie. Dapat jumpa dan bertentang mata lagi. Hehe
    Seronok tengok ramai yang join majlis amal mcm ni. Beri kesedaran tentang sabun eh..

    ReplyDelete
  15. Bagus sangat apa yang dilakukan csr ni. Wlakkan daripada mmbzir the buat then beri kepad ayang memerlukan. Good job. Wah unrung nanie dapat sabun daripada raja muda selangor. .Aucjh

    ReplyDelete
  16. Good buat program2 macam ni.. Bukan apa. .. Rugi kalau buang ja sabun yg guna skit tu. Disamping dapat mnjimatkan cost.. Dpt jugak generate sabun baru kan

    ReplyDelete
  17. Good effort for go green, recycle and also generate income for the needful! Awesome ideas! Keep it up the good cause! Support!

    ReplyDelete
  18. good effort dari sunway ...ajar anak2 untuk hargai dan jaga alam sekitar...saya pun suka guna sabun2 organik yag mesra alam..ingat dulu kecik2 ada satu daun tu kalau kita letak air dia akan berbuih macam sabun cuma bau jer tak berapa sedap...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.