[Part 2] Tahap Serius Tonsil & Ujian Sleep Apnea Sebelum Pembedahan Buang Tonsil

7:09:00 AM

Assalamualaikum semua


Lama betul Nanie nak sambung ke Part 2 untuk pengalaman Nanie remove Tonsil kan. Mintak maaf sangat tau. Sebab apa, Nanie rasa pengalaman operation ni berbeza-beza untuk setiap orang. Yang Nanie share ni akan lebih kepada persiapan sebelum-semasa-selepas operate. Harapnya dapatlah bantu mana yang bermanfaat. Selepas Nanie publish Part 1 tu, ada yang personally DM/email Nanie untuk sambungan seterusnya. 

Ketika Nanie menulis hari ni, Alhamdulillah dah hampir 7 bulan selepas operation. Tak dinafikan memang ada beberapa perkara yang sedikit berubah selepas pembedahan. Tapi sebagaimana dijanjikan Nanie akan share pengalaman semasa di hospital terlebih dahulu. 


Bila Nanie tengok semula gambar ni, Allahu rasa tak tahu mana dapat kekuatan untuk Nanie go through pembedahan ni. Tapi secara jujur, memang Nanie yakin Nanie dah buat keputusan yang tepat untuk remove. Bagi pesakit tonsil, tonsil yang berulang adalah lebih sakit dan memenatkan. Macam kes Nanie sahaja, sepanjang 2019, boleh dikatakan setiap 2 bulan sekali tonsil akan membengkak dan infection. Dan setiap kali bengkak, kesihatan Nanie akan terganggu. Mulalah rasa demam, batuk berpanjangan dan adakala buatkan tekak berdarah. 


Untuk mereka yang tak tahu, ada beberapa indikator yang membolehkan tonsil dibuang, Nanie ada rujuk kepada beberapa doktor untuk perkara ni. Perkara pertama yang doktor akan tanya kita sebelum buat operation adalah :

1. Kekerapan tonsil berlaku - menurut doktor, sekiranya dalam setahun sekurang-kurangnya 3 kali tonsil berlaku, pembedahan dah boleh dibuat (lebih teruk jika ia berlaku secara berturut-turut) 

2. Tahap infection/jangkitan kuman - adakah tonsil sekadar bengkak sahaja, atau sehingga bernanah. Macam kes Nanie, infection sehingga bernanah (ada tompokan putih pada bahagian yang bengkak) 

3. Gangguan pernafasan - tonsil yang bengkak buatkan saluran pernafasan jadi sempit. Kes Nanie dah agak teruk sebab tonsil di kedua-dua belah membengkak sehinggakan Nanie akan rasa tersedak bila tidur kerana saluran nafas tertutup. Sebagai solusi mudah ketika tu, Nanie tidur duduk supaya saluran tidak terhimpit ketika baring. Memang seksa! Disebabkan simptom ini, sebelum pembedahan doktor minta Nanie buat ujian apnea untuk tahu gangguan tidur yang Nanie alami. 


Bila Nanie masuk ke hospital kali kedua selepas lung infection semua dah reda, doktor minta Nanie buat Sleep Apnea Test. Ujian ni cukup mudah. Hanya pasang alatan ujian dan tidur. Namun tidur mestilah sekurang-kurangnya 6 jam untuk dapatkan result yang valid. Perhatian! 

Macam Nanie, Nanie gunakan insurans untuk lakukan pembedahan tonsil, tapi bagi ujian apnea ni, insurans tak cover tau. Jadi sebelum buat ujian, korang boleh tanya terlebih dahulu dengan pihak insurans  korang - adakah ia termasuk dalam polisi atau tak. The best tip yang Nanie sendiri go through - bila Nanie tanya quotation dengan hospital untuk buat ujian apnea, caj yang dikenakan adalah RM 3000. Tersedak hampir hilang nyawa bila Nanie dengar harganya!!!


