Pengalaman Pembedahan Tonsil [Tonsillectomy Surgery]

2:23:00 AM

Assalamualaikum semua 

Ya Allah, sekali lagi Nanie malu dengan blog sendiri. Lama dah terabai Blog Coklateyes ni. Bohonglah kalau kata Nanie tak rindu. Mana mungkin Nanie tak punya rasa gian nak menulis di blog sendiri. Walau apa pun, Nanie masih aktif di Instagram, Facebook & Twitter.

Rasanya di IG Story tu pun Nanie boleh tahan aktif juga. Insya Allah Nanie cuba pelan-pelan kayuh untuk aktifkan semula penulisan di blog ini. Rindu rasanya nak berkongsi banyak perkara dengan pembaca semua. Takpe, sepatah kata boss Nanie - yang penting adalah momentum! Insya Allah. Istiqomah dan terus maju kedepan! Jangan pandang belakang lagi... buat dengan baik!


So, Nanie menulis entry kali ni sebenarnya ada beberapa sharing yang Nanie nak kongsikan dengan semua pembaca. Buat mereka yang tak tahu, baru-baru ni Nanie ada kongsikan di Instagram Nanie yang Nanie baru sahaja selesai menjalani pembedahan Tonsillectomy atau pembedahan membuang tonsil.

Allahu, memang syukur sangat-sangat segala proses pembedahan berjalan lancar. Tak terucap kata-kata bila Nanie tersedar. Bukak je mata memang keliru tak tahu ada kat mana. Yang nampak adalah beberapa orang nurse dan beberapa katil yang dipenuhi orang sakit selepas operation. Bila diputar masa rasa macam tak percaya. Di usia 30 tahun, Nanie berjaya lalui satu pembedahan.

Memang banyak yang Nanie nak kongsikan, sebab tonsillitis adalah antara masalah common ramai orang. Dan ia dihidapi semua lapisan peringkat umur. Seawal usia 4 tahun pun dah ada kanak-kanak yang mengalami tonsillitis. Insya Allah Nanie memang niat nak berkongsi pengalaman Nanie dari A-Z segala prosedur yang Nanie lalui. Mudahan ia menjadi rujukan dan bacaan kepada yang memerlukan.

Nanie sekarang masih MC, dalam proses recovery. Doakan proses & progress penyembuhan Nanie baik-baik dan dipermudah. Cepatkan sembuh luka pembedahan ni. Amin.


  • Share:

You Might Also Like

1 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.