Jodoh : Perlukan Usaha Atau Serah Pada Takdir?

11:18:00 PM

Assalamualaikum semua 

Macam tak sesuai pulak Nanie nak bercerita di blog ni kan. Secara jujur, tak pernah terfikir pun Nanie akan menulis cerita begini. Nanie, benda lain boleh je nak cerita dengan orang. Tapi personal life especially yang berkaitan jodoh dan pasangan hidup ni... memang susah sangat nak open up. 

Bukan apa, Nanie macam ada satu self-sabotage yang buatkan Nanie rasa terlalu malu dan segan untuk bercakap hal ni. Entah apa yang buat Nanie ada keberanian nak menaip entry ni. Sekadar ingin memberi pandangan. Berkongsi rasa. Cukup. 



Jodoh. Ramai yang kata misteri. Ramai yang kata tak perlu cari, tapi akan datang sendiri. Dan ramai juga yang kata, jodoh itu adanya depan mata. Kita yang terkadang buta. 

Wallahulam. Nanie tak pasti yang mana satu. Pada Nanie, semua tu betul. Jodoh pula ikut definisi Nanie adalah "cerminan diri". Bagaimana diri kita, itulah jodoh kita yang melengkapi hidup. 

Dan... 

Bila jodoh itu cerminan, kadang Nanie sendiri rasa takut. Sebab Nanie tahu banyak perangai buruk Nanie. Tak sempurna. Sana sini cacat cela dan robak rabik. Banyak lompong dari berisi. 

Cuma... Nanie pegang yang satu ini. 



Selagi namanya jodoh. Dia akan melengkapi. Menerima baik buruk. Mengangkat ketika jatuh. Merasa bangga ketika tinggi di persada dan memahami ketika orang lain tidak bersetuju. Nanie sendiri tahu, hidup berumah tangga memang banyak cabarannya. 

Kalau bukan di pihak perempuan, di pihak lelaki. Kalau keduanya serasi, mungkin keluarga pula. Tak pun, adanya yang ketiga. Nauzubillah. 

Nanie sendiri, personally... memang cuba sedaya upaya mengelak untuk berada di situasi begitu. Dengan rela hati step back dan tanpa sebarang konfrontasi. Pada Nanie, jodoh yang baik bukanlah jodoh yang mencari "kekurangan" untuk menduakan. 



Yes. Nanie belum ketemu lagi jodoh. Tapi ini sekadar pandangan peribadi Nanie melalui kaca mata dan situasi sekeliling Nanie. Rencam ye hidup suami isteri. Segala arah penjuru diduga dan diuji. Sebab tu Nanie ingat ayah pernah pesan... yang paling penting adalah Ilmu! 

Bila kita ada ilmu, kita belajar untuk redha dan tak akan sekali-kali kita berntindak melulu. Kita akan lebih matang dalam setiap tindak tanduk yang kita lakukan. Begitu juga dengan jodoh, yang awal bertemu jodoh itu merupakan satu nikmat rezeki. Yang lambat pun janganlah bersedih. Allah sentiasa berikan di saat semuanya adalah yang terbaik buat kita. Jangan risau. 

Yang dah jadi suami atau isteri orang tu, jagalah pasangan dengan baik. Doakan yang baik-baik dan mudah-mudahan Allah temukan Nanie dengan jodoh yang baik. Insya Allah! Ok :) 




  • Share:

You Might Also Like

5 Inspirasi Dari Pembaca

  1. semoga dipermudahkan urusan Nanie untuk bertemu dengan jodoh Nanie. aamiin ^_^

    ReplyDelete
  2. I am so lost when it comes to this.

    ReplyDelete
  3. Semoga Nanie dipertemukan dengan jodoh yang terbaik. Jodoh rahsia Allah. Cuma masanya kita tak tahu. Bagus apa yang Nanie fikirkan tu. Kita semua diuji dengan pelbagai ujian. Belajar untuk redha :)

    ReplyDelete
  4. Saya pun belum kahwin lagi. Mengharap yang terbaik. Amin.

    ReplyDelete
  5. ada yg ckp jodoh kita tu dh mati..
    ada yg ckp dh jodoh so kawen
    . pas kawen cerai berai gak.. wallahualam.. tp kalo kita x try xtau kanns.. :p

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.