Mujur doktor Nanie sangat baik dan berikan contact direct kepada vendor untuk buat ujian apnea ni. Vendor yang trusted ni, Nanie contact dan dia datang ke bilik Nanie di hospital dan ajar cara pakai segala alatan. Nak tahu cajnya berapa? Cuma RM 250 je! Memang terkejut besar lah Nanie nampak perbezaan caj yang ketara tu kan. Sebagaimana gambar, device di pasang pada bahagian dada & ada sambungan pada jari dan hidung Nanie. Ia akan monitor pernafasan, dengkuran, oksigen, degupan jantung juga kekerapan Nanie tersedar dari tidur akibat tersedak dan sebagainya. 

Malam tu Nanie mula tidur pukul 11pm dan lebih kurang jam 7 pagi baru nurse datang kejutkan nak bagi neb dan ubat. Bila buat ujian apnea ni, memang nurse pun dah diberitahu oleh doktor, Jadi mereka akan kurangkan gangguan dalam bilik supaya kita boleh tidur lena. 





The next day, Nanie terus diberikan satu salinan ujian apnea yang Nanie buat tu. Salinan tu, Nanie berikan pada doktor untuk disemak. Bagi sesetengah pesakit tonsil lain, mungkin ada yang tak perlu jalani ujian apnea ni. Untuk Nanie, doktor perlukan sebab tahap serius tonsil Nanie yang mengganggu tidur tadi. Doktor cakap, ujian ni diperlukan supaya bila operate nanti, ia tidak menganggu proses Nanie "ditidurkan". Menurut keputusan ujian, Nanie mengalami sleep apnea tahap 5 (pertengahan). Jadi, operate tonsil boleh dilakukan tanpa sebarang risiko lain. 

Selepas daripada ujian tersebut, barulah doktor akan prepare kan Nanie untuk operate tonsil. Ketika ni, Nanie mintak doktor untuk buat operate selepas raya. Nanie masuk hospital dua kali. Kali pertama ketika awal puasa - akibat tonsil + lung infection. Dan kali kedua yang memang terus untuk buat pembedahan. 


Kali kedua masuk hospital tu, Nanie memang dah ready kan mental dan emosi untuk berdepan dengan ketakutan. Bohonglah kalau tak takut kan! Nak pulak time tu - Nanie memang pergi hospital sorang-sorang je. Dari rumah, mintak Akim hantar pagi pukul 7. Jumpa doktor dalam pukul 9 pagi dan terus proceed untuk warded. Lama juga nak tunggu masuk ward. Nanie mintak masuk 1 malam awal sebab Nanie nak berehat di ward dan get ready. 

Nanie sarankan, untuk mereka yang nak lalui proses pembedan tonsil, tak perlu tengok video di You Tube ke apa bagaimana proses tu berlaku. Nanie sendiri menyesal sebenarnya bila tengok. Sebab ia demotivate semangat Nanie. Nanie terbayang-bayang keperitan yang dialami which is sangat-sangat tak bagus untuk fight back dengan ketakutan. 



Pembedan Nanie dijadualkan berlaku pada 19 June 2019 jam 3 petang. Sebelum tu, Nanie kena berpuasa selama 24 jam. Sehari sebelum tu, doktor buat ujian x-ray (pastikan tiada lagi lung infection), dan ambil ujian darah. Rasa hati memang berdebar lain macam. 

Next Nanie akan share pada hari pembedahan sendiri ok. Nanie akan share apa yang perlu dilakukan sebelum masuk ke operation theater dan bagaimana penjagaan selepas pembedahan. Penting tau dua topik ni. Again, sebagaimana awal tadi Nanie bagitau. Pengalaman setiap orang berbeza dan ini adalah pengalaman Nanie. Kalau korang ada sebarang soalan, boleh je komen kat bawah ni untuk Nanie jawab. Mana yang Nanie tahu lah ye. 



  • Share:

You Might Also Like

0 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.