Ephyra Plus "Jaga" Kesihatan & Kecantikan Wanita Sibuk

11:59:00 AM

Assalamualaikum Semua


Menjadi seorang wanita bekerjaya hari ni bukannya satu urusan mudah. Banyak jugak cabarannya. Nanie yang masih belum berumah tangga pun dah terasa macam tak cukup nafas nak mengurus kehidupan. Dekat office memang 100% fokus, minda dan kudrat diletakkan untuk kerja. Hari minggu pula, balik Johor untuk uruskan mak ayah. Kadang-kadang tu bila penat, mula lah hati ni memberontak sendiri. 

Bila otak kita penat, hakikat sebenarnya adalah kita sukar membuat keputusan dengan betul. Kita akan mudah terpengaruh dengan emosi. Itu yang kalau Nanie bayangkan mak-mak, selalu membebel pada anak dan suami sebab mereka penat.


Sebab tu, Nanie rasa... di usia Nanie awal 30-an ni, Nanie cuba mencari solusi untuk membantu Nanie dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Nanie percaya, kalau dah nama perempuan... memang sebaik mungkin mereka mahu perform dalam semua tanggungjawab yang digalas. Baik daripada menjadi ibu, isteri, pekerja, kakak mahupun menjadi seorang anak. 


Bila kita dapat tingkatkan kualiti hidup... insya Allah... kita akan dapat berikan yang terbaik untuk orang yang kita sayang. Kita mampu membuat keputusan yang baik, jalani kehidupan dengan cara yang berkualiti tinggi dan kita mula menghargai setiap momen yang datang kepada kita. 


Jujurnya, Nanie memang dah minum supplement EPHYRA, memang dah lama. Daripada packaging yang lama lagi... masa tu namanya EPHYRA Premium. Seingat Nanie ketika zaman Nanie belajar kat UM lagi, Nanie minum EPHYRA... lebih kurang tahun 2013. Boleh baca kat link ni untuk Review Cabaran 30 Hari Bersama EPHYRA - http://www.coklateyes.my/2013/09/hasil-cabaran-30-hari-bersama-ephyra-10.html


Tahun demi tahun. EPHYRA menawarkan formulasi yang di upgrade. Yang semakin padu dan semakin bagus dalam meningkatkan kualiti kesihatan dan kecantikan wanita. Maklumlah, keperluan badan wanita sentiasa berubah-ubah mengikut usia dan juga pelbagai faktor lain dalaman mahupun luaran.

EPHYRA yang kini dikenali dengan nama EPHYRA Plus, Nanie lihat sebagai satu supplement yang menyuluruh untuk membantu wanita-wanita yang punya lifestyle sibuk ni. Dengan mengekalkan ingredient 10 bahan semulajadi yang lama, EPHYRA Plus turut ditambah dengan L-Cystein yang telah terkenal sebagai agen anti-oksida juga agen anti-penuaan.



Maklumlah kita ni setiap masa berdepan dengan banyak pencemaran. Asap kenderaan, asap rokok, pemakanan, lifestyle yang sibuk... semuanya memberi risiko kepada kulit dan kesihatan kita. Ingat lagi Nanie masa kena tonsil yang lepas. Tonsil Nanie dah tak berfungsi untuk filter lagi. Jadi, nak tak nak memang kena buang sebab kerap membengkak.

Bila Nanie amalkan minum Ephyra Plus, Alhamdulillah Nanie memang berpuas hati dengan hasil yang Nanie dapat. Secara jujur, memang bukan dalam masa sehari dua. Kesannya boleh dirasa bila kita amalkan minum dengan istiqomah. Ye lah apa-apa supplement pun kan. Mesti kena ambil secara konsisten disamping kita improve kan quality life kita.



Ephyra Plus ni dalam peket kecik-kecik macam ni. Senang sangat nak bawak pegi mana-mana. Nak minum dia pun senang. Cuma perlu bancuh dengan air suam atau air sejuk je. Than larutkan sampai bertukar warna oren. Memang sedap. Lagi-lagi macam Nanie, usually Nanie memang minum dengan air sejuk. Fuh! Sedap gila. Rasa oren dia just nice. Tak ada masam-masam. Manis tapi bukan sebab gula tau. Dia manis buah.


1. TENAGA SUSTAIN

Antara kesan yang paling ketara Nanie nampak pada diri Nanie adalah dari aspek tenaga. Nanie kan cakap Nanie sejenis yang aktif ke sana sini uruskan banyak perkara. Over the weekend, kalau tak ada event Nanie akan balik Johor. So, memang letih dia tu kadang tak tertahan jugak lah. Dengan Ephyra Plus ni, Nanie perasan tenaga memang sustain!

