Nasihat Untuk Graduan Yang Sertai Program SL1M

9:13:00 PM

Assalamualaikum semua 

Bulan Oktober lepas, adik Nanie selamat menamatkan pengajian di UMT, Terengganu. Alhamdulillah selesai dapat Ijazah Sarjana Muda! Nanie yang menghantar dan masuk sekali ke dewan dengan mak ayah ni memang rasa bangga sangat. Ye lah, ingat senang ke belajar. Banyak pengorbanannya. Pengorbanan diri sendiri, orang sekeliling juga segala macam bentuk tenaga, wang ringgit.



Satu program CSR dijalankan di syarikat Nanie  yang merupakan kolaborasi Program SL1M (Skim Latihan 1Malaysia) khusus untuk para graduan. Tujuan sebenar ini adalah sebagai satu ground base kepada graduan menimba pengalaman bekerja. Walaupun ia CSR program, gaji dan elaun mereka dibayar sepenuhnya oleh GLC yang terlibat seperti Khazanah, PNB & Sime Darby. 

Secara jujur, Nanie memang berminat dengan program sebegini. Sebab pada Nanie, sebagai senior  staf dalam company - program sebegini juga membentuk karakter leadership dalam diri Nanie. Di samping, mencurah pengalaman dan ilmu yang tak seberapa dalam pekerjaan ini kepada adik-adik yang baru. 



Namun. ada beberapa perkara yang Nanie nak sampaikan mengenai graduan-graduan baru. Pada pandangan Nanie, mereka semua bijak-bijak. Keputusan memang bagus-bagus, namun ada segelintir dari mereka mempunyai "attitude" kurang menyenangkan. 

Nanie melihat graduan hari ini jauh bezanya dengan yang dahulu. Pengaruh sosial media sedikit sebanyak membentuk satu kelompok belia yang sedikit angkuh. Nanie bukan menyerang peribadi mana-mana pihak tapi prinsip asasnya - ikut resmi padi untuk "Semakin berisi, semakin tunduk".



Bukanlah juga Nanie katakan kita perlu bodoh dan mengikut ibarat "Lembu dicucuk hidung", tetapi ambillah peluang yang ada ini sebagai satu ruang permainan dalam menimba ilmu serta pengalaman. Graduan perlu pro-aktif dalam menambah value diri.

Berkali-kali Nanie ingatkan kepada adik-adik semua, bidang kerja bukanlah semudah bidang belajar. Permainannya lain. Secara jujur ada banyak cabaran terutama dalam menangani krisis life-balance. Tapi jangan cepat putus asa. Setiap cabaran di tempat kerja itu sebenarnya memberi ruang dan peluang untuk mematangkan kita dan menjadikan kita bijak mengatur langkah kehidupan.

Nanie percaya, jika kita mempunyai prinsip dan perancangan - Insya Allah tiada perkara yang terlalu sukar untuk dilalui. Asalkan kita cekal, kita jujur dan berintegriti serta sentiasa menunduk untuk belajar dan menambah ilmu.

Itu je nasihat kakak! :)



  • Share:

You Might Also Like

1 Inspirasi Dari Pembaca

  1. Terima kasih Kak Nanie for the nasihat. I hope I will be a good employee/colleague when I start working in a few years (currently pursuing study Bachelor in Accountancy)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.