Skincare Routine Untuk Kulit Cantik Pada Musim Jerebu

11:53:00 PM

Assalamualaikum semua

MasyaAllah musim jerebu kali ni nampaknya dasyat betul. Nanie rasa dah hampir 3-4 minggu lah Kuala Lumpur ni udara jerebu menyelubungi kota. Bila bangun pagi je, mata nampak kelabu asap... bau terbakar terus menerobos masuk ke hidung! Benci pulak rasanya bila saban tahun, perkara yang sama berulang. Yang jadi mangsa sapa? Kita lah.... haish! 


Tapi Nanie perasan, bila musim jerebu ni... Allahu bukan sekadar respiratory kita je terganggu... actually kulit Nanie sendiri pun ada efek. Nanie bersyukur jugak, di saat musim jerebu macam ni, Nanie dah buang tonsil Nanie. Ehhh cerita pasal tonsil, Allah! Nanie hutang 1-2 posting pasal ni lah... takpe... Nanie usahakan jugak nanti. Promise! 

Ok, cerita kulit dulu. Yes. Jerebu ni Nanie tak suka sebab dia punya panas tu lain macam. Mana-mana yang baca blog Nanie dan tak duduk di KL, Nanie just share betapa panas dan bahangnya jerebu. Macam Nanie yang rumah tinggi melangit ni pun, bila malam memang rasa membahang. Berpeluh-peluh tidur. Kesian jugak kalau jenis rumah yang memang sesak atau tak berapa luas. Lagilah terasa bahang panasnya. 

Jauh beza kan pemandangan dari rumah Nanie sebelum & selepas jerebu. Waktu yang lebih kurang sama Nanie ambil.
Jam 9-10 pagi macam tu. 

Disebabkan suhu meningkat akibat jerebu, Nanie perasan... memang ada sedikit sebanyak mempengaruhi kulit. Jadi, disebabkan tu bila Nanie tengok keadaan jerebu semakin parah... Nanie persiapkan diri Nanie dengan skincare routine yang sesuai. Nanie tambah & adjust serba sedikit skincare routine Nanie supaya keperluan kulit wajah Nanie dapat dipenuhi dan tak timbul masalah lain. 

Sebelum Nanie explain skincare routine Nanie ketika musim jerebu, Nanie nak share... antara perubahan kulit wajah yang berlaku apabila terdedah di musim jerebu : 

  • Kulit muka menjadi kering & kesat 
  • Tekstur kulit bertukar kasar 
  • Lebih cepat berminyak & melekit 
  • Senang tumbuh jerawat pasir dan ruam 
  • Bagi kulit matang, bintik jeragat, bintik hitam dan pigmentasi lebih mudah naik 
  • Whitehead boleh tumbuh lebih banyak kerana pori tersumbat 
  • Kulit nampak lesu, kusam dan tak bermaya
Perubahan yang terjadi ni berpunca daripada udara persekitaran yang berjerebu, kering dan kotor. Korang tahukan udara jerebu ni penuh dengan jelaga, partikel halus yang tajam dan kekotoran. Jadi bagi mereka yang kulit sensitif mahupun jerawat teruk yang masih luka tu... lagilah bahaya dan berisiko jangkitan kuman meningkat. 


Untuk kulit Nanie, yang Nanie perasan...bila musim jerebu nampak lebih cepat lesu dan kusam. Lepas tu, ada dark spot yang mula nampak. Than, di bahagian dahi ada beberapa ruam dan jerawat pasir yang naik. Kalau tak dirawat segera, memang boleh melarat lah cerita dia. 

Langkah awal yang Nanie terus lakukan untuk control damage yang berlaku adalah - Nanie banyakkan minum air masak. Air masak sejuk! Yes. Its really help. Air masak sejuk bukan yang ais tau. Sejuk natural. Contohnya air Coway sejuk mahupun air sejuk peti ais. Sebab apa? 



Badan kita lebih cepat kehilangan air sewaktu musim panas dan jerebu. Secara tak langsung, badan dehidrasi dan perlukan gantian air serta garam mineral dengan cepat untuk kekalkan keseimbangan pH dalam badan kita. Jadi, Nanie perasan bila minum air sejuk... suhu badan lebih cepat turun dan menyebabkan badan berpeluh dengan baik. Peluh ni.. merupakan agen cooling semulajadi untuk badan kita. So, secara tak langsung... masalah ruam dan jerawat pasir tadi dapat dikawal. 

Seterusnya, Nanie fokus kepada skincare routine yang boleh dwi-fungsi. Satu untuk kekalkan kelembapan dan kedua untuk lindungi kulit Nanie. Konsep kekal & lindung ni memang bagus tau di saat musim ekstrem. Termasuklah kalau korang di musim sejuk! 


