BiO-LiFE Astaxanthin : Bantu Tingkatkan Kualiti Kesihatan

9:28:00 AM

Assalamualaikum semua 

Usia semakin lama menginjak satu per satu. Makin tua lah senang ceritanya. Bila makin berusia, mula lah kadang-kadang kita terlupa nak jaga kesihatan diri kita. Kita ambil sambil lewa. Macam tu jugaklah untuk Nanie. Dengan sibuk 24/7 urusan kerja, ada masa tu sarapan pun Nanie skip!

Mujur baru-baru ni, Nanie diperkenalkan dengan BiO-LiFE Astaxanthin 6mg. Nanie memang personally dah pernah tahu tentang khasiat astaxanthin ni. Oh, since Nanie dah tahu manfaat Astaxanthin ni... apa kata Nanie share jugak lah dengan anda semua manfaatnya. Boleh? Kita tambah ilmu sama-sama. At least, bila esok lusa ternampak dah penah ambil tahu.


Astaxanthin merupakan ekstrak dari sumber semulajadi iaitu alga merah Haematococcus Pluvialis yang banyak dijumpai di lautan dalam. Apabila ia bersumberkan semulajadi secara tak langsung ia sememangnya kaya dengan pelbagai mineral yang tinggi khasiat kepada kesihatan manusia terutama sebagai agen anti-oksida.

Pernah tak korang terfikir, apa itu anti-oksida? Sana sini orang bercakap mengenai anti-oksida... tapi apakah yang sebenarnya proses anti-oksida tu. Adakah ia sangat merbahaya kepada kesihatan manusia terutama utuk mereka yang menginjak umur seperti Nanie 30-an ni? 



Untuk pengetahuan korang, setiap hari sama ada dalam mahupun luar badan kita ni... terutama kulit (organ paling besar di badan manusia) sentiasa di serang dengan radikal bebas yang berada di udara. Antara punca radikal bebas adalah pencemaran, asap rokok, sinaran cahaya matahari dan pelbagai lagi. 

Apabila badan kita diserang dengan banyak radikal bebas, ia akan mengakibatkan kerosakan kepada sel badan kita dan seterusnya menyebabkan penuaan dan penyakit. Disebabkan itulah, kita sentiasa dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan sumber anti-oksidan supaya badan kita dapat melawan serangan radikal bebas ni dengan cara semulajadi. 



Disebabkan faktor dan kesedaran tersebut, Nanie mula mengamalkan mengambil BiO-LiFE  Astaxanthin 6mg ni. Nanie jadikan ia sebagai health supplement Nanie yang wajib Nanie ambil setiap pagi selepas sarapan. Nanie share secara ringkas kebaikan Astaxathin untuk tingkatkan kesihatan :

1. Membantu melambatkan proses penuaan akibat punca luaran seperti kedutan pada kulit wajah.
2. Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan pertahanan badan
3. Melancarkan perjalanan darah yang membawa oksigen ke seluruh badan
4. Membantu meningkatkan sistem kardiovaskular
5. Sebagai agen anti-inflamasi
6. Membantu mengurangkan keradangan otot dan sakit sendi
7. Meningkatkan tahap kesuburan untuk lelaki dan perempuan




Nanie suka brand BiO-LiFE  ni sebab dia stated semua info dan maklumat pengambilan dengan jelas. Sebagai contoh, tiada gula tambahan, yeast, susu dan sebagainya. Bila kita dapat info sebegini, so kita tahu produk supplement ni memang 100% menggunakan bahan semulajadi iaitu astaxanthin tadi.


Jangan terkejut pulak tau dengan warnanya. Memang merah menyala. Sebab apa? Ingat semula Nanie bagitau tadi, ia merupakan sumber alga merah di lautan. Nanie amalkan ambil sebiji setiap pagi untuk 30 hari berturut-turut.

Of course lah mula-mula tu macam liat jugak. Sebab nak ambil supplement kena konsisten baru nampak resultnya kan. Tapi Alhamdulillah, disebabkan BiO-LiFE  Astaxanthin 6mg ni dalam bentuk kapsul macam ni... memang senang untuk telan.


Personally bila Nanie dah amalkan almost 2 bulan sekarang ni, ada beberapa perubahan yang Nanie perasan. Paling utama bila Nanie rasa kualiti tidur Nanie semakin baik. Kalau dulu Nanie mudah terjaga tengah malam. But now, Nanie mudah tidur dan terjaga subuh. Kemudian, yang kedua dari segi otot Nanie. Dah kurang lenguh-lenguh. Especially bila banyak berjalan.



Nanie rasa di usia sebegini memang perlu dah amalkan supplement kesihatan dan Nanie tak ragu-ragu dengan BiO-LiFE  sebab company ni memang dah established dalam pengeluaran produk kesihatan dan kecantikan sejak 29 tahun yang lepas. Malahan, ia juga mendapat pelbagai kelulusan kualiti daripada pelbagai autoriti seluruh dunia dalam memasarkan produk supplement.


Ingat tau, sekarang ni kalau nak beli apa-apa produk supplement kesihatan dan kecantikan, pastikan dulu syarikat pengeluarnya. Cari rujukan dan maklumat sehabis baik. Dapatkan info penting dan rujuk kepada farmasi mahupun pakar. Nak mudah, Nanie memang highly recommend untuk beli supplement dari BiO-LiFE  ni. Ada macam-macam produk kesihatan. Malahan ia juga senang didapati. 



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & BiO-LiFE e, Nanie letakkan link rujukan dibawah.

Website : 

Facebook:


  • Share:

You Might Also Like

1 Inspirasi Dari Pembaca

  1. Terima kasih sebab tulisan saudari saya dah beli semalam. Harga boleh tahan. RM90.Hehe orang farmasi kata kena guna 3 bulan untuk nampak hasil. Boleh tahu saudari beli di farmasi mana kalau harga lagi murah daripada saya?

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.