Fire & Ice Facial Treatment | Rawatan Spa Bertaraf Hollywood di Ava Medispa, Ampang

8:48:00 PM

Assalamualaikum semua 

Secara jujur, bila Nanie rasa penat... rasa lesu dan letih kan, salah satu terapi yang Nanie memang suka buat adalah facial. Sebab apa? Sebab facial ni selain daripada boleh merawat masalah kulit dan buang sel kulit mati di muka kita, ia juga diyakini mampu melancarkan perjalanan darah di bahagian muka dan seterusnya memberi kesegaran. 


Jadi baru-baru ni, Nanie telah dijemput untuk mencuba satu facial session di Ava Medispa. Dulu Nanie pernah ke sana juga. Nanie ada share di post ni [KLIK LINK https://bit.ly/2m7J0fP ]. Sebagaimana puas hati Nanie masa sesi yang dulu, sekarang pun sama tau! 

Untuk sesi kali ni, Nanie mencuba "Fire & Ice Treatment". Haaa jangan takut, walaupun namanya ada fire tapi tiada langsung unsur api digunakan ye. Insya Allah selamat. Masa first time Nanie dengar, Nanie bayangkan Fire tu mesti rasa sakit... auch!!! Ada jugaklah rasa cuak dalam hati kan. Tapi takpe... kita buat cool. Dengar dulu explaination dari Beautician Ava Medispa.

Menurut beautician Ava Medispa, treatment Fire & Ice merupakan facial treatment yang sangat popular di kalangan artis Hollywood. Treatment yang diasaskan oleh iS Clinical ini mendapat liputan dan permintaan yang luar biasa kerana hasilnya yang sangat mengagumkan. 


Malahan ia turut mendapat jolokan "The Hollywood Facial". Antara selebriti yang telah mengamalkan facial Fire & Ice ini adalah Halle Berry, Gwyneth Paltrow, Jessica Alba dan ramai lagi. Ia direka untuk hasil yang pantas dan selamat untuk mengembalikan kelembutan permukaan kulit wajah. Malahan, ia juga dikatakan mampu mengurangkan garis halus. pori tersumbat dan membuang sel-sel kulit mati.


Nanie pun bila dengar explaination sebegitu dari beautician Ava Medispa, rasa berbangga sangatlah bila mana dapat merasa treatment bertaraf Hollywood ni kan. Bukan senang nak dapat peluang macam ni kan. 

Jadi kat mana sebenarnya yang Fire & Ice tu? 

"Fire" sebenarnya merujuk kepada tingling sensation hasil daripada pemakaian mask muka selepas cleansing. Fire Mask yang digunakan mengandungi salah satu bahan untuk peel off kulit mati seperti asid glycolic, asid sitrik, asid laktik, asid malic, vitamin B3, retinol dan agen anti-oksidan. Kesemua bahan-bahan ini adalah selamat untuk menanggalkan sel kulit mati yang degil pada kulit wajah dan sama sekali tidak memberikan kesan sampingan yang tidak diingini. Cuma sedikit tingling sensation sahaja.  Namun itu pun tak sakit sangat. Cuma sedikit panas sahaja. Tapi masih bearable! 


Manakala untuk "Ice" pula adalah merujuk kepada mask muka yang kedua yang akan diapply sejurus selesai mask yang 'fire' tadi tu. Ia berupaya untuk rejuvenate dan hydate kan semula sel kulit kita yang dah peel off tadi tu. Antara bahan yang digunakan dalamnya adalah hyaluronic acid yang memang terkenal untuk melembapkan kulit wajah, aloe vera, liquorice, rosemary extract dan grape seed extract. Kesemua bahan ini diyakini dapat  mengembalikan kulit wajah kepada neutral dan mengecutkan luka, jerawat dan pori yang telah dibersihkan tadi. Proses ni pun lebih kurang 5 minit juga dan hasilnya, kulit menjadi serta merta tegang, glowing dan cerah! 


Semasa Nanie melalui proses ni, sebagaimana Nanie katakan... adalah rasa cuak. Tapi Nanie betulkan semula mindset dan relax je! Kata nak rejuvenate kulit wajah kan. Mana boleh stress! Memang sepanjang treatment Nanie enjoy je. Kena urut-urut muka kan... memang tak ada rasa sakit pun. Bau mask yang sedap dan menyegarkan pun boleh buat Nanie hampir-hampir terlelap. Sesuai pulak dengan lagu background Ava Medispa yang menenangkan tau! 


Setelah penggunaan mask selesai, beautician apply kan dua jenis serum di kulit wajah Nanie iaitu Pro-Heal Serum Advance dan Hydra Cool Serum. Kedua dua serum ini amat bagus untuk merawat masalah kulit wajah terutama parut jerawat, jeragat dan kulit kusam. 

Pro-Heal Serum Advance : Mengandungi Zinc Sulfate akan mengurangkan inflammation, dan kojic acid didalamnya berupaya untuk menghalang blemishes pada kulit wajah. Ia turut diperkaya dengan Vitamin E dan Vitamin A yang mana boleh membantu kulit daripada radikal bebas akibat pencemaran di udara. 

Hydra Cool Serum : Diformulasikan untuk rejuvenate, hydate dan soothing kan kulit wajah. Dengan bahan essentials anti-oksida seperti centella asiatica, hyaluronic acid, ekstrak cendawan dan Vitamn B5. ia berupaya membantu kulit daripada pre-mature aging dan tona kulit yang tidak sekata. Selain itu, ia turut membantu untuk mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit supaya dapat melambatkan tanda-tanda penuaan. 

Mesti korang nak tengok kan macam mana kulit Nanie selepas treatment. Ni kat bawah ni Nanie reveal bare-faced Nanie selepas 1x treatment menggunakan Fire & Ice Treatment di Ava Medispa. Seriously Nanie puas hati dengan hasil instant yang ditunjukkan. Yang paling penting tak sakit, tak ada side effect yang merbahayakan kulit wajah. 



Gambar  kiri - selepas penggunaan serum : Walaupun nampak macam berminyak, but trust me, its not! Ia adalah effect glowing yang terhasil selepas penggunaan kedua-dua serum tadi. Waktu tu, Nanie sendiri tengok gambar nampak macam "Ish, apahal berminyak ni!" Tapi serious, memang tak ada rasa melekit, berminyak ke apa. Bila sentuh dengan jari, rasa kulit licin dan lembut sangat. 

Gambar kanan - Nanie cuma apply compact powder sahaja. No foundation, no bb cream etc. Masa ni boleh nampak yang surface sekata. Memang lembut kulit tu, dan rasa sangat-sangat segar. Rasa bersih semacam tau kulit. Ye lah sebab pori semyua dibersihkan kan...



Personally Nanie memang cukup puas hati dan happy dengan result yang ditunjukkan. Pada Nanie untuk mereka yang nak instant glowing untuk kulit memang highly recommended cuba Fire & Ice treatment di Ava Medispa ni. Korang boleh buat tempahan awal untuk treatment ni dan Nanie yakin, korang juga akan puas hati dengan hasilnya. 

Atau, boleh juga dapatkan konsultasi terlebih dulu dan bincang dengan Beautician di sana tentang treatment yang boleh korang try out mengikut kesesuaian masalah yang kulit korang. Nanie letakkan segala details Ava Medispa di bawah untuk rujukan. 

AVA MEDISPA

Alamat : 
G059, Ground Floor, Galaxy Mall Ampang, Jalan Dagang 5, 
Taman Dagang, Ampang Kuala Lumpur

Tel : 011-5118 8894

Facebook : 

Instagram: 

  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.