2. KULIT JADI SIHAT

Kulit yang sihat bukan semata-mata licin tau. Tapi kita sendiri boleh rasa yang kalau ada jerawat naik waktu datang bulan tu, dia tak akan tinggalkan apa-apa bekas. Lagi satu, kulit memang rasa lembap dan tak kering tau. Walaupun seharian Nanie duduk dalam aircond semua kan. Mak Nanie sendiri minum Ephyra Plus, dia bagitau Nanie yang tumit kaki dia tak ada lagi pecah-pecah semua. Nampak bersih je. Lagi satu, Nanie pun jenis kulit sensitif... pantang kena nyamuk ataupun senang naik ruam, memang cepat sembuh. Alhamdulillah!

3. PELAWASAN LANCAR

Nanie suka Ephyra Plus ni sebab dia turut membantu dari segi pelawasan dan pencernaan. Tahu tak, yang badan kita ni sewajibnya kena keluarkan bahan tercerna setiap hari. Kalau dah sampai 2-3 hari tak keluar tu, ia boleh memudaratkan badan terutama rasa letih dan tak bermaya. Jadi, Nanie nampak bila minum Ephyra Plus ni, pelawasan memang cun! Just minum air masak mencukupi, Insya Allah ia lebih melancarkan lagi.

4. PERIOD LANCAR 

Yang ni Nanie pernah cerita dari dulu lagi. Period untuk wanita sangat penting. Bila period kita lancar, secara tak langsung ia sebagai satu penanda aras bahawa kesihatan dalaman kita bagus. Nanie tak nafikan, ada masa Nanie sendiri ada masalah ni. And sometimes bila datang bulan tu, jenis ketulan dan sebagainya. Tapi Nanie yakin Ephyra Plus membantu kelancaran darah haid dan membuatkan hormon kita lebih stabil dan teratur.

5. TAMBAH SUSU

Ha ah!!! Jangan judge Nanie. Memang Nanie tak menyusukan anak... kahwin pun belum... hahahaha, tapi pengalaman kawan Nanie, namanya Anis. Dia pernah mengalami masalah susu drop untuk anaknya Aryan Zafran. Lepas Anis minum Ephyra Plus, dia cakap memang pick up sangat susu dia. Padahal masa tu, dia baru minum 1 sachet Ephyra Plus. Rezeki anaknya juga. Tapi sebagai mak, sapa tak gembira kan bila susu badan banyak selepas drop!



ISI KANDUNGAN EPHYRA PLUS

Bahan-bahan semulajadi yang digunakan dalam Ephyra Plus seperti Astaxanthin, Acerola Ceri, Buah Billberry, Campuran Vitamin dan Mineral yang bagus-bagus di dalamnya membuatkan sistem badan kita menjadi lebih teratur, hormon menjadi lebih stabil dan paling penting ia membantu menyahkan toksik-toksik dalam badan supaya badan rasa segar dan bertenaga.

Formulasi yang digunakan Ephyra Plus membuatkan supplement ini melengkapi keperluan harian wanita. Yang mana badan kita perlukan, yang kurang dalam badan dan yang paling penting membantu meningkatkan kualiti kehidupan kita secara menyeluruh.


Pandangan Nanie sendiri yang dah lama amalkan Ephyra Plus, Nanie highly recommend untuk wanita di luar sana yang sibuk dan lifestyle lebih kurang sama macam Nanie, juga mereka yang ingin tingkatkan kualiti kesihatan dan kecantikan untuk sama- sama minum Ephyra Plus.



Harganya RM 88/kotak (15 sachet). Disarankan ambil 2 kotak untuk penggunaan sebulan supaya boleh nampak hasilnya yang menakjubkan dan memberikan kesan yang baik secara holistik. Kalau sebelum ni, harga Ephyra Premium agak mahal, tapi Nanie rasa dengan harga bawah seratus dan formulasi yang lebih hebat, ia sangat memberikan manfaat buat wanita. Ye lah, kalau kita sendiri beli supplement, memang macam-macam dan setiap satu memang mahal-mahal kan.

Nanie yakin, apa sahaja yang kita ambil hari ini akan memberikan impak yang baik di hari esok. Dan, pesanan Nanie jugak... tak salah untuk kita laburkan sedikit untuk kesihatan dan kecantikan diri kita. Mudah-mudahan, dengan kita menjaga diri kita... kita dapat membahagiakan orang lain juga!

Untuk maklumat lanjut :

Website :

Instagram : 
@ephyra2u 

Facebook : 







  • Share:

You Might Also Like

1 Inspirasi Dari Pembaca

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

.