Berbaloikah Cheap Marketing Untuk Lariskan Produk Anda?

1:15:00 AM

Assalamualaikum semua


Nanie put-on-hold dulu pengalaman Nanie untuk Tonsillectomy surgery tu ye. Memang Nanie akan share dengan semua pembaca sebab Insya Allah banyak manfaatnya. Cuma Nanie memilih untuk ketengahkan isu ni sebab ia berkaitan kesedaran. Dan kesedaran perlu dipupuk dari awal lagi supaya tidak kekeliruan. 

Topik yang Nanie nak utarakan adalah berkaitan Animal Abuse & Etika Dalam Perniagaan. Korang jangan salah sangka pulak. Nanie menulis ni di bawah kapasiti Nanie yang telah hampir 5 tahun dalam bidang marketing & pengalaman Nanie sebagai content creator bidang kecantikan buatkan Nanie sangat mengikuti rapat perkembangan industri ini di Malaysia.


Baiklah, buat mereka yang follow IG & FB Nanie, twitter Nanie sekali lagi viral selepas tweet berkaitan ikan DBKL tempoh hari. This time berkaitan dengan spesies terancam - ular pula. Yang mana strategi marketing Jamu Mall (salah satu online shop kedai jamu) menggunakan ular sebagai bahan ujikaji bagi membuktikan foundation di bawah jenama Nurraysa adalah foundation yang full coverage dan berupaya menutup bintik-bintik hitam. 



Atas dasar keprihatinan dan sifat sayangkan haiwan, Nanie telah mengutarakan beberapa pandangan dalam posting di Facebook & Twitter yang akhirnya mencecah ribuan RT dan mendapat perhatian warga netizen. Sehingga entry ini ditulis dah hampir 3k RT untuk posting Nanie tu. Korang boleh klik link dibawah ni untuk baca tweet penuh Nanie. 





Selain daripada kesedaran terhadap penindasan haiwan untuk ujikaji kosmetik dan skincare, apa yang Nanie nak highlightkan adalah berkaitan penggunaan marketing murahan atau pemasaran tidak beretika yang semakin menular di sosial media. Nanie pernah berbincang mengenai perkara sebegini satu masa dulu - Klik Link : http://www.coklateyes.my/2018/03/bagaimana-social-media-influencer-boleh.html untuk baca.



Pandangan Nanie sebenarnya lebih berasaskan kepada konsep marketing yang mana ramai pengguna sosial media merasakan - marketing hanya tertumpu kepada jumlah followers dan jumlah viewers semata-mata. Sedangkan pada hakikatnya, jumlah followers & viewers hanyalah sebahagian faktor yang mempengaruhi sales.

Pembentukan seorang pelanggan sebenarnya lebih dipengaruhi oleh value atau nilai yang diberikan oleh produk kepada pelanggan sehingga ia merasakan puas hati. Selain itu,  matlamat sebenar marketing juga adalah lebih kepada memberi satu gambaran jelas mengenai produk atau brand anda. 


Melalui marketing juga, pengguna boleh mengkelaskan brand dan produk anda di level mana. Jadi, secara jelas - jika anda mempamerkan sesuatu yang "murah" dalam pemasaran anda - makanya potential customer yang anda akan peroleh juga adalah dalam bentuk sedemikian rupa. Kenyataan ini turut disokong oleh beberapa artikel pemasaran bertaraf antarabangsa sebagaimana dalam website https://www.entrepreneur.com/article/297970  yang menyebut - 

"However, going cheap on your brand development could not only lead to a disconnect with potential customers, but could also result in your company shutting its doors as a result of low sales."

JADI ADAKAH MARKETING MURAHAN TU SALAH? 

Tak. Nanie tak pernah kata marketing murahan tu salah. Pada Nanie ia bergantung pada pemilik produk/bisnes itu sendiri untuk menentukan hala tuju brand mereka. Ibarat contoh, Dato Vida - ada yang annoying dengan cara marketingnya tapi ada certain-certain pelanggan (yang merupakan target market) merasakan pemasaran dan promosi Dato Vida amat kena dan menarik. 



Tetapi, untuk kes penyeksaan dan abuse terhadap haiwan ni - memang Nanie tak nak berkompromi. Nanie rasa geram sebab memperlakukan haiwan sebegitu rupa sedangkan haiwan tidak mempunyai kudrat untuk melawan semula. Jadi sah dan teranglah ia berbentuk penindasan. 


JANJI KAYA, MASYUK! 

Hari ni rata-rata semua orang mempunyai bisnes tersendiri. Tak salah berbisnes, malahan Islam memang sangat menggalakan umatnya untuk berniaga kerana 9/10 rezeki datang dalam perniagaan. Namun, perlu diingatkan - menjadi seorang usahawan, tanggungjawab sosial perlu dilaksanakan. Tanggungjawab sosial bukannya semata-mata derma anak yatim mahupun sponsor gotong royong sekolah tetapi para usahawan memegang peranan penting dalam membentuk sahsiah dan pemikiran masyarakat sekeliling. 



Rasa macam tak percaya kan? Tapi itulah hakikat. Tengok je lah bagaimana tagline Qu Puteh mempengaruhi pemikiran. bagaimana tagline fuhhh jangan mengata mendominasi percakapan. Mesti korang tak sedar kan? 

Sebab itulah peranan usahawan dan pemasaran sangat besar untuk membentuk peribadi masyarakat. Jika sesuau marketing itu mengetengahkan perlakuan yang tidak senonoh untuk promosi jenamanya secara tak langsung pasti orang yang melihat iklannya lambat laun akan terpengaruh. 

Jadi jelas sekali besar peranan usahawan dalam membentuk pemikiran masyarakat. Seterusnya adalah lebih baik untuk mereka menjadi tauladan yang baik dan bukannya perkara yang memalukan atau merendahkan jenama. Bertindaklah dalam pemasaran sihat yang komprehensif dan sepadan dengan jenama kita. Supaya orang lain menghargai value yang kita berikan kelak. 














  • Share:

You Might Also Like

1 Inspirasi Dari Pembaca

  1. Skrg ni klu tgok kt fb tu mcm2 cara xkisah la btul or xbtul

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.