Tambah Duit Dengan Perniagaan Pau D'Sanjung | Modal Rendah, Keuntungan Banyak, Produk Tinggi Permintaan!

1:11:00 PM

Assalamualaikum semua 

Dunia hari ni semakin mencabar. Bukan semata-mata buat mereka yang dah berkeluarga. Yang hidup sorang pun dah terasa. Sana sini barangan mahal. Kalau ke supermarket tu, bawak RM 50 macam tak dapat apa! Apatah kalau duduk di bandar-bandar besar macam Kolumpo ni. Lagi lah rasa duit tu ciput sangat. 

Nak tak nak, suka tak suka - sekarang bukan zaman bersenang lenang. Bak kata pepatah Islam "Man Jadda Wa Jadda!" Sapa yang berusaha dia akan mendapatkannya. Nanie sendiri yang hidup sorang kat KL ni kena berusaha dan monitor dengan cermat dan berhemah segala perbelanjaan Nanie. Jangan over spending. Kalau ikut nafsu memang laju je duit tu keluar! Sana sini nak di belinya. Macam semalam Nanie tengok kat FB - ada seorang akak ni terjerat dengan pinjaman ah long & kad kredit sebab boros! Allahu!!!! 



Bercakap berkaitan dengan "orang yang berusaha akan mendapatkannya" - Nanie sebenarnya nak share sesuatu dengan pembaca blog Nanie. Terutama buat mereka yang mencari-cari nak buat duit poket tambahan. Ni bukan semata-mata sempena Ramadhan ke apa, tapi selepas raya pun boleh. Tak ada masalah. Nanie ni pun berani rekomen sebab Nanie tahu produknya cukup berkualiti. Cukup sedap & memang laku serta dapat permintaan yang tinggi.

Korang pernah tak baca entry Nanie yang ni - http://www.coklateyes.my/2014/10/pau-dsanjung-pau-paling-sedap-terbaik.html. Kalau korang nak tahu, entry tersebut telah dibaca lebih daripada 30k selama ia di blog Nanie. Dan bermula di situ lah Nanie memang dapat soalan tak berhenti dan berderu-deru tentant Pau D'Sanjung ni.

Ya Allah korang - Nanie berani kerat jari lah memang Pau D'Sanjung sedapt sangat-sangat. Nanie dan seluruh keluarga termasuk makcik pakcik, sepupu dan kawan-kawan memang menggemari Pau D'Sanjung. Malahan bukan tu je, baru-baru ni rumah Nanie kenduri pun - mak ayah Nanie hadiahkan sepeket Pau D'Sanjung buat jiran-jiran yang datang membantu.


Untuk pengetahuan korang, Pau D'Sanjung ni telah lama berada di pasaran. Ia merupakan bisnes IKS yang popular dan mendapat perhatian di Johor. Ia merupakan bisnes ayah kawan Nanie, iaitu Pakcik Radin Ahmad Affendi sejak tahun 2003 dan bermula di rumah. Hasil usahanya dalam membuat pau dan disebabkan keenakan dan lembutnya pau buatan pakcik Radin, mereka telah mengkomersialkannya dan sehingga hari ni mereka mempunyai kilang pemprosesan pau dan makanan sejuk beku yang besar di Parit Raja, Batu Pahat Johor. 


Atas faktor permintaan yang tinggi sehingga ke Singapura dan seluruh kawasan Johor, Pau D'Sanjung menyampaikan hasrat mereka untuk melebarkan lagi kawasan jajahan ke seluruh Malaysia terutama kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam dan kalau boleh sehingga ke Sabah Sarawak. Niat Pak Cik Radin sebenarnya adalah lebih kepada ingin menyuntik semangat anak-anak muda yang rajin  dalam mencari duit dan berusaha gigih dalam berjihad di bidang perniagaan.







Menurut kawan Nanie, Radin Syazana - ayahnya sendiri sangat menggalakkan anak-anak muda hari ni untuk memiliki sekurang-kurangnya 1 bisnes untuk kelangsungan hidup dan menjana ekonomi keluarga supaya dapat memberikan yang terbaik dan menyenangkan orang-orang tersayang. 

Atas faktor itu jugalah Nanie sendiri nak ajak kawan-kawan Nanie yang baca blog ni yang mana nak mencari duit lebih untuk jana pendapatan keluarga untuk cuba pakej pengenalan perniagaan jualan Pau D'Sanjung ni. Modalnya rendah tetapi pulangannya Insya Allah memberangsangkan!!! 


Pau D'Sanjung mempunyai pelbagai perisa dan inti yang Nanie memang puas hati. Sedap hingga mintak satu lagi. Isinya banyak, pau gebu dan tahan lembut walaupun selepas kukusan malahan rasanya cukup enak! Nanie kalau makan - satu memang tak cukup! 



Untuk mereka yang nak bermula dengan berniaga - Nanie memang highly recommend untuk korang contact nombor tertera bawah ni. Pihak Pau D'Sanjung sangat-sangat mengalu-alukan anak-anak muda dan pihak berminat untuk berniaga bersama mereka! Kita usaha untuk tambah rezeki keluarga!!!

PAU D'SANJUNG
Alamat :
 Industri Makanan D'Sanjung Sdn.Bhd
KSB 2-4, Kilang IKS, 
86400, Parit Raja, Batu Pahat Johor 


RADIN AHMAD AFENDI @ HAJI MAT
013-7787 400

RADIN SYAZANA 
013-405 2793

Facebook: 
https://www.facebook.com/DSanjung



  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.