[Part 1] Tonsillitis, Lung Infection & Bronchitis : Simptom Awal & Rawatan Berdasarkan Pengalaman

3:54:00 PM



Assalamualaikum semua


Nanie dah ready nak sharing berkaitan pembedahan tonsil yang Nanie dah lalui baru-baru ni. Pertama sekali Alhamdulillah syukur sangat-sangat Nanie berjaya laluinya dan sekarang masih lagi dalam proses recovery. Memang kena jaga makan, dan berperingkat dia akan pulih. Untuk perkongsian pengalaman ni, Nanie akan ceritakan apa yang Nanie lalui bermula daripada first detect untuk tonsil tu. 


Semasa Nanie kecil, memang Nanie pernah kena tonsil tapi tak pernah teruk. Selalunya jenis yang demam sehari dua dan baik. Bila meningkat remaja sampai Nanie habis belajar pun memang jarang sangat Nanie kena tonsil. Tak pernah teruk. Cuma baru-baru ni, lebih kurang setahun yang lepas - nak akhir-akhir tahun tu boleh dikatakan setiap bulan antara September 2018 - Mac 2019 tu Nanie diserang tonsil. 

Antara simptom tonsil : 

1. Sakit tekak
2. Susah untuk menelan makanan
3. Kemerahan pada bahagian tekak dan kerongkong 
4. Demam - apabila ada infection 
5. Susah bernafas terutama ketika tidur 
6. Mulut mudah berbau 
7. Perubahan pada suara 

Bila kena tonsil, biasanya Nanie akan ke farmasi dan ambil Difflam + Antibiotik lepas tu makan aiskrim vanilla banyak-banyak. Cuma... pada April lepas - Nanie balik dari Singapore masa tu, Nanie diserang batuk. Batuk yang sangat teruk sampaikan tak boleh tidur dalam keadaan baring. Nanie akan bersandar pada dinding - duduk barulah boleh tidur. Sebabnya, beberapa kali bila Nanie baring untuk tidur, Nanie akan tersedak & susah bernafas. Nanie dah agak ni mesti tonsil makin teruk. Bila tengok anak tekak - merah dan ada tompokan putih! 

* Nanie sertakan gambar tekak nanie untuk rujukan & perkongsian semata. 
**Maaf - jika gambar menyebabkan ketidakselesaan. 

Selepas batuk 2 minggu. Tekak kemerahan, bengkak & ada infection (warna putih) 

Beberapa kali Nanie ke klinik tapi tak pernah pun doktor suggest untuk buang/potong tonsil tu. Sampaikan Nanie ke PPUM pun, doktor masih tak suggest untuk buang. Padahal tiap bulan Nanie sakit ni. Pelik jugak, kenapa jadi macam ni. Nanie dah mula rasa rimas. Tak cukup tidur, sebab tidur asyik tersedak je kan. Jadi, boss Nanie - Puan Amiza recommend Nanie untuk buat check up di Hospital Pantai, Bangsar. 

Of course lah pada mulanya Nanie takut. Sebab, ye lah - hospital tu mahal kan. But, Nanie dah plan - sekiranya perlu - masuk je ward & claim insurance. And than, kedua - Nanie risau kalau ada benda lain yang tak tahu sebenarnya berlaku. Dalam hati Nanie memang Nanie berdoa - mudahan ianya bukan tiroid. Sebab tiroid pun di kawasan yang sama jugak. 



Sebelum ke Hospital Pantai, Nanie call terlebih dulu doktor pakar ENT (Ear, Nose, Throat) iaitu Dr. Asha Gupta. Alhamdulillah - memang Nanie recommend kalau korang ada masalah yang sama untuk jumpa Dr. Asha ni. Lembut je orangnya dan sangat mudah untuk berurusan. Nanie tanya macam-macam pun - dia jawab dengan baik & explain yang sewajarnya. 

Untuk first time Nanie buat rawatan tu. Dr. Asha masukkan camera daripada hidung dan diagnos tonsil Nanie bengkak macam mana. Jangan risau, prosedur masukkan camera tu tak sakit. Sebab doktor akan sembur bius pada hidung yang buat kebas sebelum masukkan camera. Dalam 5-10 minit je prosedur tu.



Rupa-rupanya tonsil Nanie memang dah bengkak dan teruk sehingga menutup saluran pernafasan Nanie, ada infection di kanan dan kiri tonsil. Itu yang menjadi punca Nanie sakit tekak, susah makan dan bernafas. Dr. Asha terus mintak Nanie dimasukkan ke wad memandangkan Nanie dah start ada semput & bahagian paru-paru Nanie berbunyi bila bernafas. 