Atas ni merupakan beberapa produk yang Nanie combine kan mengikut fungsi dan hasil yang kulit Nanie dapat. Again, kulit setiap daripada kita berbeza. Jadi it works for me, but maybe not for you. Nanie sharing kat sini supaya boleh bantu mereka yang mungkin tak tahu cemana nak handle keperluan kulit kita musim jerebu gini. 



1. Mamonde Rose Water Toner : Ini merupakan botol ketiga Nanie. Memang dari dulu, toner Mamonde ni menjadi high-recommended product bagi Nanie. Tapi ada masa Nanie skip that part dan guna toner lain. But, this toner Nanie suka sebab rejuvenate scent dia. 

Toner ni memang akan keluarkan segala kotoran yang tertinggal di kulit muka kita dan kesegaran tu terasa pantas kerana ekstrak rose yang digunakan menyerap cepat ke dalam lapisan kulit. Malahan untuk yang tak tahu, rose water berkemampuan meredakan iritasi kulit dan infeksi kulit. Nanie gunakan 2x sehari. Selepas cuci muka waktu pagi & sekali sebelum tidur. 



2. THE FACE SHOP Chia Seed All-in-One Cooling Gel :  Untuk ni lagi lah Nanie suka. Kadang bukan kat muka je Nanie guna. Sapu juga di bahagian seluruh tangan dan leher. Namanya pun Cooling Gel kan, so korang boleh bayangkan tak macam mana coolnya bila di apply kat kulit. Nanie suka simpan sejuk dulu dalam peti ais lebih kurang 15-20 minit sebelum nak guna. 

Chia Seed yang kaya dengan sumber anti-oksida dapat rawat kulit wajah kita akibat pencemaran dan radikal bebas di udara. Bila musim jerebu, macam yang Nanie bagitau atas tadi... segala macam kekotoran ada berterbangan, termasuklah jelaga pembakaran yang hitam tu. Cooling Gel ni Nanie akan gunakan bila Nanie rasa perlu. Kebiasaannya malam lah sebab dia gel-type jadi ada melekit sikit. 


3. Hada Labo Gokujyun Cream : Nanie dah cerita atas tu, bila badan kita kurang air dan dehidrasi maka pH kulit juga akan berubah. Sebab tu Nanie gunakan Hada Labo Gokujyun Cream ni untuk balanced kan semula pH kulit wajah Nanie. Untuk cream ni, ia agak sedikit berminyak... tapi tak keterlaluan. Nanie gunakan biasanya sekali sehari sebelum makeup. 


Ingredients yang digunakan dalam ni adalah Hyaluronic Acid. Tahu kan Hyaluronic Acid memang sangat famous untuk hydrate kan kulit dan hold kelembapan kulit kita. Memang itu pun yang Nanie nak tadi. Lembapkan kulit dan maintain untuk tempoh yang panjang. 



4.  Murad Nutrient-Charged Water Gel : This is fantastic girls!!! Sumpah, Nanie memang fall-in-love dengan this product. Harganya pun memang boleh tahan. Punyalah sayang, sikit-sikit je Nanie pakai. Dia punya best tu memang lain macam! It works like magic! Nanie pernah share review penggunaan dalam blog ni satu masa dulu - http://www.coklateyes.my/2018/12/review-murad-nutrient-charged-water-gel.html

To be honest, Murad Nutrient-Charged Water Gel mengubah 100% persepsi Nanie tentang krim jenis water gel ni. Bila Nanie apply, kadar penyerapan dan kelembapan kulit yang Nanie rasa berubah secara drastik. Kulit memang supple dan smooth! Kelebihan yang Nanie nampak adalah formulasi Murad Skincare yang menguatkan barrier sel kulit untuk hold kelembapan dan serap nutrisi supaya sel kulit yang rosak tadi diperbaiki dengan cepat. Sumpah awesome gila! Yang ni Nanie gunakan pagi & malam. Nanie alternate dengan Hada Labo tadi. Sayang woi cream ni. 



5. THE FACE SHOP Eco Natural Sun No Shine Hydrating Sun Cream SPF 40 PA+++ : Dalam keadaan apa sekalipun, don't ever try to skip your sun protection! Oh no!!! Nanie akui, zaman remaja pun Nanie tak pakai sun block mahupun sun screen. Sebab masa tu belum ada kesedaran. Tapi bila nampak dan rasa sendiri hasilnya, sejak tu memang Nanie tak pernah abaikan penggunaan dan manfaat sun cream ni. 

