Cetaphil Gentle Skin Cleanser Bantu Redakan Kulit Menyihatkan Kulit

2:17:00 PM

Assalamualaikum semua 

Kulit merupakan organ badan kita yang terbesar. Sapa yang tak tahu?



Disebabkan itu jugalah, kulit memang memerlukan perhatian yang lebih dari segi penjagaannya. Ditambah pula dengan rutin seharian kita semua yang banyak terdedah dengan cahaya matahari, pencemaran dan pemakanan kurang sihat membuatkan kulit menjadi mangsa. 

Sebab itulah, Nanie sentiasa memberi keutamaan dalam pemilihan produk untuk kulit. Di pasaran sememangnya ada banyak pilihan dengan pelbagai manfaat, namun kita sendiri lah yang perlu bijak memilih yang terbaik untuk kulit kita sendiri.

Macam Nanie, to be honest, kulit Nanie terutama di bahagian badan sebenarnya agak sensitif. Daripada kecil, Nanie memang kategori pantang terkena gigitan nyamuk sedikit. Mulalah meninggalkan kesan. Malahan, kalau korang nak tahu... Nanie adalah antara golongan yang sangat allergic dengan emas dan besi. 

Yes! Nanie tak tahulah korang pernah dengar atau tak. But yes, ia memang wujud. That's why Nanie memang sangat jarang memakai accessories. Nanie cuma pakai jam tangan daripada getah atau 100% leather. Renyah betul kan. 

Disebabkan itu, Nanie memang kerap dan selalu sangat mengalami iritasi pada kulit yang menjadikan kemerahan dan kegatalan ibarat ruam tu. Of course, kadang-kadang Nanie sendiri malu bila orang tegur. Tapi memang Nanie tak dapat nak elakkan. Especially bila musim panas dan Nanie kerap berpeluh. Memang perit sangat rasanya.


FAHAM KENAPA KULIT JADI SENSITIF 


Sebelum Nanie nak recommend dekat korang semua "satu" produk yang memang terkenal bagus dan bermanfaat untuk mereka yang berkulit sensitif, Nanie nak korang faham kenapa mereka yang berkulit sensitif ni cepat sangat kulit mereka meninggalkan kesan. 



Kulit yang sensitif sebenarnya tergolong dalam kategori kulit kering. Yang mana kulit tidak mendapat kelembapan sepenuhnya atau kulit tidak mempunyai keupayaan penuh untuk memegang air dalam struktur sel kulit untuk jangka masa panjang. That's why bila kulit iritasi, kita garu ia akan menjadi kemerahan dan seterunya timbul ruam sekawan! Ruam ni lagi tambaha bahaya jika ia jenis yang berair yang mana air tersebut merupakan tempat paling mudah bakteria dan fungus tersebar dan membiak. Ouch! 


Jadi Nanie recommend Cetaphil dekat korang semua sebab memang disyorkan oleh pakar dermatologi dan sesuai untuk semua jenis kulit. Bagaimana Cetaphil boleh bantu mereka yang ada kulit sensitif?

Jangan risau, Nanie faham macam mana perasaannya untuk memperjudikan duit kita bagi membeli produk terbaik buat kulit. Namun apa yang Nanie nampak - Cetaphil Gentle Skin Cleanser mempunyai beberapa ciri yang sangat bagus untuk mereka yang berkulit normal mahupun sensitif.




1. Bebas sabun & wangian (soap- and fragrance-free) 

Tahu tak bahawa sabun & wangian sangat tajam buat mereka yang mempunyai kulit sensitif. Dah lah bila garu kulit akan merah, kadang-kala mengelupas pula. Kalau guna produk yang banyak sabun dan berbuih, kulit akan jadi lebih kering dan senang menggelupas sebab sabun mengikis pelindung kulit semula jadi kita.  Korang bayangkan je lah macam Nanie bila dah sedap garu bahagian yang iritasi tu, than mandi kena sabun. Fuh mau meraung dalam toilet! Sakit dan pedih. Apatah lagi jika terkena bahan-bahan yang berasaskan alcohol seperti wangian. Boleh merah mata tau tahan pedih. 