Nanie memang cuak jugak lah time tu. Dahlah awal puasa kan. So, selepas berbuka terus Nanie serah diri bawak kain baju semua untuk masuk ke ward. First time dalam hidup - ditahan ward! Tapi redha je lah sebab memang dah sakit kan. Daripada menangis setiap malam kat rumah sorang-sorang, lebih baik duduk ward ada nurse dan doktor yang boleh bantu dan pantau kita. 


Selepas tu Dr Asha refer kan Nanie pada seorang lagi doktor pakar respiratory - Dr Sundari Tan Sri Ampipaikapan. Ya Allah - doktor Sundari ni lagi best! Memang caring, friendly and sangatlah rasa keibuan. Again, tanya apa je - memang doktor akan bagitau, siap planning kan apa pelan rawatan kita semua. 

Malam tu jugak dekat ward - nurse ambil darah, bagi nebulizer pada Nanie dan terus suntik antibiotik. Lepas nebulizer memang Nanie muntah-muntah, yang keluar air dan mucus. Esoknya - terus buat chest x-ray dan urine test. Nanie tak boleh tidur masa di ward sebab kahak & batuk masih belum surut. Esoknya, Dr Sundari bagitau Nanie, yang paru-paru Nanie sebelah kiri ada jangkitan kuman (lung infection) dan bronchitis. Allahu! 



Nanie makin takut. Time tu tak cakap lagi dengan mak. Sebab tak nak mak risau. Disebabkan Nanie baru balik dari Singapore, so doktor buat beberapa soalan saringan & investigate Nanie. Sebab dikhuatiri Nanie kena apa-apa virus. Maklumlah sekarang kan macam-macam, antaranya H1n1 dan influenza virus. Masa tu Nanie berdoa je mudahan tak ada apa yang teruk. Dr. Sundari ada bagitau - sekiranya lung infection di tahap yang kritikal - memang Nanie akan diasingkan dan dikuarantin. 


Bila result ujian darah keluar - keputusannya negatif untuk sebarang penyakit berjangkit dan virus. Syukur sangat-sangat. Cuma untuk lung Nanie, kira-kira 11% lung Nanie dijangkiti kuman dan inflammation sebab batuk yang berterusan + tonsil Nanie dah tak mampu filter kuman dan infection. That's why dia masuk ke lung dan sebabkan saluran nafas Nanie bengkak. 

Fuh memang lega! But, Nanie google jugak mengenai lung infection! Allahu. Teruk jugak sakit ni malahan boleh membawa maut jugak. Contohnya baru-baru ni - chef Adamdidam pun meninggal akibat jangkitan kuman pada paru-paru. 


Semasa Nanie kat wad, doktor tak recommend Nanie untuk buat pembedahan buang tonsil tu. Doktor Asha sarankan untuk sembuhkan lung dari infection. Sebab kalau tak sembuhkan, pembedahan akan jadi high-risk dan insurance tak akan cover kalau buat macam tu. Jadi Nanie follow je apa yang doktor sarankan. 


Sepanjang di wad, memang pagi & petang Nanie akan diberikan nebulizer, antibiotik dan ubat untuk sinus. Nanie tak ada sinus mahupun asthma - tetapi akibat infection tu - doktor sarankan untuk protect diri sebelum jangkitan lebih besar. 

Antibiotik tu, bermula dari yang rendah sampaikan dah selepas 4 hari - doktor berikan steroid pada Nanie. Since tak kebah lagi lung infection tu. Memang sakit sangat rasanya nak nafas apa semua. Sebab lung kita kena bekerja lebih. Malahan, doktor jugak beritahu - berkemungkinan Nanie dikategorikan secondary smoker. 


Padahal dalam keluarga Nanie, ayah dan abang ipar tak smoke. Kawan-kawan baik Nanie macam Akim, Arif dan Akim pun tak smoke. Nanie jugak bukan smokers dan kebiasaannya Nanie memang akan elak untuk duduk atau berdekatan dengan perokok. Tapi disebabkan Nanie ada tonsil dan tonsil dah bengkak serta tak berfungsi untuk filter - lung Nanie lebih berisiko. 

Nanie go through je semua pelan rawatan yang doktor-doktor Nanie sarankan. Antara ubatan yang Nanie gunakan sepanjang dalam wad terutama bagi mereka yang ada sinus, ada asthma. Mana tahu korang boleh beli di farmasi dan gunakan. 

