Sejauh Mana Kesedaran Wanita Tentang Bahaya Anemia?

6:19:00 AM

Assalamualaikum semua

Nanie nak tanya lah, kerap tak korang rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan badan rasa lemah-lemah? Sekiranya korang ada mengalami simptom-simptom sebegini, Nanie harap korang baca artikel sharing ni sampai habis ok. Mudah-mudahan ia bermanfaat. 




Anemia. 


Pernah dengar? Yes, banyak diperkatakan saban hari. Tapi sejauh mana kefahaman kita mengenai isu ni? Ada diantara kita yang ambil mudah dan ambil sikap acuh tak acuh dalam perkara ni. Tahu tak korang bahawa isu anemia merupakan perkara serius pada seorang perempuan. Terutama jika wanita tersebut dalam tempoh kehamilan. 



Berbalik pada isu yang Nanie highlightkan kat atas tadi. Apa itu anemia? 


Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.
Apabila seorang wanita menghidap anemia, tubuhnya tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Lantas dia tidak mendapat oksigen yang cukup dan akibatnya, cepat berasa penat, lesu, mengantuk dan kesakitan pada otot. Malah komplikasi kesihatan serius yang lain juga boleh berlaku. 

Faktor utama yang sering dikaitkan dengan anemia adalah apabila badan sebenarnya kekurangan sumber zat besi. Namun, boleh jadi juga beberarapa faktor lain mempengaruhi pengeluaran sel darah merah seseorang termasuk pendarahan berlebihan, kerosakan sel darah merah, kekurangan vitamin B12 dan lain-lain. 
Untuk wanita, zat besi sangat penting kerana kita mengalami kehilangan zat besi kira-kira 12.5 - 15 mg dari badan melalui kitaran haid setiap bulan. Sedangkan jika mengikut WHO, seorang wanita memerlukan zat besi sebanyak : 
  • Usia 10-12 tahun - 20 mg/hari
  • Usia 13-15 tahun - 26 mg/hari
  • Usia 16-18 tahun - 26 mg/hari
Jadi dimanakah kita boleh dapatkan semula zat besi yang dah hilang ni? Jawapannya mudah. Melalui makanan yang kaya zat besi. Secara ringkasnya, makanan yang kaya dengan zat besi memang mampu menggantikan kekurangan tersebut. Namun, makanan kaya zat besi ini juga mengalami penyusutan kandungan zat besi setelah ia dimasak atau diproses. 


Disebabkan itulah, baru-baru ni Nanie ada menghadiri satu event yang mana sangat bagus dalam memberi kesedaran untuk wanita menjaga kesihatan dan mengambil berat mengenai kekurangan nutrisi dalam darah iaitu Iron Feast Day. Semasa event berlangsung, dua produk telah diperkenalkan oleh syarikat Mega We Care iaitu Fenza dan Ferrovit yang mana ia berperanan dalam memberikan sumber zat besi kepada tubuh badan kita. 


Fenza is a softgel capsule made up of 19 different vitamins and minerals best consumed by pregnant and lactating mothers for prenatal or postnatal nutrients. Contents include Ferrous Fumarate, Beta-carotene, Vitamins E, D3, B1, B2, B3, B6, B12, Folic Acid, Vitamin C, Pantothenic acid, Calcium, Magnesium, Zinc, Iodine, Copper, Biotin, Tuna Oil and DHA, and the recommended dosage is one capsule per day accompanied by a meal. For more information, click here. (Price: RM48/30 capsules)



Ferrovit is a 3-in-1 iron supplement suitable for patients with anemia or pregnant women displaying anemic symptoms. Each vanilla-flavored softgel capsule contains Ferrous Fumerate, Folic Acid and Vitamin B12, and should be taken twice daily after meal - best without milk, tea or coffee. For more information, click here. (Price: RM20/50 capsules)



Menurut Pn Ernie Syafika, Konsultan Mega Lifescience Sdn Bhd - "Kaum wanita perlu mengamalkan pengambilan sumber zat besi sejak di usia remaja lagi. Kekurangan zat besi dalam badan bukan sahaja boleh merisikokan nyawa sendiri malahan ia juga menyebabkan kesukaran semasa hamil pada masa akan datang." 

Pn Ernie Syafika juga ada memberitahu, pengambilan zat besi bukan semata-mata perlu di ambil ketika sedang hamil sahaja, buat mereka yang masih belum berkahwin atau belum hamil juga boleh mengamalkan pengambilan zat besi secara konsisten bagi memenuhi keperluan zat besi yang kita hilang setiap bulan. 

Yes, Nanie memang setuju. Sebab maklumlah bila seseorang perempuan hamil, bayi dalam kandungannya akan menyerap seberapa banyak nutrisi termasuk zat besi, kalsium dan vitamin lain daripada ibunya. Jika seorang ibu kurang atau tidak cukup nutrisi tersebut, secara tak langsung ia boleh mengakibatkan risiko besar kepada si ibu. 


Majlis ini turut memberikan beberapa resipi mudah dan terbaik dari Chef Sara Kong yang juga merupakan pesakit anemia sejak zaman remaja. Chef Sara ada menceritakan detik-detik ketika dia remaja yang mana kerap gelap mata dan hampir pengsan. Melalui pemakanan yang sihat dan kaya dengan zat besi, Chef Sara memberitahu bahawa bukan mudah untuk seseorang yang mengalami anemia menjalani rutin harian mereka. Namun Alhamdulillah... sekarang ni Chef Sara dah dapat atasi masalah kekurangan zat besi tersebut. 


Begitu juga apa yang dinyatakan oleh Mr. Balaji Rajagopal, General Manager Malaysia & Singapore Mega Lifesciences Sdn. Bhd memberitahu bahawa syarikat Mega Lifesciences sangat mengambil berat akan isu ini. Malahan mereka juga yakin dengan mengamalkan pengambilan sumber zat besi seperti Ferrovit dan Fenza mampu memberikan impak positif buat kaum wanita. Kedua-dua produk tersebut boleh didapati daripada farmasi-farmasi seluruh negara. 


Nanie rasa, dah sampai masanya untuk isu ini diketengahkan dan mendapat perhatian daripada semua pihak terutama wanita. Nanie yakin di luar sana ramai yang masih mengambi enteng isu ini. Kebiasaannya, wanita kan mengambil berat isu kekurangan zat besi ini apabila mereka sedang hamil. Sedangkan langkah awal boleh di ambil. 

Untuk itu, besar harapan Nanie sebenarnya agar kita semua mula menilai semula nutrisi vitamin dan mineral dalam tubuh kita. Perhatikan simptom-simptom yang mungkin kita tak perasan dan mulalah melakukan sesuatu hari ini. Maklumat lanjut mengenai produk Ferrovit dan Fenza, boleh klik link-link berikut : 



  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.