2. Bertindak tanpa menyebabkan iritasi kulit 

Sesetengah cleanser, lepas kita gunakan pada kulit menyebabkan bahagian yang sensitif tu jadi sedikit tegang, sedikit kering. Bila macam tu, memang tangan akan gatal je nak garu. Sebab dia ada rasa macam merenyam gitu. Namun dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, memang dijamin tak ada lagi rasa macam tu. Selepas cucian rasa lembut je pada kulit. 

3. Seimbangkan pH kulit

Kulit manusia normal adalah di tahap 4.5 - 6.5 pada skala pH. Kulit yang melebihi 6.5 mempunyai kecenderungan untuk kering dan sensitif. Ingat ye, pH level kulit kita dipengaruhi banyak perkara. Terutama akibat terdedah pada cahaya matahari, rutin harian kita seperti keadaan selalu di bawah penghawa dingin, juga berkait rapat dengan penggunaan cleanser dan kosmetik kita. Dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser diyakini mampu mengembalikan pH kulit kepada normal. Seterusnya ia membuatkan sebum kulit menghasilkan minyak mencukupi dengan keperluan. Tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak. 



4. Sesuai untuk kegunaan kulit wajah dan seluruh badan 

Biasanya sesuatu cleanser tu digunakan secara spesifik, namun yang Nanie suka mengenai Cetaphil Gentle Cleanser ni - ia merupakan head-to-toe product yang mana tiada masalah jika digunakan untuk wajah dan badan. Ia adalah disebabkan ciri-cirinya yang neutral dan tidak menyebabkan iritasi untuk kulit. 

5. No. 1 Dermatologi Skincare di Malaysia 

Betul! Dermatologi Skincare - iaitu memang ramai pakar dermatologi menyarankan pesakit atau mereka yang ada masalah kulit untuk beralih dan amalkan guna Cetaphil. Dari zaman Nanie kecil lagi memang doktor suggest untuk gunakan Cetaphil. Mujur sekarang dah mudah nak dapatkan Cetaphil. 

6. Boleh digunakan dengan atau tanpa air. 

Ini pun sesuatu yang unik. Menunjukkan bahawa Cetaphil sememangnya bagus untuk kulit dan memberikan kelembapan menyeluruh buat kulit. Ia sesuai digunakan secara directly tanpa air. Part ni paling Nanie suka sebab nak jadikan makeup cleanser. Swipe je dengan cotton pad dan dah boleh remove makeup residue dengan baik.



Apa yang Nanie perasan, selepas 4 minggu penggunaan Cetaphil, kulit Nanie dah makin kurang kemerahan dan iritasi. Kiranya dia macam soothing je pada bahagian yang sensitif tu. Bila tak ada gatal-gatal, jadi kurang lah Nanie garu dan tak ada lah kulit luka. Nanie gunakan Cetaphil untuk kegunaan seharian sebagai makeup remover dan juga sebagai cleanser mandian.

Dengan penggunaan berterusan, memang boleh nampak kulit ada improvement dan iritasi berkurangan secara berperingkat. Paling Nanie suka bila kemerahan dah tak ada jadi risiko untuk jangkitan bakteria semakin berkurang jugak.



Secara keseluruhannya, Nanie yakin dengan Cetaphil Gentle Cleanser. Ia bukan sahaja buatkan kulit Nanie nampak perubahan dari segi kelembapannya, malahan untuk mengawal iritasi dan sensitiviti yang berlaku pada kulit Nanie. Bila kulit sensitif senang diuruskan, terutama menggunakan produk yang berkualiti tinggi seperti Cetaphil ni... jadi Nanie tak ada was-was lagi untuk recommend produk ni buat semua yang mengalami masalah seperti Nanie.

Malahan, mereka yang berkulit normal juga boleh gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser tau. Tak ada masalah pun untuk jadikan ia sebagai benteng pertahanan. Maklumlah sekarang ni udara kita dah banyak sangat pencemaran. Risau pulak kalau kulit tak dilindungi dengan baik kan!



Pilih lah yang terbaik semestinya untuk kulit kita dari Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Boleh dapatkan produk Cetaphil di hampir keseluruhan drugstore. Online pun ada jugak tau. Senang dah sekarang kan? Maklumlah Cetaphil produk terbaik... jadi memang mudah nak dapatkan di mana-mana.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link  :

Website : 

Facebook :

  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.