1. Avamys Nasal Spray : Yang ini, memang bagus untuk sinus. Just spray kat both hidung dan akan rasa clear. Tak ada rasa kebas atau sakit. Rasa biasa je! Membersihkan hidung dan melancarkan pernafasan kita terutama pada batang hidung. 

2. Flo Sinus Care : Flo ni, Nanie paling suka. Nanie ada share cara penggunaan di IG highlight. Korang boleh tengok macam mana nak gunanya. Nanie memang highly recommend untuk korang ada simpanan Flo ni di rumah. Dia ada jugak untuk kanak-kanak tau. 
Paling bagus kalau korang ada blockage, hingus mahupun sinus. Nanie pernah nampak Daphen Iking gunakan cara dan method yang sama (dia guna Neti Pot) bila dia selesama bangun pagi. Flo ni berperanan untuk mengeluarkan mucus yang menyebakan tersumbat pada hidung, bahagian belakang hidung, kerongkong dan sedikit bahagian kepala. Cara guna dia agak sukar kalau tak pandai, tapi selepas guna memang clear dan ringan sangat kepala. Barulah boleh bernafas dengan mudah. 




 3. Symbicort Turbuhaler : Kalau dulu ubat asthma yang spray-spray kan, tapi yang ni jenis powdery. Inhaler yang lebih mudah. Penggunaan dia pun simple dan boleh tahan sehingga 60 dos. Nanie tanya dengan ahli farmasi - ia lebih power dari inhaler biasa dan tahan lebih lama. Jadi, untuk Nanie - kena ambil Symbicort ni 4 dos setiap hari. Fuh.... layan je lah! Nak buat cemana kan

Nanie ditahan wad selama 6 hari, tu pun dah menggeletik nak balik. Ye lah, orang lain kan mula preparation pergi beli kelengkapan raya dah time tu. Kita melepek lagi kat wad. Tak boleh puasa sebab setiap kali amek nebulizer, Nanie akan muntah. Ya Allah memang tuhan je yang tahu perasaan time tu. Masuk antibiotik je Nanie mengantuk, tak larat - terus tidur. 


Dan ketika di wad, Nanie memang baikkan tonsil dan rancang dengan doktor untuk buat pembedahan tonsil selepas raya. Doktor pun setuju. Kalau buat time bulan puasa - doktor kata nanti raya seksa! Hahahaha. Tak boleh makan lemang, rendang semua. 

Nasib baik doktor memahami! Total final bill sepanjang Nanie dimasukkan ke wad adalah RM 10, 408.95 selepas diskaun. Kalau sebelum diskaun amountnya adalah lebih kurang RM15k. Tersedak sekejap Nanie bila tengok bill. Alhamdulillah - semuanya ditanggung oleh insurance. Nanie gunakan insurans AIA. Nanie hanya perlua bayar wang deposit hospital sebanyak RM 600 je. Dan ia refundable.



Pengalaman betul lah bila sakit yang warded ni. Memang sayu betul. Lagi-lagi bila nak magrib. Sorang-sorang. Aduhai. Sedih dan pilu je. Mak ayah Nanie memang tak berhenti facetime dan call untuk tahu perkembangan Nanie. Macam tu jugak kawan-kawan dan beberapa orang yang Nanie rapat. Nanie sentiasa update dengan mereka. Kawan-kawan di FB dan IG pun tak putus kirimkan doa dan kata-kata semangat. 




Kawan-kawan opis pun ada yang datang ziarah, bawak buah-buahan dan makanan. Masa tu tonsil masih bengkak dan masih ada infection. Malahan di wad ni jugak Nanie undergo sleep test untuk ujian Apnea. Nanie rasa Nanie akan share keseluruhan proses Nanie sebelum-semasa-selepas pembedahan buang tonsil ni supaya semua pembaca Nanie dapat gambaran jelas sekiranya ada yang nak undergo prosedur yang sama. 

Di bahagian 2, Nanie akan tunjukkan gambar sebelum dan selepas Nanie buang tonsil. Korang boleh tengok sendiri progressnya macam mana. 

Nanie akan sambung di Bahagian 2 untuk pengalaman ni ok! Doakan mudahan kesihatan kita semua dalam keadaan baik dan terima kasih buat semua yang kirimkan doa dan ingatan sepanjang Nanie di wad. 

Bye, :) 








  • Share:

You Might Also Like

1 Inspirasi Dari Pembaca

  1. lama juga nanie kena tahan wad tu.. semoga kesihatan kak nanie bertambah baik ye 🙆🏻‍♀️

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.