Kelebihan yang buatkan Nanie suka sun cream ni kerana fungsi dia sebagai anti-pollution. Since tekstur cream yang ringan dan senang blend ni, jadi bila berpeluh memang langsung tak bercapuk muka mahupun meleleh warna putih di dahi. Plus, SPF yang diberikan adalah SPF 40 PA+++, ia bersesuaian dengan lifestyle Nanie yang kadang berada di indoor dan kadang outdoor. Nanie gunakan sekali sehari iaitu sebelum ke ofis. 


6. CNP Laboratory Green Propolis Anti-Oxidant Ampule : Produk ni memang potent! Korang pun mesti tahu kan cemana tekstur Propolis atau madu asli. Ia juga turut mengandungi enzim Q10 yang sangat bagus bagi firming affect. Sebagaimana Nanie share, di musim jerebu, kulit memang tak bermaya dan nampak lesu. Jadi Nanie applykan ampoule CNP ni. 

Cuma disebabkan ia sangat pekat dan strong, biasanya Nanie gunakan on weekend. Sebabnya ia memerlukan masa yang lebih panjang sedikit untuk sepenuhnya meresap dan berikan effect pada kulit kita. Satu lagi, disebabkan kelikatan ampoule tu, memang sangat prefer lepas pakai stay indoor je supaya tak ada kotoran yang terus melekat. 



7. Eden Primrose E Radiant Skin Serum : Secara jujur. pada awalnya Nanie tak berapa 'pandang' sangat produk ni. Bukan tipikal sebab apa, sebabnya dia jenis oil serum. Which is on normal day, Nanie tak berapa berkenan oily product since kulit Nanie jenis combination kan. But, after all... produk ni memang totally different. 

Nanie suka bila it promise to revitalise dry, dull and tired-looking skin yang mana masalah tu sangat ketara untuk Nanie sekarang di awal umur 30-an ni. Mak Nanie selalu complaint kata muka nampak penat dan lesu. Jadi bila Nanie apply this oily serum... it works somehow ibarat essentials oil for my skin. Dia balanced kan semula kandungan minyak pada kulit ditambah suasana jerebut yang memang tak iya-iya menyesakkan muka yang segar jadi macam kusam ni. Almost every morning Nanie akan apply. Plus bauan yang segar dari grapeseed oil dan rosehip oil. 




8. L'occitane Immortelle Reset : Yang ni Nanie gunakan sample je. Menang giveaway di Instagram hari tu. Ini pun, masya Allah rasa geram je Nanie tau. Memang rasa berbaloi lah kalau ada duit nak spend sikit. Since it helps to reset your skin memang diakui, it really works! On weekend yang Nanie tahu Nanie lebih relaks dan dapat tidur yang cukup, Nanie akan apply this serum sebelum tidur. 

Dalam ni ada Marjoram Extract yang mana ada fungsi sebagai asas epigenetic. Ia berupaya untuk re-start sel kulit kita yang stress akibat sinaran UV dan pencemaran. So bila bangun pagi tu, pegang je kulit wajah memang lembut lain macam. Dia buat kulit seolah-olah baru dan gebu! 


Perkongsian Nanie kali ni adalah disebabkan concern Nanie tentang musim jerebu yang berlaku. Personally memang Nanie sendiri rasa kesan dia terhadap kulit Nanie. And Nanie memang sangat-sangat try to avoid untuk berada di luar dalam jangka masa panjang. Bukan apa, sebab kita dah tahu kualiti udara yang sangat teruk. 



Nanie juga ada amalkan beberapa pengambilan supplement dan vitamin sebagai pre-caution untuk kesihatan Nanie. Of course Nanie memang take care mengenai kesihatan Nanie since filter semulajadi Nanie dah tak ada. Suka tak suka, memang I need to take extra care. 

Apa yang Nanie share adalah apa yang Nanie amalkan semasa musim jerebu ni. Macam korang tengok yang gambar atas tu, ada je boleh nampak jerawat pasir kat dahi. Yang tu gambar paling latest masa Nanie nak ke Taiping minggu lepas hadiri wedding office-mate Nanie. Oh plus...  itu ada makeup lah! Heheheh

Walau apa pun, kita sendiri kena ada routine dan adjust ikut kesesuaian dan keperluan kulit kita. Untuk Nanie tak rasa rugi bila kita ambil berat kesihatan dan kecantikan kita. Bukan untuk orang lain, tapi untuk kita juga! 

Semoga bermanfaat! Minum air banyak-banyak pun kulit boleh cantik tau! Jangan malas please. Next, insya Allah Nanie kongsikan dari part supplement dan vitamin pula ye... 





  • Share:

You Might Also Like

2 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.